Muktamar PAS telah mendedahkan satu cadangan untuk mengwujudkan kerajaan campuran PAS-UMNO. Walaupun tidak menjadi kenyataan tetapi apa yang berlaku tentu menarik perhatian ramai sama ada blogger politik mahu pun di menara gading hatta tidak lupa pada veteran.
Pelbagai perspektif telah dikupas oleh para peminat dari pelbagai kaedah dari segi politik mahu pun manifesto hingga kepada falsafah perjuangan parti.Namun yang agak mengecewakan semuanya melihat dari sudut perbezaan sahaja hingga terlupa pada persamaan yang ada iaitu PAS adalah dari kaum kerabat UMNO juga.
Sejarah telah membuktikan bila pemimpin mengutamakan rakyat maka perbezaan dapat dikurangkan hingga PAS berada dalam keluarga UMNO pada 1974. Mungkin semangat itu patut dikembalikan dalam memantapkan senario politik semasa negara.
Nampaknya kini setelah lama berkecimpung dalam politik DS haji Abd. Hadi Awang sebagai Presiden PAS benar-benar dapat menunjukkan kredibiliti beliau yang selama ini di cop dengan "AMANAH HAJI HADI'
sesungguhnya pemimpin dalam perjuangan perlu melihat senario dengan menyeluruh dan bukannya atas faktor status quo dan kepentingan serta agenda tertentu.
Walau apa pun muslihat disebalik cadangan tersebut, sudah pasti sebagai orang Islam kita kena berbaik sangka dengan orang lain. Hati tidak boleh dipaksa untuk berpadu kerana jika tuhan telah berikan hidayah, apa pun boleh berlaku.
Mungkin setelah lama terpisah sejak 1951, maka untuk berbaik semula akan menjadikan kita rasa kurang selesa tetapi dalam isu kepentingan ummah maka siratulrahim perlu dijalin kembali.
Keperluan kepada perpaduan juga semakin mendesak jika dilihat sejak akhir-akhir ini, kaum kerabat kita juga kadang kala bertindak diluar jangka sehingga kadang-kala menguris hati dan perasaan kita.
Jadi marilah kita berdoa agar ianya menjadi kenyataan.AMIN.

No comments:
Post a Comment