Thursday, June 25, 2009

Ada Konsert Di Shah Alam, Selasa Depan..







PR akan menganjurkan perhimpunan 'perpaduan' 100,000 di Shah Alam pada Selasa depan. Tujuan perhimpunan ini dianjurkan untuk apa yang dikatakan oleh mereka konspirasi dan fitnah yang ditimbulkan oleh UMNO/BN bagi menghancurkan PR. Tetapi apa yang dapat dilihat pada perhimpunan ini ialah :-

a) PR akan berkata UMNO/BN yang memfitnah PR tentang Kerajaan Perpaduan walhal mereka lupa, siapa dan di mana cadangan Kerajaan Perpaduan ini timbul. Mereka akan 'brainwash' penyokong mereka dan di 'install' medium-medium dangkal PR.

b) Mereka akan laungkan Bubar Dun Perak dan mengatakan UMNO/BN punca segala krisis ini. Kembalikan kuasa pada rakyat. Tetapi mereka tidak akan menyentuh sedikit pun tentang agenda lompat parti agenda Anwar Ibrahim. Mereka terlena seketika.

c) PR akan menghentam PM dengan pelbagai rencam. Mereka akan kata pihak Luar Negara tidak percaya akan pimpinan PM dan mereka juga akan mencabar PM untuk menyaman akhbar yang telah memfitnah beliau. Sedikit kebaikan pun tidak akan terpacul di mulut-mulut PR ini.

d) 1 Julai adalah hari bacaan semula permohonan peguam Anwar Ibrahim untuk mendapatkan segala dukumen yang di minta walhal dokumen itu telah diserahkan. Anwar Ibrahim akan menempelak mahkamah Malaysia, menghentam polis dan akan mengatakan ini konspirasi untuk jatuh Anwar. Tetapi Anwar lupa untuk menyahut cabaran Saiful Bukhari untuk sumpah Muhabalah. Apabila dicabarnya pelbagai alasan di gunakannya.

e) Pas akan berbicara seolah-olah mereka adalah pejuang agama, bangsa dan negara. Walhal mereka adalah parti yang memecah belahkan bangsa sendiri. Pas akan menjerit dan menyatakan UMNO/BN dalam keadaan nazak, nyawa-nyawa ikan dan perlu di kuburkan. Tetapi mereka lupa bahawa ada pemimpin-pemimpin mereka yang patut dikuburkan dulu kerana tidak mahu pada arah kebaikan ummah.

f) PRK Manek Urai juga akan disentuh. PR akan menjerit tentang projek 'mee segera' dan pemimpin Pas akan bercakap terima jelah projek itu tapi pada hari mengundi pangkah Pas. Undi Pas masuk syurga.

g) DAP dengan isu PKFZ nya. Ong Tee Keat pun dan membidas Lim Kit Siang dan menyatakan LKS tidak faham apa isu yang dibentangkan dan memutar belit hal yang sebenar didalam dewan rakyat. malaysiakini

Macam-macam rancangan ataupun retorik politik PR ini. Dari rancangan Kerajaan Perpaduan hinggalah Perhimpunan Perpaduan ini. Mereka sasarkan 100,000 penyokong mereka akan berhimpunm dan mungkin penganjur akan buat booth-booth perniagaan untuk meriahkan lagi perhimpunan ini. Kita akan lihat sejauh mana intipati omongan PR pada perhimpunan ini. Adakah ianya benar atau hanya permainan politik yang diketuai Anwar.

Kita akn lihat bagaimana 'Perpaduan' yang PR maksudkan dan kita akan lihat bagaimana pemimpin-pemimpin PR 'kencing' pada penyokongnya sendiri.


21 comments:

Anonymous said...

Sekali lagi kita akan didendangkan dengan lagu konsfirasi. Dulu kita pernah dengar lagu ini. Tetapi kita lupa bahawa kebenaran akan terlihat juga akhirnya.

Anonymous said...

Sekali lagi kita akan didendangkan dengan lagu konsfirasi. Dulu kita pernah dengar lagu ini. Tetapi kita lupa bahawa kebenaran akan terlihat juga akhirnya.

UMNOPAS said...

PILIHANRAYA Kecil Manek Urai tidak beberapa hari saja lagi. Umno sudah mula berkampong dan telah mula belajar jadi orang kampong. Yang tidak pernah menoreh getah mula belajar menoreh, yang tidak pernah ke surau masjid mula berjinak-jinak ke sana, dan yang selama ini amat liat untuk belanja secawan kopi sudah mula belajar bersedekah. Manek Urai banyak mengajar pemimpin Umno.

Tetapi, ikhlas saya ingin menasihatkan Umno agar berfikirlah semasak-masaknya sebelum mengisi borang pencalonan di Manek Urai nanti. Tidak sanggup rasanya untuk menyaksikan Umno dimalukan sekali lagi di kawasan pengundi Melayu di Manek Urai nanti. Jika sudah orang-orang Melayu sendiri menolak Umno, mana lagi Umno hendak meletak muka? Mungkin Umno akan beralih arah pula ke Sabah atau Sarawak untuk menghidupkan sisa-sisa nyawa yang ada. Tidak mungkin Umno akan berhijrah ke negara lain seperti Mongolia pula.

Oleh yang demikian, ambillah keputusan yang bijak yang boleh menyelamatkan maruah parti Melayu itu. Jika ingin juga menguji pengaruh, Umno boleh meletakkan sesiapa sebagai calon Bebas bagi mewakili Umno. Jika kalah pun, tidaklah terasa malu sangat. Mungkin ada lagi seorang dua di Manek Urai yang boleh berlakon seperti `Minah Ronggeng' di Penanti. Tetapi jika Umno teringin juga bertanding, saya cadangkan calon terbaik adalah raja sesumpah Ezam Mohd Noor. Tentu ramai teman-temannya boleh membantu termasuk raja katak Ibrahim Ali. / wfauzdin.blogspot.com
Posted by WFAUZDIN

MatKomen said...

Semasa Anuar dalam UMNO terdapat begitu ramai penjilat Anuar hingga ada sesetengahnya sampai keperingkat ketagih. Apabila maha fir'un mendapati bunt#t nya semakin gatal kerana semakin kurang penjilat maka anuar telah ditendang keluar dari UMNO dengan tuduhan salahguna kuasa menjilat dan salah tempat jilat.

Maka ramailah pemuda UMNO mencari tempat jilat baru. Masalah mereka sekarang ialah akan kehilangan upah menjilat kerana tempat jilat mereka sekarang akan dicawatbesikan (atas tuduhan memberi rasuah untuk dijilat)

Alkini, UMNO mengajak Pas berjumpa dan bercinta.Rindu mereka sudah tidak tertahan lagi dan tiada syarat untuk melepas rindu tersebut. Setiap hari lagu lagu rindu tersebut dinyanyikan dalam akhbar dan media arus perdana tanpa segan silu lagi. Bila cinta angau mereka ditolak barulah mereka sedar bahawa mereka bukan single lagi tapi telah mempunyai ramai isteri dan gundik ( seperti Lin leong sick, sami bulu, koh sokong,kabias dan ramai lagi gundik disabah dan serawak)

Kekecewaan tersebut menimbulkan semacam satu kemarahan dan kegilaan yang sangat gila.Mereka mula meludah,kencing dan berak merata rata. Sasaran ludah,kencing dan berak mereka sekarang ialah kepada TG Nik Aziz dan Anuar Ibrahim. Kalau tak percaya tengok lah gambar di blog ini.

UMNO tak akan beruah sekarang dan selama lamanya.

pemudamerlimaupasir said...

salam,

sgt bijaksana hujah MatKomen, nmpk sgt kedangkalan saudara.

Siapa yg mulakan cadangan Kerajaan Perpadua? Hadi Awang atau Najib? Ingat tak dimana cadangan ini dilontarkan, di Muktamar Pas 55..baca kisah dahulu sebelum beri pendapat..

Dalam PKR dan PR pun ramai pengampu Anwar. tak payah lihat di akar umbi, cukup sudah kita lihat pimpinan Pas dan Dap betapa taksubnya mereka dgn Anwar. semua jilat ludah semula, utk apa? kuasa..

Nik Aziz tidak layak di gelar tok guru..dia hanya di layak ahli politik totok. jauh sekali ulama.

UMNO akan berubah dan akan cuba mengubah minda insan spt saudara MatKomen..

Bedebah said...

UMNO akan berubah......UMNO akan berubah....itulah lagu UMNO dari dulu sampai sekarang tapi tak juga berubah...
1.Yg rasuah masih menjadi pemimpin dan dijilat dengan pelahatnya oleh sekelian pengikut.
2.Cakap berdegar degar pasal Melayu dan Islam tapi bila Soi Lek dan Sami Bulu bersuara semuanya tak jadi.
3.Kata rakyat diutamakan tapi kerajaan rakyat diPerak dirampas ikut pintu belakang dan lantik hero tamil yg sudah tak laku jadi speaker.
4.Setelah lebih 50 tahun memerintah isu bahasa pun tak boleh selesai sebab tu generasi muda sudah tak tau bahasa lagi.
5.Jenayah makin meningkat sebab penjenayah tiru perangai pemimpin yang suka ragut sana, ragut sini,ugut sana ugut sini,kelahi sana,kelahi sini,fitnah sana,fitnah sini.
6.Tanah rakyat diambil atas nama pembangunan.Ambil dengan harga murah kemudian jual dengan harga 5x ganda.
7.Pemimpin UMNO suka hidup mewah dan menunjuk nunjuk.Ndak banding dengan NIK Aziz? jauh bumi dari langit.

kalau ndak cerita memang banyak lagi.....dan lagi....dan lagi

Bedebah said...

UMNO akan berubah......UMNO akan berubah....itulah lagu UMNO dari dulu sampai sekarang tapi tak juga berubah...
1.Yg rasuah masih menjadi pemimpin dan dijilat dengan pelahatnya oleh sekelian pengikut.
2.Cakap berdegar degar pasal Melayu dan Islam tapi bila Soi Lek dan Sami Bulu bersuara semuanya tak jadi.
3.Kata rakyat diutamakan tapi kerajaan rakyat diPerak dirampas ikut pintu belakang dan lantik hero tamil yg sudah tak laku jadi speaker.
4.Setelah lebih 50 tahun memerintah isu bahasa pun tak boleh selesai sebab tu generasi muda sudah tak tau bahasa lagi.
5.Jenayah makin meningkat sebab penjenayah tiru perangai pemimpin yang suka ragut sana, ragut sini,ugut sana ugut sini,kelahi sana,kelahi sini,fitnah sana,fitnah sini.
6.Tanah rakyat diambil atas nama pembangunan.Ambil dengan harga murah kemudian jual dengan harga 5x ganda.
7.Pemimpin UMNO suka hidup mewah dan menunjuk nunjuk.Ndak banding dengan NIK Aziz? jauh bumi dari langit.

kalau ndak cerita memang banyak lagi.....dan lagi....dan lagi

Pen Chen said...

KENAPA UMNO TAKUT DS ANWAR
Kepantasan DS Anwar menaiki satu emi satu tangga ke atas di dalam Umno dan kerajaan ketika itu amat dicemburui oleh tokoh-tokoh Umno yang lain. Era kecemerlangan DS Anwar yang paling jelas dapat dilihat adalah apabila beliau menjawat jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Pendidikan dan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan. Proses Islamisasi mula berlaku di dalam Umno di mana terdirinya Universiti Islam dan perbankkan Islam. Islamisasi terus diterap di dalam sistem pendidikan sekolah-sekolah di mana semua pelajar lelaki dan perempuan Islam dibenarkan berpakaian menutup aurat. Di sekolah-sekolah malahan di jabatan-jabatan kerajaan diadakan program tazkirah berjadual dan Qiamullail di peringkat sekolah. Ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, beliau di antara yang paling ditakuti oleh menteri-menteri atau pegawai-pegawai yang kuat memakan rasuah kerana DS Anwar terlalu anti kepada amalan jahat ini.

Sewaktu beliau memangku jawatan Perdana Menteri ketika Dr Mahathir tiada di dalam negara, kesempatan itu diambil oleh DS Anwar untuk membentangkan akta berkaitan rasuah yang mana sesiapa di kalangan menteri atau penjawat awam yang telah terbukti melakukan rasuah, tindakan boleh dikenakan walaupun menteri atau penjawat awam tersebut telah bersara. Beliau juga tidak pernah bersetuju atau bersubahat di dalam apa jua salah laku berkaitan rasuah dan penyelewengan walaupun melibatkan arahan dari pihak atasannya sendiri. Oleh kerana DS Anwar terlalu tegas di dalam perkara ini, beliau mula dicurigai oleh beberapa pihak termasuk oleh Dr Mahathir sendiri dan beberapa kroni rapat PM ketika itu.

Dr Mahathir tiada pilihan lain lagi kerana beliau bimbang pengaruh DS Anwar ketika itu terlalu kuat di dalam Umno terutamanya di kalangan golongan muda dan ugama. Terbukti Tun Ghafar Baba mengangkat tangan menyerah awal sebelum pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden Umno kerana Tun Ghafar melihat begitu hebatnya pengaruh Ds Anwar. Ini lah yang amat merungsingkan Dr Mahathir kerana jika Tun Ghafar seorang tokoh yang amat terkenal dan senior boleh menyerah begitu sahaja kepada DS Anwar, tidak mustahil DS Anwar mampu berbuat demikian ke atasnya. Maka, perancangan mulai diatur di dalam berbagai bentuk dan cara untuk menyingkirkan DS Anwar dari Umno.

Maka, bermulalah babak paling zalim dilakukan terhadap DS Anwar dengan satu konspirasi politik yang terancang. Ds Anwar difitnah dan dituduh melakukan perbuatan yang keji dan tidak masuk dek akal samasekali. Ketika dan saat itu, sejarah bermula dengan berpecahnya ramai orang-orang Melayu terutamanya di dalam Umno. Era reformasi pun bermula dengan begitu hebat seolah-olah akan tumbangnya kerajaan di bawah Dr Mahathir ketika itu. Segala kuasa dan jentera dipergunakan oleh Umno dan kerajaan untuk melawan arus kebangkitan rakyat pada waktu itu.

Di sini timbulnya pertanyaan, adakah benar dikatakan DS Anwar adalah tokoh politik yang memulakan perpecahan Melayu sehingga sekarang? Melayu tidak berpecah dari segi hubungan fizikalnya, tetapi Melayu berpecah dari segi pemikiran dan ideologi sahaja. Sebahagian Melayu inginkan keadilan dan sebahagian lagi menyokong kezaliman. Di sinilah bermulanya perpecahan di mana Dr Mahathir adalah tokoh yang paling layak dan sesuai digelat sebagai Bapa Perpecahan Melayu. Melayu berpecah tatkala Umno diharamkan dan lahirnya Parti Melayu Semangat 46. Melayu berpecah ketika DS Anwar dilakukan secara zalim yang kebanyakan orang-orang Melayu sendiri tidak dapat menerima perbuatan jahat ke atas DS Anwar. Ini semua berlaku di era Dr Mahathir dan kini masih diwarisi oleh orang-orang seumpamanya. Tidak hairan bagi kita, di mana-mana sahaja Umno akan tetap memburukkan DS Anwar kerana bagi Umno, selagi adanya DS Anwar sudah pasti Umno semakin pendek nyawanya. Oleh yang demikian, amat bijak Pas menolak Kerajaan Perpaduan dengan Umno kerana Umno tidak akan berubah selagi adanya matahari dan bulan. /wfauzdin.blogspot.com

ataspagarje said...

masing-masing mempunyai pendapat dan pandangan sendiri terhadap pemimpin-pemimpin dan juga parti-parti politik pada masa ini.Tidak kiralah ianya dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. Seperti komen-komen yg diberikan oleh pembaca blog haruslah di ambil kira sebagai rujukan kepada sesiapa sahaja mungkin sebagai rujukan yg baik ataupun tidak.

spt bro post kan entry berkenaan perihal DSAI dahulu mungkin segelintir pihak tidak tahu dan mungkin hanya pihak yg menyokong DSAI sahaja yg tahu tetapi berbeza pula dengan pandangan dari pihak Kerajaan. Masing-masing mempunyai 'point' utk berhujah mengatakan mereka adalah yg terbaik dan sukar untuk mencari pemimpin didunia menujukkan kelemahan kepada rakyat.

Isunya di sini ialah saya dan mungkin ramai lagi sahabat2 saya diluar sana masih tertanya2 siapakah yang betul dlm situasi sebegini?..Penyokong kerajaan dengan hujah mereka sendiri mahupun pihak pembangkang. Tidak catatan yang mengatakan sebegini dan sebagainya hanya cerita dari mulut ke mulut tentang kehebatan dan keaiban seseoarng.

Tetapi pada saya, perbincangan untuk perpaduan rakyat telah di tolak oleh pembangkang amat menyedihkan ramai pihak yg tidak mempunyai apa-apa kepentigan politik pun. Saya percaya ramai ingin melihat perpaduan di antara dua parti dominan melayu iaitu UMNO dan PAS bekerjasama didalam membincangkan hal berkaitan agama, bangsa dan negara. Apa yg mengecewakan lagi apabila Tuan Guru juga menolak cadangan ini. Tapi tidak mengapalah kerana Pas masih membuka ruang untuk mengadakan perbincangan dgn mana2 pihak untuk kebaikan bersama.

Tidak ada apa yg dapat digambarkan jika perpaduan antara kita (melayu) direalisasikan nanti. Saya percaya sekali lagi masih ramai rakyat Malaysia yang mahukan perpaduan ini. Terima kasih..

Anonymous said...

Saudar Pen Cheng..

Maaf kerana saya percaya maklumat yang saudara ada kurang tepat... Universiti Islam antarabangsa sebenarnya diilhamkan oleh Tun Mahathir yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Pelajaran pada tahun 1976 dan hanya dapat direalisasikan ketika Tun manjadi Perdana Menteri, Bank Islam pula juga adalah idea dari Tun Mahathir dan di realisasikan pada tahun 1981 sebelum saudara Anwar masuk UMNO. Ini adalah fakta.... Bukan dari Saudara Anwar sebenarnya....

Azahar

UMNOPAS said...

Sekiranya UMNO ikhlas berpadu dengan Pas, parti itu perlu memilih bersatu dengan Pas sebagai menyokong perjuangan Islam yang dibawa dasar parti itu.

Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, hanya Islam yang dapat mengembalikan perpaduan orang Melayu dan Islam.

Menurutnya, dasar perjuangan Islam hanya wujud dalam Pas sedangkan UMNO tidak memperjuangkan sebagaimana dasar yang dibawa PAS.

“Sebetulnya UMNO kembali kepada Pas, lebih-lebih lagi UMNO sudah hampir runtuh dan musnah.

“Kalau UMNO memiliki niat ikhlas untuk berpadu, mereka perlu memberi sokongan kepada Pas, termasuk Pakatan Rakyat (PR),” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

.

AliBaba said...

SPRM Masih Belum Putuskan Kes Ali Rustam
Wednesday, 24 June 2009 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional

Bingkas menyiasat dan menuduh pembangkang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun belum lagi membuat keputusan berhubung politik wang yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam bagi jawatan Timbalan Presiden Umno.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz berkata SPRM telah menjalankan dua kes siasatan terhadap wujudnya pemberian wang rasuah dengan tujuan mencalonkan Ali sebagai Timbalan Presiden Umno pada Mesyuarat Umno Bahagian Rendang pada 8 November 2008.

“Kedua-dua kes siasatan telah diselesaikan dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM untuk keputusan dan arahan lanjut,” kata Nazri dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Ali telah dilucutkan kelayakan bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno Mac lalu oleh jawatankuasa disiplin parti.

Namun kepimpinan UMNO berpendirian kesalahan rasuah politik oleh Rustam bukan halangan untuk beliau terus menjadi Ketua Menteri Melaka.

Nazri berkata, satu lagi siasatan berhubung dengan dakwaan pemberian sogokan kepada Ketua Cawangan dan perwakilan Umno cawangan Rendang untuk menyokong dan mengundi Ali sebagai Timbalan Presiden Umno ditutup kerana tidak ada bukti./Suara Keadilan

ataspagarje said...

apa yg di cakapkan oleh UMNOPAS itu adalah benar dan tak boleh disangkal kan lagi. tetapi yg menjadi persoalan ialah benarkah Pas menyokong perjuangan islam yg dibawa oleh parti tersebut?

sbb kondisi semasa telah menunjukkan Pas terlalu bermain wayang dengan islam dan juga ayat2 suci Al-Quran. Pas mengunakan abiliti mereka dlm hal keagamaan ini utk memanipulasi minda rakyat. Tidak dinafikan ada perkara yg baik dari Pas yg blh kita ikuti dan juga tidak kurang juga sikap individu2 didalam Pas sendiri yang merosakkan entiti Pas itus sendiri.

pada saya sikap keegoaan sesetengah pemimpin lah yg menyebabkan hal ini berlaku tidak kiralah dari kerajaan atau pembangkang. setiap insan tidak sempurna dan saling lengkap melengkapi jika perpaduan menjadi asas yang utama. terima kasih.

Anonymous said...

Salam,
Apabila tersiarnya berita tentang kes Ali Rustam kita sebagai rakyat yang patuh kepada undang-undang hendaklah serahkan kepada mereka yang terdidik dan terlantik untuk menyelesaikannya. Persoalan kini apabila kita bertindak bukan pada kerja hakiki kita. Serahkan kes ini kepada SPRM untuk menyiasat dan buat pendakwaan serta jika ada prima fasie maka mahkammah akan memanggil untuk bela diri. Oleh kerana kita suka buat kerja orang lain situasi jadi haru biru. Kepada yang ada bukti kenapa tidak tampil dan buat laporan kepada pihak yang berwajib. Barulah keadilan dan kedaulatan undang-undang itu terpelihara dan terbela. Menulis dalam blog dan membuat tuduhan tidak berasas adalah kerja orang yang marah tetapi tidak bertindak dengan betul. Penulis yakin bahawa ALLAH S.W.T maha adil terhadap semua makhluk tidak kira sama ada pemerintah atau pun pembangkang. Telah terang dan jelas segala kesalahan walaupun sebesar zarah akan dibalas tidak kira penipu mahupun tok guru. Oleh itu kita serahkan pada pihak yang berwajib untuk menjalankan tugasnya.

Melayumudahlupa said...

Pemuda UMNO Kelantan ingin sangat mengetahui "berapa ramaikah yang telah dibunuh dan diperkosa oleh Umno sejak penubuhannya" yang mudah sahaja bagi PAS membuktikannya dengan apa yang mereka pemuda-pemuda UMNO Kelantan telah lupa mengenai peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Memali pada 19 November 1985 oleh Kerajaan UMNO Barisan Nasional dengan menggunakan 4,000 tentera bersenjata menyerang dan membunuh Ustaz Ibrahim Libya di rumahnya, di Kampung Memali Mukim Siong Baling Kedah. Seramai 14 ahli dan penyokong PAS syahid, 8 cedera parah parah dan 161 termasuk kanak-kanak ditahan.

Sebelum itu, pada 18 Januari 1985 tercetus pula apa yang disebut ‘Peristiwa Berdarah Lubuk Merbau’ sehari sebelum pembuangan undi pilihan raya kecil Parlimen Padang Terap. Dikatakan di mana lebih 200 ahli UMNO menyerang pekerja pilihan raya PAS di Felda Lubuk Merbau, menyebabkan 7 cedera parah, dan seorang bernama Osman Talib meninggal dunia, esok harinya.

Dan mengenai persoalan Umno disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin, Ketua Pemuda itu bertanya berapa ramaikah yang telah disesatkan oleh Umno.

Untuk menjawabnya kita nyatakan kalau ingin dibuktikan penghinaan dan penolakan UMNO terhadap Islam necaya blog ini terlalu sempit ruangnya untuk disenaraikan semua kisah pencabulan UMNO terhadap Islam dulu, kini dan selamanya.

Dan kini Muhyiddin minta dilupakan saja segala peristiwa lama. Mudahnya!
http://greenboc.blogspot.com/

Melayumudahlupa said...

Detik detik pembunuhan memali boleh dibaca di:


http://penarikbeca.blogspot.com/2009/06/detik-detik-pembunuhan-di-memali.html

Anonymous said...

Slm kepada Melayu mudah lupa,
Isu Memali dan Lubuk Merbau adalah peristiwa tragis kepada penyokong PAS.Tetapi harus diingat bahawa disebalik peristiwa tersebut sebenarnya tersimpan pelbagai peringatan kepada kita untuk dihayati. Itulah padahnya bila undang-undang diketepikan dan emosi digunapakai.Orang Melayu sangat menghormati ilmuan lebih-lebih lagi bila ilmuan tersebut adalah ahli agama. Tetapi agama tidak mengajar kita taat dengan membuta tuli sahaja.sikap begini akan menyebabkan pengikut dengan tidak mengambil lain-lain pertimbangan terus menganggap orang yang beserban itu bersih segala-galanya, Seolah-olah tidak pernah buat dosa.Jika dia seorang yang berilmu sudah pasti tindakan serta arahannya tidak bercanggah dengan tuntutan agama yang menyeru kepada perpaduan. Apa rasionalnya seorang yang terdidik dalam agama tetapi menyimpan 2 org(penjenayah)yang dikehendaki oleh polis? Tentu tindakannya sangat meragukan? Tentang penolakan UMNO kepada Islam, ternyata bahawa kecaman ini sangat melulu dan tidak benar sama sekali.Bagaimanakah institusi parti politik yang dikatakan menolak Islam tetapi dalam masa yang sama telah meletakkan Islam sebagai agama persekutuan dalam per. 3 Perlembagaan Persekutuan serta sejak merdeka terus memperjuangkan Islam dalam pelbagai bidang. Jadi tuduhan saudara itu sangat musykil bagi saya dan pembaca lain. Oleh itu sekiranya kita tiada fakta yang lengkap untuk sesuatu isu lebih baik buat home work dulu jangan tuduh membuta tuli dan sebarangan. Ini kerana kita akan bercakap auta saje.

Pen Chen said...

Differentiating PAS from UMNO

PAS is different from UMNO, in fact they supposed to be very different from UMNO. Unfortunately, in PAS, many of its members seem to think PAS is just another Malay party like UMNO.

This is why Nik Aziz is so angry about the idea of unity government raised by its own President.

Nik Aziz is a seasoned politician. He sensed trouble when the idea of unity government idea was being welcomed by UMNO. How can your enemies of 52 years suddenly wants to be your friend in the name of Malay and Islam unity?

To Nik Aziz, what is Malay unity? PAS is never about Malay because PAS is Pan Malaysian Islamic Party.

What is Islam unity? UMNO is never about Islam because UMNO is United Malays National Organization. There's nothing to be united on, because to Nik Aziz's believe, Malay and Islam is a different subject all together. There's no common ground to talk about.

Why Nik Aziz Ticked Off Nasharuddin Mat Isa

Nik Aziz was agitated by the way UMNO was manipulating the unity issues in their effort to turn the tide on PAS good public's perception. That's why he had to stop the bleeding when his own deputy president was seen singing the same tune as UMNO.

Nik Aziz saw through the plot.

His harsh statement on Nasharuddin was not an easy one to make. It takes a lot courage and wisdom to play such a move to save PAS from falling back to its old status. With its President, Deputy President and Secretary General are being painted as UMNO agent, Nik Aziz has no choice but to step in decisively and fast.

Nik Aziz knows in politics, your enemy wins by being able to turn the public's perception away from you.

UMNO has gained the upper hand because PAS's top leadership now suffers from bad public's perception because of this unity government talk. Regardless of whether their leaders were sincere and noble in their move or not, you lost the war when you lose the public's trust.

The Future for PAS

Now PAS is merely surviving on Nik Aziz's clean image.

If nothing is done in the next 3 years, we can be sure that PAS will return to its 2003 status.

Once labelled as an ultra-conservative figure, Nik Aziz together with PAS has finally turn the tide on public's perception against them after 50 years in politics.

To him, PAS's future is everything he cares for. All his works, words and decisions, although sometimes painful and hurtful, is always in the best interest of PAS.

PAS has taken 52 years to come to this stage. Nik Aziz just can't let it be ruin in months because his party leaders were not smart enough to smell the trap.

Nik Aziz remembered very well how Bukit Gantang's election was won, it was through the support of a diversified voters.

/malaysianunplug.blogspot.com/

UMNOPAS said...

Saya cadangkan barisan Pemuda UMNO Jasin pergi berkunjung melawat TG Nik Aziz untuk belajar politik.

Tak salah belajar dari musuh!

UMNOPAS said...

Pecah Belah Melayu.Apa kata TG Nik Aziz>

"Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah."

"Ini kerana PAS meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca belah. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS itu bertanya sekarang siapa punca berpecah belah, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular.

Menurutnya, orang Islam kena tengok semula sejarah, adakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan masyarakat ketika itu atau orang yang melawan ajaran Islam yg dibawanya yg menjadi punca.

"Kalaulah Nabi Muhammad saw menjadi punca balah, maka apa yang dikatakan Mufti Perak itu betullah.
Sedangkan baginda berbalah dengan bapa saudara dan masyarakat Arab bagi menegakkan Islam. Jadi siapa yang menjadi punca balah," katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Mufti Perak yang dianggap kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan bagi menegakkan ideologi politik mereka.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS ditubuh di Pulau Pinang oleh alim ulama yang asal berada dalam Umno.

Namun katanya mereka keluar daripada Umno dan menubuh sebuah parti Islam pada 1951.

Beliau juga berkata, Umno ialah United Malay National Organization yang memperlihatkan parti itu berjuang berteraskan kaum.

"Jadi mengapa dia sibuk dengan kita, sedangkan dia parti Melayu. Pelawalah orang Melayu seramai yang boleh kerana mereka parti orang Melayu.

Tetapi sekarang mengapa pula orang Melayu sudah ramai yang lari daripada Umno. Orang Melayu sudah lari kepada PAS, KeADILan dan DAP," tambahnya.

Menurutnya juga Umno selama ini secara jelas menyebut agama lain dan politik lain dalam perjuangan mereka.

Sedangkan beliau berkata, Islam meminta manusia berpadu sama ada dengan orang Melayu, Cina dan India.

"Kalau perpaduan sebenar biarlah semua kaum dalam BN dan Pakatan Rakyat berpadu," katanya.

Oleh itu beliau meminta supaya mufti terbabit supaya lebih baik menggunakan masa yang berharga untuk mempengaruhi Umno supaya tukar dasar kebangsaan kepada Islam.

"Berapa sen harga kaum Melayu atau bangsa Arab di Padang Mahsyar kelak. Dalam keadaan PAS masuk Perikatan dahulu lalu dengan dijemput pun PAS ditendang keluar.

"Inikan pula kita yang cuba sorong-sorong kepala. Sebab itu saya tengok sehari dua ini Umno macam orang gila talak pula," katanya.

Sebelum ini ketika mengadakan pertemuan dengan warga pendidik di Kuala Krai, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut perpaduan hanya diminati antara PAS dan Umno sahaja dan bukan melibatkan parti lain.

Perak Melayujati said...

Sebenarnya penyokong PAS lah yang membantu DAP dan PKR memenangi banyak kerusi di P. Pinang.

Akhirnya PAS diketepikan macam sampah. Pakatan Rakyat kunun - Pakatan Kepala Butuh!

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]