BUKIT MERTAJAM 5 Mac - Terpaksa menggunakan media untuk memberi tekanan. Begitu pengakuan Ketua Angkatan Muda Keadilan Kepala Batas, Amizudin Ahmat yang mengakui menggunakan media tempatan untuk memberi tekanan kepada pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya bertindak terhadap dua pemimpin PKR negeri yang didakwanya melakukan penyelewengan. Dalam isu itu, beliau mendakwa salah seorang daripada dua pemimpin berkenaan menerima sejumlah wang daripada perusahaan kuari manakala seorang lagi melakukan penyelewengan tanpa menyebut jenis penyelewengan itu. Amizudin bagaimanapun enggan mendedahkan nama dua pemimpin terbabit sebaliknya menegaskan akan mendedahkannya apabila dipanggil oleh Jawatankuasa Khas Siasatan parti itu untuk memberi keterangan, Sabtu ini. "Tunggulah Sabtu ini, saya akan serahkan segala bukti yang ada dan berharap jawatankuasa berkenaan akan meneliti dan menyiasat dengan seadil-adilnya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Dakwaan mengenai penyelewengan dua pemimpin PKR terbabit dibuatnya pada 26 Februari lalu dalam sidang akhbar di pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Amizudin mendakwa, beliau mempunyai bukti dan dokumen termasuk slip bank mengenai transaksi kemasukan wang ke dalam akaun peribadi salah seorang yang didakwanya terbabit menerima wang daripada perusahaan kuari. "Saya tidak sebut dua pemimpin tinggi PKR negeri ini terlibat dengan rasuah. ''Saya sendiri tidak tahu duit apa yang diterima tetapi yang saya nyatakan, saya ada bukti tentang itu," katanya. Menurutnya, beliau kecewa kerana tiada tindakan diambil terhadap dua pemimpin berkenaan walaupun telah menyerahkan dokumen berhubung isu itu pada 8 Januari lalu kepada Presiden parti. Dalam pada itu, Amizudin menyatakan rasa tidak puas hati kerana dirinya pula dituduh melakukan penyelewengan. Katanya, beliau dituduh menerima rasuah berjumlah RM5,000 sebulan daripada kuari berkenaan, mempunyai empat buah kereta dan mendedahkan perihal dalaman PKR Pulau Pinang kerana jawatannya sebagai Ahli Majlis MPSP tidak lagi disambung. |
Friday, March 6, 2009
Amizudin guna media tekan pemimpin atasan PKR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment