Tindakan Pas Kelantan yang dipercayai menyalurkan peruntukan sebanyak RM4 juta kepada seorang penulis blog bagi tujuan memfitnah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan satu pembaziran yang nyata selain membuktikan mereka mementingkan politik semata-mata. Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata pendedahan oleh penulis blog itu turut mencerminkan Pas yang sebelum ini begitu lantang kononnya berjuang berpaksikan kepada Islam hanyalah sekadar pada luaran semata-mata. Menurut beliau perbuatan memburuk-bukkan imej seseorang adalah sesuatu yang dilarang oleh Islam dan jika benarlah tindakan tersebut bagi menjayakan hasrat berkenaan, ianya adalah sesuatu perbuatan yang amat dikesalkan. “RM4 Juta adalah satu dana yang cukup besar dan jika dana berkenaan disalurkan kepada rakyat Kelantan, pelbagai bentuk manfaat dapat dinikmati oleh rakyat. Tetapi malangnya, dana sedemikian rupa digunakan untuk mengukuhkan cengkaman politik dan bukannya meningkatkan taraf kehidupan penduduk sendiri. “Inilah natijahnya jika sebuah parti politik hanya berkiblatkan kuasa semata-mata dan bukannya memikirkan kepentingan untuk rakyat jelata. Kita berharap jika benarlah dakwaan ini, rakyat dapat menghukum dengan satu hukuman yang berat pada pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya. Semalam, seorang penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendakwa diarah oleh pemimpin Pas untuk mewujudkan persepsi buruk bagi memburukkan pentadbiran Abdullah dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan. Beliau yang juga dikenali sebagai Kickdefella mengakui menerima peruntukan sejumlah RM4 juta dalam tempoh tiga tahun untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuk pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operatif, percetakan dan lain-lain bertujuan menggerakkan satu operasi Gerak Saraf. Afandi yang juga Ketua Pemuda Rantau Panjang seterusnya menambah, kerajaan negeri perlu menjelaskan daripada sumber mana dana berkenaan agar rakyat dapat mengetahui dengan jelas perkara tersebut. Soal beliau, apakah wang tersebut hasil kutipan derma daripada ceramah-ceramah yang diadakan atau sebaliknya. “Kita pun nak tahu juga daripada wang tersebut. Bukankah mereka melaung-laungkan mengamalkan sebuah kerajaan yang telus dan beramanah dalam menjaga hal pentadbiran dan kewangan. Apatah lagi jika dana tersebut melibatkan dana rakyat. “Soal politik adalah soal kedua. Dan kita juga sebenarnya tidak mahu mencampuri urusan mereka, namun ini adalah soal dana yang cukup besar dan sebagai rakyat Kelantan, saya juga ingin tahu dengan lebih mendalam |
Monday, May 3, 2010
Pas Khianati Rakyat Kelantan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment