Thursday, August 20, 2009

PRK Permatang Pasir Semakin Panas.






Kempen di PRK-Permatang Pasir semakin panas apabila bekas rakan kongsi calon BN, Yusri Ishak telah mendakwa Rohaizat telah melakukan satu pembohongan besar di atas isu kesalahan pecah amanah. sumber : bharian

Yusri Ishak juga akan menggunakan pentas PR sebagai medium untuk membersihkan namanya semula dan akan mengambil tindakan undang-undang.

Perkara ini apabila dilihat sama seperti ketika kempen Pilihanraya di Permatang Pauh apabila Ustaz Ramlan Porigi telah diheret ke pentas PR dan mendakwa beliau telah dipaksa untuk meghadiri majlis angkat sumpah Muhabalah Saiful dan mendakwa sumpah tersebut tidak sah.

Dapat dilihat dengan jelas tektik PR, yang sudah hilang punca atau modal untuk berkempen di Permatang Pasir setelah isu pertama yang dibangkitkan oleh Mahfuz Omar telah ditepis oleh UMNO/BN dengan baik serta mempunyai bukti yang kukuh bahawa saudara Rohaizat tidak terlibat dalam skandal tersebut. Tetapi hari ini bekas rakan kongsi beliau telah bersama-sama Pas untuk merumitkan lagi keadaan dan sengaja mencari 'point' untuk belasah calon BN.

Kepada saudara Rohaizat, teruskan berkempen dengan penuh berhemah dan kami yakin dan percaya penduduk di Permatang Pasir tahu yang belian dan yang mana kaca. Usaha keras saudara, InsyaAllah akan di balas dengan sebaiknya.

1 comment:

Anonymous said...

UMNO/BN dah kena tampar ni...

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]