Friday, June 26, 2009

SIAPA DAN MENGAPA MEREKA DI TAHAN I-S-A.






Artikel hasil sumbangan Sdr Azmah Dahari

SIAPA DAN MENGAPA MEREKA DI TAHAN I-S-A.

Semenjak 2004, seramai 100 orang telah dikenakan Perintah Tahanan dibawah Seksyen 8 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Pecahan jumlah orang tahanan mengikut kesalahan bagi tempoh tersebut adalah berikut:

Pemalsuan Dokumen : 29 orang
Pemalsuan Wang Syilling RM1 : 17 orang
Penyeludupan Penatang Tanpa Izin : 1 orang
Kumpulan Haram Hindraf : 5 orang
Pembekal Komponen Nuklear : 1 orang
Gerakan Pemisah Selatan Thailand : 3 orang
Agen Perisikan Asing : 7 orang
Kumpulan Militan Malaysia KMM : 1 orang
Penulisan Menghina Kesucian Islam : 1 orang
Kumpulan Darul Islam : 17 orang dan
Kumpulan Jemaah Islamiah :18 orang

Sehingga kini, hanya dua belas orang tahanan yang masih menjalani Tahanan di bawah AKDN 1960.

Mereka ini terdiri daripada lapan orang tahanan yang terlibat dengan kegiatan militan serta empat orang tahanan yang didapati terlibat dengan pemalsuan dokumen.

Daripada jumlah keseluruhan orang tahanan tersebut, enam orang daripada mereka adalah warga asing dan 6 warga tempatan.

Dalam tempoh yang sama, terddapat pemimpin parti politik telah dikenakan Perintah Tahanan di bawah AKDN 1960.

Namun begitu, kerajaan ingin menegaskan bahawa Perintah Tahanan yang dikeluarkan adalah bukan berdasarkan kesalahan atau agenda politik.

Sebaliknya berdasarkan kegiatan yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraan awam.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa ucapan sulung sempena perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia telah menegaskan bahawa Akta Keselamatan Dalan Negeri 1960 akan dikaji semula.

Sejajar dengan arahan YAB Perdana Menteri Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kepentingan negara serta ketenteraman awam komitmen untuk melaksanakan proses kajian semula akta ini mengikut dan keperluan keselamatan semasa yang semakin mencabar.

Negara kini berhadapan dengan ancaman keselamatan berbentuk global termasuklah dari kumpulan militan antarabangsa dan jenayah rentas sempadan.

Sebarang cadangan pindaan atau pemansuhan AKDN 1960 tidak akan sesekali mengadaikkan kselematan dan kepentingan negara serta kesejahteraan dan keharmonian rakyat.

Ini adalah selari dengan gagasan YAB Perdana Menteri Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, prestasi diutamakan.

Selain proses kajian terhadap pelaksanaan AKDN 1960, kementerian juga akan melaksanakan proses kajian serupa terhadap undang-unang pencegahan yang diletakkan dibawah tanggungjawab Kementerian dan jabatan-jabatan dibawahnya.

Kementerian berpandangan bahawa telah tiba masa yang sesuai untuk mengkaji semula kesesuaian dan keberkesanaan kemampuan untuk berhadapan dengan ancaman dan kegiataan kegiatan jenayah yang semakin mencabar.

6 comments:

NOtoISA said...

Melengkapkan kekejaman hati penguasa ISA.
Ikuti cerita bergambar di:

http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=750

Ambalum said...

Ambalat. Apa pandangan Pemuda Jasin?

Mengutip komentar SBY yang dimuat di Okezone:
“Sejak dulu saya katakan, apa yang diklaim oleh Malaysia tidak bisa kita terima karena Indonensia yakin itu wilayah kita. Sejengkal wilayah laut pun kalau itu wilayah indonesia harus kita pertahankan, tidak ada kompromi dan toleransi karena itu harga mati,”

Mengutip komentar Jusuf Kalla yang dimuat di Okezone:
“Kalau negara kita sudah terganggu, dengan siapa saja kita bisa berperang. Kalau memang ada pelanggaran, tentu kita akan bertindak tegas. Dan itu memang harus ditindak tegas,”

Dan seperti yang dimuat di Solopos,
“DPR menyatakan setuju jika TNI ingin mengambil langkah perang terhadap Malaysia. DPR mendesak pemerintah mengambil langkah tegas terhadap pelanggaran wilayah yang dilakukan Malaysia di perairan Ambalat.

Wah…pimpinan tertinggi Indonesia saat ini sudah berbicara seperti itu…sekarang dengan kemampuan alutsista kita, sanggup dan beranikah kita berperang…?

Anonymous said...

Slm,
Dalam isu ambalat, dimana tuntutan bertindih maka ada banyak jalan penyelesaian. Isu ini bukanlah kes pertama negara kita. Isu sebelum iaitu sipadan dan ligitan serta batu putih. Negara kita mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara lebih-lebih lagi negara Asean. Tidak pernah kita provokasi jiran dengan kenyataan yang tidak enak.
Kita tahu Indonesia sekarang dalam mood pemilu iaitu pilihanraya Bapak Presiden. Sudah tentu dalam suasana memilih akan ada kenyataan yang bersifat patriotik demi mendapatkan sokongan seterusnya undi. Selain itu juga kita lihat media disana menyiarkan kenyataan-kenyataan yang agak keras bila isu tersebut membabitkan Msia. Tetapi diakhirnya kedua-dua pemimpin yang dipilih mengambil jalan pendekatan yang sedar lagi matang dalam menangani kemelut ini.Dengan kata lain siapa tak sayang negara nya beb, lebih-lebih Indon yang memperolehi kemerdekaannya dengan bambo runcing.

Anonymous said...

Slm,
Dalam isu ambalat, dimana tuntutan bertindih maka ada banyak jalan penyelesaian. Isu ini bukanlah kes pertama negara kita. Isu sebelum iaitu sipadan dan ligitan serta batu putih. Negara kita mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara lebih-lebih lagi negara Asean. Tidak pernah kita provokasi jiran dengan kenyataan yang tidak enak.
Kita tahu Indonesia sekarang dalam mood pemilu iaitu pilihanraya Bapak Presiden. Sudah tentu dalam suasana memilih akan ada kenyataan yang bersifat patriotik demi mendapatkan sokongan seterusnya undi. Selain itu juga kita lihat media disana menyiarkan kenyataan-kenyataan yang agak keras bila isu tersebut membabitkan Msia. Tetapi diakhirnya kedua-dua pemimpin yang dipilih mengambil jalan pendekatan yang sedar lagi matang dalam menangani kemelut ini.Dengan kata lain siapa tak sayang negara nya beb, lebih-lebih Indon yang memperolehi kemerdekaannya dengan bambo runcing.

Ambalum said...

Krisis Ambalat berlaku sebab Malaysia membuat peta nya sendiri secara sebelah pihak tanpa merujuk kepada Indonesia dan tiada pemakluman kepada PBB. Kita perlukan seorang menteri luar yang berkelibar macam Tan Sri Ghazali Shafie dahulu.

Sekarang kita hanya ada seorang Menteri Luar bertaraf kampong. Bila pergi ke Washington beliau hanya tahu bercakap pasal Anwar tawarkan beliau satu jawatan yang tinggi jika join PR. Dia ingat Hilarry Clinton cukup seronok bila dengar cerita tersebut.

UMNO sudah ketandusan tokoh ke?
Baik lantik Ali Rustam sebagai Menteri Luar boleh jugak orang Jasing ikut ke PBB,tukang bawa beg.

NOtoISA said...

Tiga orang tahanan ISA telah masuk tahun ke 8 ditahan di Kem Kamunting. Dr Abdullah Daud, Mat Sah dan Samsuddin mungkin sudah terlalu biasa dengan kehidupan di Kem kerana telah terlalu lama hidup dalam suasana tersebut. Mungkin ....mungkin ...mungkin dan mungkin mereka merasakan akan tinggal didalam kem buat selama-lamanya.....
Tetapi bagaimana dengan anak-anak yang ditinggalkan? Mungkin isteri tahanan ISA yang telah ditinggalkan begitu lama, ada hak untuk meminta fasakh dan menerima mana-mana lelaki yang simpati untuk memperisterikannya.... Contohnya, salah seorang tahanan itu, Samsudin telah pun melepaskan isterinya dua tahun lepas.....
Tetapi... bagaimana dengan nasib anak-anak pula? Mereka telah menjadi mangsa kali pertama selepas dipisahkan dari bapa mereka 7 tahun lalu. Bila ibu-bapa berpisah, mereka menjadi mangsa kali kedua kerana perpecahan keluarga pula. Ikatan bapa dan anak adalah pertalian darah -daging dan tidak boleh dipisahkan untuk selama-lamanya. Dan ikatan inilah yang menjadikan anak-anak sebagai mangsa yang paling teruk menerima kesan dan akibat dari kes tahan tanpa bicara ini.
Faktor "time-frame' akan memperlihatkan sejauhmana kejujuran pihak kerajaan dalam mengkotakan "adoption and review" yang telah mereka nyatakan kepada masyarakat dunia di UN baru-baru ini. Jika Obama meletakkan jangkamasa setahun untuk menyelesaikan masaalah tahanan di Guantanamo Bay, maka PM Najib juga sepatutnya mengambil tindakan yang sama .......

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]