Monday, August 17, 2009

Tangkap Buaya Sungai Sarawak Lagi Mudah.





KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan ia bertindak seperti 'gestapo' (polis rahsia Nazi) ketika menjalankan siasatan dan akan tetap menyiasat ahli politik yang dikaitkan dengan salah laku rasuah.

SPRM juga menegaskan pegawainya tidak pernah bertindak kasar terhadap pembantu Exco kerajaan negeri Selangor, Wong Chuan How ketika menahannya di pusat khidmat wakil rakyat Adun Sungai Pelek, di Sepang, pada Jumaat lalu.

Menurut kenyataan SPRM yang dikeluarkan semalam, Wong tidak akan cedera jika mematuhi arahan dan memberikan kerjasama penuh kepada pegawai suruhanjaya itu bagi menyempurna-kan siasatan.

Sebelum ini, pembangkang menuduh SPRM bertindak kasar ketika menahan Wong bagi membantu siasatan berhubung salah guna peruntukan Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan 235 projek bernilai hampir RM500,000.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataannya kepada media Sabtu lalu menuduh SPRM bertindak seperti gestapo ketika menahan Wong...sumber : bharian


Ulasan PPUBJ : Apabila berlaku kepada kroni-kroni DAP ini mulalah si luncai Lim Kit Siang ini menghentam kromo dengan melabelkan pelbagai istilah negatif terhadap SPRM. Perkara sedemikian tidak akan berlaku jika kroni DAP tersebut mengikut arahan pihak SPRM dari awal dan apabila kita melihat tayangan video pergelutan kroni DAP dengan SPRM tersebut kta tahu siapa yang macam cacing kepanasan yang amat sangat. Si kroni buat kenyataan yang si kroni akan pergi berjumpa dengan SPRM pada masa yang sesuai. Siapa si kroni nak dapat pelepasan? Apa imuniti dia? Bagus sangat ke dia sampai ingin mendapat layanan kelas pertama?.


Nampak sangat kecederaan yang dialami oleh si kroni bukannya teruk sangat tapi balutan dia mengalahkan orang jatuh motor pula. Kenapa mereka ini pandai berlakon? Siapa yang akan bela dia selain DAP? Tak lain dan tak bukan Melayu Pas dan Melayu PKR...



1 comment:

NK entertainment said...

Macam khinzir nak kena penggal kepala..nie lah propa dari YB Pakatan Rakyat!! kalau x salah apa nak ditakutkan???,..saja jer nak bikin harokkk

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]