Wednesday, July 1, 2009

Fitnah Berkumandang di Manek Urai.







Calon bagi PRK Manik Urai telah di ketahui umum di mana BN telah mencalonkan Tuan Aziz Tuan Mat dan Pas telah mencalonkan Fauzi Abdullah sebagai harapan mereka untuk kekal di Manek Urai.

Tetapi apa yang dikesalkan serangan fitnah oleh juak-juak Pas ini telah berkumandang dengan dasyat di sekitar rakyat tempatan mahupun di dalam alam maya. Fitnah yang amat hina dan dasyat ini bertujuan semata-mata untuk menjatuhkan kreadibiliti calon BN itu sendiri. Pelbagai andaian pembangkang untuk bermain dengan isu peribadi yang kini nampak lebih parah dengan fitnah yang mereka lakukan sendiri. Adakah kenyataan mereka ini berdasarkan fakta atau senjaga direka-reka.

Ada yg mengatakan Tuan Aziz terlibat dengan rasuh, penyalahgunaan kuasa dan macam-macam lagi. Berikut adalah dakwaan satu Malaysia atau lebih mudah lagi fitnah yang dilemparkan kepada calon BN tetapi di sangkal/dibidsas semula oleh Manek Urai Online

Fitnah 1:
Tuan Aziz didakwa menyalahgunakan kuasanya dan terbabit dalam rasuah

Ini adalah satu kenyataan yang "ambigious" bertujuan hanya untuk mengaburkan mata pembaca.


Fitnah 2:
Tuan Aziz hidup mewah melebihi kemampuannya ketika menjadi CEO Kesedar Perkilangan Sdn Bhd (KPSB). Jawatan ini disandangnya sebelum dilantik menjadi pengurus di Kesedar

Setahu saya Tuan Aziz hidup secara sederhana. Walaupun berjawatan sebagai CEO Kesedar, beliau hanya mempunyai rumah papan satu tingkat di Kuala Krai. Isteri beliau bertugas sebagai guru. Pasal kereta pula, beliau memandu Proton Perdana second hand dan isteri beliau memandu Perodua MyV.


Fitnah 3:
Beliau melakukan lawatan yang “meragukan” bersama pegawai-pegawai yang tidak berkaitan ke negara Asean seperti Vietnam dan Thailad untuk tujuan pemasaran

Lawatan itu dilakukan secara rotation oleh pegawai-pegawai Kesedar selepas mencapai kejayaan memasarkan minyak masak di negara-negara Asean. Tuan Aziz sendiri tidak pernah mengikut serta dalam lawatan tersebut.


Fitnah 4:
Beliau menyalahgunakan kuasanya dalam pemberian kontrak-kontrak KPSB dan melobi untuk pembekal baja sewaktu bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda Umno Kuala Krai

Keputusan akhir pemberian kontrak tersebut bukan terletak di tangan Tuan Aziz. Lagipun Tuan Aziz tidak perlu melobi untuk medapat sokongan semasa pertandingan jawatan Ketua Pemuda Bahagian. Sokongan beliau pada peringkat akar umbi adalah padu. Lawan Tuan Aziz untuk jawatan Ketua Pemuda Bahagian adalah juga kenalan rapat beliau, Salihin Ismail.

Kenapa hal ini berlaku?Benarkan fitnah, kejian, penghinaan, merendah-rendahkan martabat prang lain sudah menjadi makanan ruji penyokong PR? Siapa yang menghalalkan tindakan ini? Sedangkan Mahfuz Omar pun dengan mudah melabelkan BN sebagai 'Bini Najib' dan inilah produk Nik Aziz yang dibanggakan? Apa gelaran yang sesuai dengan Mahfuz Omar ini ya?Apakah perasaan Mahfuz jika orang lain mengelarkan isteri beliau sedemikian?

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]