Pertama penulis nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada AJK Pemuda UMNO Jasin yang turut serta mengikuti kursus baru-baru ini. Semoga segala ilmu yang diperolehi semasa berkursus dapat digunakan untuk mengemaskinikan lagi organisasi Pemuda di samping menyuntik semangat tambahan bagi menghadapi PRU akan datang. Selaku Ketua Pemuda sudah tentu Sdr Zaidi Attan bersyukur nampaknya semakin hari konsep baru kepimpinan yang ingin di bawa semakin diterima. Begitulah orang muda, bukan mudah untuk mendekati mereka. Bercakap tentang orang muda ini, khususnya yang lahir selepas pasca-merdeka, mereka mempunyai pandangan yang sangat berbeza. Persekitaran, pendidikan dan pendedahan dalam dan luar negera telah membentuk 'mind-setting' mereka. Sudah tentu situasi ini memerlukan kesabaran, masa, komitmen, komunikasi berkesan dan yang lebih penting lagi adalah kemahiran mendengar suara hati mereka. Walau pun kadang kala ada pihak-pihak yang masih lagi memandang sinis kepada generasi ini, tetapi Ketua Pemuda terus menjalankan program demi mencapai matlamat yag telah digariskan. Kini yang kelabu telah diputihkan. Pernyataan kepimpinan bahagian bahawa untuk mencapai matlamat Jasin Maju, sokongan Pemuda amat sekali di perlukan. Kini terserahlah kepada kepimpinan Pemuda dan UMNO Bahagian untuk mengorak langkah bagi mencapai matlamat yang telah digariskan. Ibarat kata pepatah 'Buang yang keruh. ambil yang jernih'. |
Friday, February 26, 2010
Suara Orang Muda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment