Istilah kepimpinan mengikut kamus dewan edisi baru muka surat 966 bermaksud 'keupayaan memimpin'. Sesuatu yang sangat senang di perkatakan tetapi bukan mudah untuk dilaksanakan. Lebih-ebih lagi bila menjadi kepimpinan sebuah organisasi politik Melayu yang dah berusia hampir 64 tahun. Jika mengikut usia penubuhannya maka sudah pasti dalam usia sebegini maka ianya telah mencapai tahap kematangan dan kebijaksaan yang tinggi. Itu pun bagi pemimpin yang mahu membaca dan memahami serta menghayati sejarah penubuhan PEMUDA itu sendiri. Persoalannya adakah hal ini berlaku dalam kepimpinan PEMUDA sama ada di bahagian atau di Pusat.? kita tinggalkan biar masa dan keadaan yang merobahnya. Berbalik kepada persoalan tajuk di atas, kepimpinan PEMUDA Jasin sekarang berpaksikan kepada membina kepimpinan pemuda dan juga menjurus kepada PRU. Sangat jelas dan terang massage yang ingin disampaikan oleh kepimpinan sekarang. Dengan kata lain kepimpinan pemuda mahukan era baru, idea yang inovatif dan kreatif demi survival organisasi ini. Soalnya "siapakah" yang mampu merealisasikan slogan ini. Tidak dinafikan bahawa ramai yang bercta-cita untuk menerajui kepimpinan pemuda, tapi berapa ramaikah yang boleh menjadikannya sebagai kenyataan? Kepada yang bercita-cita nak menjadi pemimpin pemuda tanya diri sendiri apakah kita mampu dan berkebolehan? Lebih-lebih lagi soal politik kini telah pun melalui fasa baru sejak berakhirnya PRU 2008. Di samping itu, adakah terdapat soal keberanian dalam memimpin? Ini kerana sebagai sayap kepada UMNO sewajarnya sikap begini perlu ada dan bukannya hanya jadi 'YES MAN' sahaja. Sekarang semua organisasi cawangan sedang menjalani mesyuarat diperingkat cawangan. Tahniah dan syabas kepada cawangan pemuda yang telah menjalankan sepertimana kehendak perlembagaan UMNO. Walau pun persidangan pemuda cawangan pada tahun ini tidak melibatkan pemilihan tidak bermakna bahawa persidangan ini tidak penting. Teringat kata-kata Presiden UMNO, bahawa kena berubah atau diubah. Ini patut dijadikan gagasan untuk mengharungi masa depan yang belum pasti. Rupa-rupanya "PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI" |
Tuesday, June 1, 2010
MENCARI KEPIMPINAN BARU PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment