Kota Bharu -- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dibidas ekoran sikapnya yang seolah-oleh menjual agama demi kepentingan politik kepartian. Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Malaysia, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata tindakan Nik Aziz menghalalkan perbuatan biadap pemimpin DAP yang menghina Islam merupakan satu tindakan yang amat memalukan. Menurut beliau sebagai pemimpin yang kononnya lantang memperjuangkan Islam, Nik Aziz sepatutnya mempertahankan Islam dari terus dihina.. "Kita melihat DAP begitu bidap hari ini terhadap Islam adalah berpunca daripada sikap Nik Aziz yang seolah-olah merestui dan menjadi pelindung terhadap apa jua tindakan yang dilakukan sekutunya itu. "Justeru amat jelas gaya dakwah Pas terutama Nik Aziz yang songsang menyebabkan DAP naik toncang dan begitu berani menyentuh sensitiviti umat Islam hari ini. "Sepatutnya sebagai pemimpin Islam, soal agama sewajarnya dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini. Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana bagi beliau, parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam. Beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam. Afandi yang juga Ketua Pemuda Rantau Panjang seterusnya berkata dalam soal Islam, umatnya perlu bersatu dan bukannya meletakkan politik kepartian melebihi segala-galanya. "Sebagai contoh, pada satu ketika dahulu, umat Islam seluruh dunia bersatu membantah tindakan mereka yang melakar karikatur Nabi Muhammad s.a.w dengan melabelkan Islam sebagai pengganas. "Bukankah pada waktu itu, umat Islam termasuk di negara ini melancarkan demonstrasi membantah tindakan tidak bertanggungjawab itu. Jadi hari ini, tindakan Nik Aziz itu amat menjengkelkan", ujarnya. Ulasan PPUBJ: Inilah akibatnya org yg berpolitik mencampur adukkan agama dgn parti demi mempertahankan hujah2 yg konon2 golongan2 ini adalah MAKSUM...Mengucaplah wahai Umat Islam dan bangsaku |
Friday, August 14, 2009
Nik Aziz Diselar, Sanggup Jadi Benteng DAP Hina Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment