Maklumat terbaru yang kami terima, calon Pas terlibat dengan skandal penyelewengan peruntukan jentera pilihanraya kecil Permatang Pauh sebanyak RM 600,000.00 dan dakwaan ini telah sendiri oleh Naib Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mujahid Yusof Rawa dan Mantan Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang Zulkifli Lazim. Orang kuat Pas pun dah buat kenyataan tentang isu diatas tapi kenapa hal ini ditutup terus atau masalah ini diizinakan oleh Pas? Jangan tipu rakyat wahai Pas yang akan masuk syurga.. Terdapat juga maklumat di mana. calon Pas ini menggunakan sebahagian wang peruntukan untuk pembinaan Sekolah Agama Pintar tajaan Pas untuk mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat calon ini. Paku Dulang Paku Serpih, Cakap Orang Dia Yang Lebih. sumber : bdd |
Thursday, August 20, 2009
Calon Pas Salah Guna Peruntukan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
3 comments:
Kontroversi kes pecah amanah wang Koperasi Pekebun Kecil Getah Pulau Pinang Berhad yang membabitkan calon Umno-BN Rohaizat Othman semakin jelas dengan pendedahan bekas rakan kongsinya.
Individu terbabit, Yusri Isahak, dalam satu sidang akhbar hari ini berkata Rohaizat terbabit sepenuhnya dalam kes penyelewengan wang milik para pekebun getah itu.
“Saya amat berani kerana kejadian yang berlaku sekarang dan saya amat menghormati diri saya. Saya tidak takut dengan mana-mana pihak sama ada berdebat atau berbincang secara terbuka atau tertutup tiada masalah.
“Saya berharap dengan penjelasan ini saya dapat membersihkan diri saya dari di kambing hitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai peguam bela dan peguam cara,” katanya.
atuk Seri Dr Mohd Khir Toyo tiba-tiba telah menafikan tuduhan yang terkandung di dalam surat misteri yang dipercayai ditulis oleh orang dalam SPRM yang mengaitkan beliau di dalam kosnpirasi bersama dengan pegawai siasatan SPRM untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.
“Tuduhan itu tidak benar,” kata mantan mentri besar Selangor tersebut dari Mekah, Saudi Arabia, apabila diberitahu mengenai surat tersebutw. “Saya tidak tahu siapa pegawai SPRM ini.”
Beliau menambah beliau tidak menyedari tentang surat tersebut dan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana lamanweb yang menyiarkannya.
Surat itu diserahkan dua hari lalu kepada Gobind Singh Deo, peguam untuk keluarga mendiang Teoh Beng Hock, dan dihantar oleh orang yang tidak dikenali yang mendakwa “pegawai SPRM” yang meminta pihak berkenaan menyiasat pegawai kanan SPRM kerana rasuah dan penglibatannya di dalam kematian Teoh.
Biasa la. sape yang berada di tampuk akan salah guna kuasa. dulu2 BN pun sama kini PR pulak.
Post a Comment