Sunday, March 8, 2009

DAP Peralatkan Orang Miskin ?






Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang dibawah parti DAP yang mengumumkan program "Beli Roket Bantu Miskin Tegar" patut dikritik dengan keras oleh rakyat Pulau Pinang.

Usaha itu jelas telah memperalatkan rakyat miskin di Pulau Pinang dan ianya tidak masuk akal langsung.

Tambahan pula, penulis difahamkan bahawa suratkhabar rasmi DAP itu hanya untuk edaran ahli-ahli parti DAP sahaja dan bukannya untuk edaran awam seperti Harakah dan Suara Keadilan.

Makanya, pengedaran dan penjualan Roket patut terhad kepada Guan Eng, rakan-rakan beliau dan ahli-ahli DAP sahaja.

Apakah DAP sudah tidak ada cara lain yang lebih berperikemanusian dan masuk akal?

Ikutilah laporan Berita Harian :-

Program perguna golongan tak bernasib baik untuk kepentingan parti

GEORGETOWN: Umno Pulau Pinang menyelar tindakan DAP negeri ini yang melancarkan program 'Beli Roket Bantu Miskin Tegar' kerana menganggapnya sebagai satu tindakan tidak bermaruah dan menjijikkan.

Mengikut program itu, setiap naskhah akhbar Roket iaitu lidah rasmi DAP yang dijual oleh golongan miskin tegar pada harga RM2, mereka akan memperoleh keuntungan RM1.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Azhar Ibrahim, berkata program itu bukannya satu usaha membantu golongan miskin tegar, sebaliknya memperalatkan kumpulan yang tidak bernasib baik untuk kepentingan parti.

Beliau yang kecewa dengan kerajaan negeri pimpinan DAP yang gagal melaksanakan tindakan berkesan membanteras miskin tegar, menegaskan program itu seolah-olah menjadikan miskin tegar sebagai kuli parti.

"Cara yang digunakan itu sangat tidak bermaruah kerana mahu memperluaskan pengaruh parti dengan menggunakan keringat orang miskin tegar.

"DAP seolah-olah mahu memperhambakan orang miskin tegar untuk kepentingan parti," katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Ng Wei Aik, mengumumkan program 'Beli Roket Bantu Miskin Tegar' sebagai antara usaha untuk membantu mengurangkan masalah miskin tegar di Pulau Pinang.

Menerusi program itu, DAP negeri akan memberi peluang kepada golongan miskin tegar untuk menjual akhbar Roket. Peserta program itu akan membeli akhbar Roket pada harga RM1 senaskah dan menjualnya pada harga RM2.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]