KUALA LUMPUR 5 Mac. – Perhimpunan haram yang dijangka berlangsung hari ini di luar bangunan Parlimen bagi membantah tindakan polis menembak mati enam penjenayah di Kulim, Kedah telah dibatalkan. Menurut sumber-sumber penganjur perhimpunan itu, ia terpaksa dibatalkan berikutan kehadiran polis yang ramai sejak pukul 8 pagi mengadakan kawalan ketat di semua pintu masuk ke bangunan tersebut. Di pekarangan bangunan itu juga, penyokong-penyokong yang sebelum ini dijangka hadir menyertai perhimpunan itu juga tidak kelihatan. |
No comments:
Post a Comment