Saturday, June 20, 2009

Lawatan Biro Pertanian dan Asas Tani










Tarikh : 13 hb Jun 2009
Masa : 9.30pg
Tempat : Kawasan Ternakan ikan Air Tawar Air Kangkong.

Keahadiran.

1. Suhaimi bin Ahmad Pengerusi.
2. Rizam bin Said
3. Jezlee bin Pit
4. Azman Bin Dollah
5. Mokthar bin Majid Pencatit
6. Dhardijaya Bin Sukur
7. Suhairi bin Abu
8. Mohd Azmi bin Idris

1.UCAPAN PENGERUSI.

1.1Mengucapkan salam kepada semua rakan rakan yang dapat hadir dalam mesyuarat kali 1/2009 ini. Memaklumkan pendekatan yang dibawa di bawah Biro Pertanian Dan Asas Tani pemuda bahagian Jasin akan mengadakan lawatan dan mengadakan Mesyuarat di tempat tempat yang di lawati seperti apa yang dilakukan sekarang, Ini merupakan lawatan yang pertama .

1.2Pendekatan yang di bawa ini banyak faedah di mana maklumat dapat diperolehi,ini amat penting kerana Jawatankuasa yang dilantik ini dapat melihat sendiri perlaksanaan sesuatu projek Pertanian itu di jalankan.Di Samping mengambil tahu akan pemasalahan yang di hadapi oleh pengusha.

1.3Dalam dalam yang pertama Pengerusi mengucapkan kepada Sdr Suhairi bin Abu pengusaha ternakan Ikan Air Tawar yang telah membenarkan tempat beliau digunakan untuk lawatan dan untuk mengadakan mesyuarat.

Makluman.

2.MELANTIK AJK BIRO PERTANIAN DAN ASAS TANI BAGI 2008-2011.

Cadangan :Sdr Suhaimi bin Ahmad
Disokong : Sebulat suara

2.1- Suhaimi bin Ahmad Pengerusi
Rizam bin Said Naib
Mohd Mokthar bin Majid Setiausaha

Mohd Azmi bin Ideris AJK
Jazlee bin Pit
Abu Sufian bin Abu Samah //
Dharmawijaya bin Sukur
Mumiddin bin Bujang //
Suhairi bin Abu //
Halim bin
Mohd Akhir //
Sharbany bin Zakaria //
Razmi bin Kandis //

3.LAIN LAIN HAL.

3.1-Sdr Suhairi bin Abu.

Mengucapkan Jutaan terima kasih di atas usaha dan pendekatan yang dibawa oleh Biro Pertanian Dan Asas Tani pemuda Bahagian.
Terima kasih juga diucapkan di atas perlantikanya sebagai AJK Biro Pertanian Pemuda.Menurut beliau akan sentiasa memberi kerjasama dari segi teknikel dan perundingan untuk membantu mereka yang ingin menjalakan ternakan ikan Air Tawar.

Beliau juga memberitahu masalah yang dihadapi kini adalah bekalan elektrik, menurut Suhairi beliau bukan saja menternak ikan malah telah dilantik oleh Jabatan Perikan sebagai pusat pengumpul ikan dari pengusaha pengusaha untuk di pasarkan untuk tujuan itu ikan ikan ini perlukan oksigen agar ikan ikan yang pasarkan berada dalam keadaan segar. Masalah lain makan ikan yang terlalu mahal harganya di pasaran.

Tindakan : Exco Pertanian dan TNB

3.2-Sdr Jazlee bin Pit.

Akan cuba membantu mengenai bekalan Elektrik. Jazlee mencadangkan agar lawatan yang di lakukan ini akan di teruskan dari masa kesemasa agar jawatankuasa akan peroleh faedah dalam lawatan yang di buat dan dikembangkan dicawangan.

3.3Sdr Rizam bin Said.

Sdr Rizam berpendapat Jawatankuasa yang diibentuk ini dapat membantu apa jua masalah yag dihadapi oleh pengusaha pengusaha. Beliau juga mencadangkan agar pengusaha pengusaha ini di jadikan Mentor atau perujuk kepada mereka yang ingin menjalankan projek projek berkaitan.

3.4 Sdr Azman Abdullah

Mencadangkan agar pertandingan memancing anjuran Pemuda
Bahagian dibawah biro pertanian dapat di adakan disini. Masalah lain yang dihadapi meminta pengerusi mengambil perhatian serius.Meminta lawatan akan datang pengerusi dapat melibatkan Jabatan jabatan yang berkaitan agar penerangan atau input input dapat disampaikan dengan lebih baik dan berkesan.






3.5 Sdr Suhaimi.

Mengucapkan Jutaan terima kasih diatas kesudian Jawatankuasa
yang dapat hadir dalam lawatan dan mesyuarat kali 1/2009.
beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian Sdr
KP dapat bersama sama dalam lawatan ini.


Akhir sekali pengerusi menangguhkan mesyuarat ini pada jam 12.45 ptg.

2 comments:

pemudamerlimaupasir said...

salam,

mcm best je..klu di praktikkan kat cawangan masing2 pd masa akan datang lagi menarik..

Longines5 said...

macam tak ramai aje yg berminat???

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]