Monday, May 31, 2010

BULAN MEI ADALAH BULAN MELAYU

Kata laksamana Hang Tuah "Tak kan Melayu Hilang Di Dunia" Sungguh besar maknanya kata-kata tersebut kapada umat Melayu. Tetapi bila kita berfikir dua kali akan maknanya 'hilang' tersebut kita jadi takut dan khuatir. Sebabnya adakah hilang tu maksudnya tiada didunia ini atau hilang itu membawa makna bahawa 'hilangnya martabat' sebagai orang Melayu. yang nyata dua-dua nya kita tak mahu berlaku kepada umat Melayu. Persoalannnya apa kaitan kenyataan di atas dengan tajuk kita kali ini.
Pertamanya dalam bulan Mei 2010 berlaku pelbagai peristiwa yang melibatkan orang Melayu, iaitu apabila berlakunya perhimpunan yang ditaja oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang menyatakan teguran ke atas Model Baru Ekonomi (MBE) yang akan dilancarkan oleh kerajaan. Kebimbangan itu ada asasnya, iaitu berhubung dengan kepentingan Melayu dari segi ekonomi. Jelas dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 153, yang menyentuh mengenai hak Melayu, Bumiputera dan Bukan Bumiputera yang di bawah naugan Raja-Raja Melayu. Benar dalam dunia globalisasi dan liberalisasi, kita kena bersaing dan tidak boleh ketinggalan namun soalnya adakah semuanya telah bersedia?
Perkara kedua pula ada kaitannya dengan gimik politik oleh PKR untuk melantik seorang TPM dikalangan bukan Melayu (DAP). Bila ini berlaku nampaknya soal kuasa juga kita kena berkongsi. Semakin terhakislah kuasa Melayu. Demi untuk menjadi PM, pelbagai janji dibuat dan ditabur dengan hasrat pengundi Cina akan beri sokongan kepada parti dan calon mereka. Yang pastinya semakin ramai yang melompat kepuar jadi bebas. Memang berjanji sangat senang kerana hanya perlu modal mulut dan kata-kata yang manis, soalnya nak tunaikan janji tu, bukannya semua semudah itu, ada janji pilihan raya yang tak tertunai lagi. kini janji baru pula dibuat.....lu fikirlah sendiri
Ketiga pula berkenaan dengan krisis kepimpinan MIC. Tiba-tiba sahaja ianya berbias kepada UMNO. UMNO dituduh terlibat sama dengan krisis itu. Persoalannya apa faedahnya kepada UMNO dan BN yuntuk turut campur dalam masalah dalaman itu. Kalau dulu MCA kini berjangkit pulak ke MIC. Macam wabak H1N1. Persepsi ini boleh menyebabkan timbulnya salah sangka yang tidak baik untuk BN. Satu dah minta maaf tinggal satu lagi yang tak mahu. Agaknya mereka ni tak tahu cara hidup dalam satu keluarga yang besar. Apa susahnya nak mengaku kesilapan dan kelemahan sendiri. Ini tidak lagi-lagi cari pihak untuk disalahkan. Macam diri sendiri tu idealistik dan sempurna, tak pernah buat salah.
Kesimpulannya apa pun yang berlaku kita orang melayu tahap kematanganya semakin tinggi dalam berpolitik. kalau kita tak boleh ikut, cubalah belajar macam mana kesabaran dan kematangan rang Melayu cukup tinggi.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]