| Sementara pemimpin kanan PAS menolak perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno, dewan Pemudanya pula hari ini mengambil langkah baru dengan mengadakan perbincangan intelektual dengan pergerakan Pemuda Umno. Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan mengumumkan perkara itu dalam satu sidang akhbar bersama dengan Timbalan Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim, di lobi Parlimen hari ini. Nasrudin berkata, perbincangan tersebut bertujuan untuk menyelesaikan ketegangan politik antara kedua buah parti. Langkah pertama ke arah itu, katanya, ialah penubuhan sebuah sekretariat untuk membolehkan kedua-dua parti itu mengadakan kerjasama. Nasrudin dan Razali memberitahu pemberita bahawa mereka telah mencapai kata sepakat berhubung penubuhan sekretariat tersebut bagi menentukan asas-asas untuk mengadakan perbincangan tersebut yang akan bertumpu kepada isu-isu nasional. Malaysiakini Ulasan PPUBJ: Perkara yang baik perlu disegerakan. Diharapkan perbincangan ini akan memberi reaksi positif dikalangan rakyat dan juga tidak ada pihak yang akan menyergah perbincangan ini dengan alasan yang tidak munasabah. |
Wednesday, July 1, 2009
Perbincangan Akan Diadakan- sumber Malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA

10 comments:
Sebaik sahaja MB Nizar memfailkan penyemakan statusnya sebagai MB Perak di Mahkamah Persekutuan, timbul desas desus yang DUN Perak akan dibubarkan. Difahamkan mahkamah telah memberi klu kepada UMNO yang mahkamah terlalu sukar untuk menangkis hujah MB Nizar. Keputusan Mahkamah Tinggi adalah telus dan betul. Tindakan Mahkamah Rayuan adalah biadap dan tergesa-gesa kerana takutkan DUN Perak dibubarkan atas permohonan MB Nizar. Menurut penyebar cerita, persetujuan pintu belakang yang melibatkan istana dan pimpinan UMNO, DUN Perak mesti dibubarkan sebelum kes MB Nizar dibicarakan di Mahkamah Persekutuan pada 9 Julai ini.
bro UMNOPAS, jgnlah menyebarkan dakyah pintu belakang saudara. jika benar apa yg dinyatakan silalah berikan siapa yg terlibat, tarikh dan sediakan sekali rakaman perbualan mereka (klu adalah)..
biasalah klu keputusan mahkamah tidak kiralah Mahkamah Persekutuan,Tinggi dan Rayuan jika tidak berpihak kepada PR, akan di pukul canang sehebat2nya mengatakan sistem kehakiman/mahkamah tidak telus dan tidak adil..dimanakan keadilan PR dlm menangkis persepsi terhadap mahkamah? sikap double standard PR mmg jelas dan tidak boleh dinafikan lagi.
Kini Dr Zambry sedang bekerja untuk rakyat Perak, biarkanlah dia laksanakan amanah dia kepada rakyat walaupun mmg byk rintagan dan saya percaya rakyat Perak akan sedar.
berhubung perbincangan di antara Pemuda Umno dan Pemuda Pas biarkanlah ianya menjadi realiti dan di bincangkan secara intelektual dan berhemah. Jgnlah kita selalu mentafsir sesuatu yg terlalu negatif untuk menjadi asas perjuangan kita. Berfikir sejenak apa yg kerajaan telah berikan kepada semua pihak tidak kiralah dari golongan penyokong mana pun..
Menafikan Laporan Kerjasama dengan UMNO
1. Saya menafikan laporan yang dibuat secara salah dari kenyataan dan maksud Dewan Pemuda PAS Pusat sewaktu menyerahkan surat rasmi meminta Pergerakan Pemuda UMNO mengadakan " Wacana Ilmiah secara Terbuka atas isu : Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan dengan Islam " . sebagai menubuhkan sekteriat untuk bekerjasama dengan UMNO .
2. Terdapat laporan dan salah faham berkait dengan tindakan Dewan Pemuda PAS Pusat mengajak Pergerakan Pemuda UMNO untuk mengadakan wacana Ilmiah secara terbuka .
3. Wacana Ilmiah ini satu mekanisme untuk berhujjah seperti debat [ mujadalah ] dan muzakarah Apa yang penting ialah Pemuda PAS Pusat mahu menyediakan medan dan ruang untuk berhujjah dan tentunya hujjah kita ialah untuk mencari kebenaran berpaksi kepada al Quran dan Sunnah .
4. Wacana Ilmiah lebih kepada satu mekanisme untuk mempertemukan dua pihak dan saling berhujjah secara terbuka untuk mencari kebenaran. Semua mesti tunduk kepada kebenaran dan tiada siapa yang boleh lari dan mengelak diri dari kebenaran dan tentunya yang benar itu ialah apabila ia selaras dengan al quran dan sunnah .
5. Apabila Pemuda UMNO membuat report polis terhadap kenyataan atau dakwaan Al Mursyidul Am yang mengatakan UMNO sesat ertinya UMNO tidak setuju mereka dilabelkan sebagai sesat . Maka Pemuda PAS Pusat menganjurkan wacana Ilmiah sebagai satu medan dan mekanisme untuk berhujjah bagi mencari kebenaran .
6. Laporan yang mengatakan Dewan Pemuda PAS Pusat akan mmenubuhkan seketeriat bagi mengadakan kerjasama dengan Pergerakan Pemuda UMNO adalah laporan yang salah dan tidak benar .
Sekian
Nasrudin bin Hj. Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
baca le malaysiakini bro..declaration yg ko bg ni dah lepas, sekarang ni dorang nk buka lembaran baru..
cadangan ni secara umumnya kedua-dua pihak dh setuju. Press statement pun dh di buat kat parlimen. bkn org Umno je yg ada tp org kuat pemuda Pas pun ada.kita tgk lah dulu apa tajuk 'debat' yg ko ckp kan tu ok.
apa bendalah yg ko ngarut ni anon..declaration UMNOPAS tu betul le..ko yg x membaca kot atau buta huruf..Takbir..
Kenyataan Media
1. Dewan Pemuda PAS Pusat secara rasmi menafikan salah lapor beberapa media mengenai kerjasama antara Pemuda PAS Pusat dan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia sewaktu menyerahkan surat rasmi jemputan terhadap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk mengadakan "WACANA ILMIAH TERBUKA: BENARKAH PERJUANGAN UMNO TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM" melalui penubuhan sebuah SEKRETARIAT BERSAMA untuk bekerjasama dengan Pergerakan Pemuda Umno.
2. Sekretariat yang dicadangkan oleh YB Dato' Razali Bin Ibrahim, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan telah dijelaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat semasa sidang akhbar ialah hanya sebuah jawatankuasa teknikal bersama untuk membincangkan tarikh, tempat, masa, keanggotaan dan format wacana tersebut sahaja.
3. Wacana Ilimiah ini adalah sambungan daripada cabaran debat yang telah dikemukakan oleh Mursyidul Am PAS , YAB Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Perdana Menteri Malaysia terhadap kesesatan perjuangan UMNO. Jemputan wacana ini juga adalah rentetan daripada cabaran debat oleh Pergerakan Pemuda Umno Kelantan terhadap YAB Dato� Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atas isu yang sama. Maka cadangan wacana ini dikemukakan untuk mencari kebenaran atas isu tersebut secara ilmiah.
4. Dewan Pemuda PAS Pusat sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang telah melaporkan secara salah terhadap isu ini.
Sekian.
KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat _
apa kata nnt pemuda Umno jemput buat program yang sama tapi berlainan tajuk. Contoh:
Benarkah Perjuangan Pas Tidak Bertentangan Dengan Islam? atau
Benarkan jika rakyat mengundi Pas itu masuk syurga? atau..
Apa jasa Pas kepada rakyat Malaysia?
baru adil bg semua pihak..
Fokus nya kpd UMNO sebab UMNO yg memerintah.
BUDAYA SAMSENG DALAM UMNO
5) Jam 8.15 mlm, kami telah didatangi oleh insan yg menggelarkan dirinya sebagai KETUA PEMUDA UMNO PARLIMEN BUKIT KATIL (berkaca mata, baju hitam, seluar hitam)... Dengan nada yg tidak beradab, beliau meyuarakan perkara-perkara yg tidak disenangi oleh penduduk setempat, ygmana seperti ingin mencetuskan pergaduhan antara kaum. Memaki hamun polis... Menjerit-jerit... Menghina org lain... Perilakunya tidak seperti seorang ketua yg bagus utk diteladani.
6) Tepat jam 8.30 mlm, kumpulan samseng (pemuda UMNO) telah menggempurkan kaunter kami dengan tingkahlaku yg sangat ganas & liar..... Mengasak kami... Menendang kami... Memukul dengan cota... Kumpulan ini menpunyai kekuatan dalam 40 org yg terdiri daripada golongan muda, semangat mereka telah disemarakkan oleh ketua mereka tadi.
7) Dalam keadaan yg kelam-kabut itu, samseng UMNO telah menarik seorang remaja cina yg melihat pertengkaran itu. Remaja itu rebah dalam kumpulan samseng itu, dan dibelasah oleh 7 org pemuda.
8) Alhamdulillah... Pergaduhan itu dileraikan oleh SB... yg telah kelihatan dari ptg tadi lagi...
9) Pihak kami tidak berbuat sebarang serangan walaupun kami mampu... Pihak pimpinan PAS & DAP berjaya menenangkan para penyokong supaya tidak membalas sebarang serangan samseng itu. Jika nk diikutkan nafsu, sudah tentu kami pun boleh belasah mereka.... Tapi budaya belasah-membelasah bukanlah adab yg telah diajar dalam tarbiah Islam, dan sudah tentu ianya juga bukan adab sesama manusia ygmana ianya difahami oleh rakan DAP.
10) Penduduk setempat kecewa dengan tindakan samseng UMNO yg mengganggu sumber rezeki dari penjualan pasar malam itu. Terpaksa menutup kedai awal... Bahan jualan bersepah... Meja jualan pecah...
Betul tu Ketua Pemuda UMNO atau penyamar? PAS lebih ganas atau UMNO lebih ganas?
http://exception2008.blogspot.com/2009/07/pas-lebih-ganas-atau-umno.html
http://exception2008.blogspot.com/2009/07/pas-melaka-kata-umno-ganas.html
Post a Comment