Wednesday, July 1, 2009

Konsert Tak Dapat Sambutan?






Himpunan 100,000 rakyat dah terbalik kepada lebih kurang 5,000 penyokong sahaja ke perhimpunan semalam. Nik Aziz tak dapat hadir kerana Sidang DUN Kelantan. Penyokong rata-ratanya hanya berkopiah putih sambil melaungkan takbir. Yang menjadi tukang karut seperti biasa lah 'si dia' dan juga 'si dia'. Satu perhimpunan yang tidak mendapat perhatian rakyat dan secara automatik tidak mendapat perhatian di blog-blog mahupun lidah rasmi mereka.

Hanya sekitar 5,000 orang hadir pada Himpunan 100,000 rakyat anjuran pakatan pembangkang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya Selasa malam.

Himpunan itu diadakan dengan tujuan untuk tunjuk pembangkang tidak berpecah kerana isu kerajaan perpaduan dan memberi penjelasan kepada para penyokongnya mengenai isu berkenaan.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat asalnya jika ikut pengumuman dan hebahan awal akan berucap di himpunan itu tidak hadir.

Pengumuman tidak hadir dibuat oleh Bendahari PAS DR Hatta Ramli kira-kira 10 minit selepas Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang berucap.Kata Dr Hatta ini kerana ada sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Pemimpin lain yang berucap di himpuan itu ialah Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim,Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Salahudin Ayub.

Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa tidak hadir di himpunan itu.

Perhimpunan yang bermula pada jam 9 malam itu berakhir kira-kira dua jam kemudiannya. Dipercayai ini kerana ia kurang mendapat sambutan.

Kebanyakan yang hadir pula terdiri dari para penyokong PAS.

Hadi dalam ucapannya antara lain kata PAS tolak perpaduan dengan UMNO kerana parti itu gagal untuk jadi model Islam sebenar.

Katanya pakatan dengan PKR dan DAP lebih bagus sebab itu menang banyak pilihanraya kecil.

Manakala Anwar kata himpunan itu bertujuan untuk tolak dakwaan media dikuasai UMNO kononnya pakatan pembangkang berpoecah kerana isu kerajaan perpaduan.

Ketua Pembangkang itu terus bawa macam-macam cerita lapuk termasuk isu PKFZ dan kehebatan beliau dan rakan-rakan di Parlimen lawan rasuah malah turut selain itu minta Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan digantikan.

Jika ambil kira perhimpuan sama dianjurkan pembangkang tahun lalu di tempat sama, nampaknya sambutan terhadap pembangkang sudah dingin.

Dengan sebilangan besar pengikut PAS, mereka datang nak dengar Tok Guru dan Hadi bercakap, tetapi akhirnya melopong bila Menteri Besar Kelantan itu tak muncul dan Hadi macam nak tak nak bercakap.

Mungkin yang lain barangakali bosan ditipu cerita-cerita politik yang sudah basi dan Anwar pula tak habis-habis nak pertahan pasal kes dakwaan meliwat pembantunya. sumber Agenda Daily



No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]