Umum telah ketahui dimana ancaman influenza H1N1 boleh dikatakna ke tahap yang amat membimbangkan di mana saban hari ada angka kematian yang dicatatkan. Semalam 51 kematian telah direkodkan dan di Melaka telah mencatatkan 6 kematian dari jumlah tersebut. Hari ini Tengku Mahkota Pahang telah menyatakan kebimbangan baginda dan inginkan kerajaan menetapkan kategori ancaman wabak ini. Kami berharap kerajaan mengambil tindakan yang lebih drastik untuk menangani wabak ini dari terus merebak. Dalam satu kajian jika wabak ini tidak dikawal dengan baik dalam masa 2 tahun di Malaysia sahaja akan mengundang angka kematian sejumlah 28,000 ribu nyawa. Sampai bila kita ingin melihat angka kematian saban hari semakin meningkat. Atas penilaian apa "darurat" akan di isytiharkan? atau ingin melihat kematian mencapai 100 orang kah. Indikasi dan penerangan wabak ini tidak berapa sempurna dan boleh dikatakan tidak telus kepada rakyat. Setiap hari apabila menonton berita hanya pengumuman dari KP Kementerian Kesihatan sahaja. Kami menyeru agar kerajaan pusat dan negeri lebih efektif dalam menangani masalah ini. Ketepi dulu masalah politik dan kempen PRK Permatang Pasir akan datang tumpukan pada masalah utama rakyat ini terlebih dahulu. Minta di ambil perhatian. |
Friday, August 14, 2009
H1N1.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment