Bulan ini menyaksikan UMNO Cawangan mengadakan persidangan tahunan mereka. Ini untuk memenuhi tanggungjawab Perlembagaan parti yang telah dimaktubkan. Dan pastinya bagi menjayakan persidangan tersebut makan peraturan persidangan digunakan. Kepada cawangan yang telah mengadakan persidangan, tahniah diucapkan dan kepada yang belum selamat bersidang. Penulis sempat menghadiri beberapa persidangan cawangan. Saperti biasa kata seorang ahli kepada penulis, 'biasalah encik kalau tak ada pemilihan beginilah keadaannya'. Maksudnya kehadiran ahli-ahli dalam mesyuarat tersebut ada yang terlebih, cukup-cukup malah tidak kurang juga yang tidak memenuhi peraturan persidangan yang ditetapkan. Persoalannya disini kelesuan berlaku bukan sahaja selepas PRU 12 malah selepas dua tahun pun, trauma yang sama masih belum kebah lagi. Adakah kehadiran baik semasa pemilihan pimpinan parti sahaja jika tiada pemilihan kehadiran terlalu buruk. Adakah pemilihan tarikh persidangan cawangan tidak bersesuaian lagi? Atau adakah bila tak ada SI dan SK maka ianya tidak menarik kehadiran ahli-ahli? Atau pun ahli-ahli UMNO sendiri telah membenci UMNO? Atau mereka kini muak, benci, meluat dengan sikap pimpinan bahagian yang lesu, ego, besar kepala, tak mahu dengar luahan ahli-ahli atau mereka semakin selesa dengan keadaan sekarang? Seperkara lagi adalah berhubung dengan usul-usul yang di bawa. Ketiadaan usul yang "heavy' membuatkan mesyuarat jadi hambar. Terdapat juga usul mengenai pembangunan setempat yang dibahaskan sedangkan usul tersebut boleh dibawa melalui saluran lain untuk tindakan segera. Tapi yang hairannya bila kat kedai kopi , macam-macam isu dibagkitkan oleh ahli-ahli. Sebagai ahli UMNO, mereka patut tahu bahawa, episod selepas PRU 12 menuntut setiap pimpinan dan ahli mengambil tanggungjawab untuk "rebranding dan reengering" UMNO luar dan dalam, berubah atau diubah nampaknya belum dipraktikkan oleh segenap lapisan ahli dan kepimpinan. Masih ditakuk lama, siapa bakal menduduki kerusi dan jawatan itu dan ini. Malah dah ada pun yang berkempen. Itu sebabnya penulisan sebelum ini ditumpukan kepada mencari kepimpinan pelapis. Bagi Pemuda dan Puteri pula, masih berada di posisi lama iaitu tiada sambutan dari ahli-ahli. Kadang kala tu sesuatu cawangan mempunyai ahali 200 hingga 300 tapi nak cari 1/4 pun punya seksa. Rasanya Majlis Tertinggi perlu menghadkan keahlian cawangan ini hanya antara 150 hingga 200 orang ahli sahaja. Atau pun kurang dari itu? Rasionalnya mudah sahaja Ketua Cawangan mudah untuk mengenali ahli-ahli cawangan serta memudahkan pentadbiran semasa mesyuarat agong nanti. Ada juga Ketua Cawangan yang tidak mengenali ahli-ahli di cawangan mereka. Pemerhatian juga dilakukan terhadap Pengerusi Tetap yang diberikan amanah untuk menjalankan dan mempengerusikan mesyuarat. Tidak pasti sama ada atas faktor umur atau kemahiran atau tidak jelas mengenai cara-cara mengendalikan sesuatu mesyuarat agong cawangan. Ya lah kebiasaanya yang dilantik sebagai Pengerusi Tetap tu adalah dikalangan mereka yang dah ada pengalaman sebagai ahli, pernah memegang jawatan. Nasib baiklah ada "penunggu bahagian' yang membantu. Jawapan kepada permasalah ini adalah dengan mengadakan satu bengkel kemahiran pengendalian mesyuarat. Rasanya Dato Biro Penerangan dan Dato' Tengku SUA wajar memikirkan hal ini. Minta maaf Dato berdua ada tugasan baru. Begitu juga dengan hal 'penunggu bahagian'. AJK Bahagian ramai, rasanya cukup untuk jadi penunggu di cawangan. Tapi yang menjadi hal adalah ramai yang tidak mahu jadi penunggu di sesuatu cawangan ..... Tak jelas apakah sebabnya. Mungkin masa pemilihan lepas mereka berada di team yang bermusuhan. Asyik orang yang sama sahaja pergi ke cawangan apa hal dengan AJK Bahagian yang lain. Jawatan mahu tapi tugas tak mahu dibahagi bahagikan. Kepada perwakilan, AJK begini sewajarnya tiada tempat lagi sebagai AJK. Muka muncuk jika ada pemilihan dan sewaktu orang besar ada. Apa pun ini adalah segelintir dari pengalaman yang dapat dikongsi sewaktu menghadiri persidangan cawangan. Mungkin akan menimbulkan kemarahan tapi "BELAJAR LAH BERKATA BENAR WALAU PUN PAHIT' "BERUBAHLAH SEBELUM REBAH' |
Monday, June 7, 2010
PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO CAWANGAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment