Usia UMNO kini menjangkau 64 tahun. Dalam usia sebegini kita telah mempunyai seramai tujuh orang pemimpin utama dari Dato Onn Jaafar hinggalah kepada Datuk Seri Najib. Manakala sebanyak 12 kali PRU telah dilalui dengan pelbagai peristiwa. Ramai yang kata ini telah mematangkan pemimpin dan juga ahli parti begitu juga halnya dengan pengundi. PRU 12 2008 dikatakan sebagai titik peralihan dan kematangan pengundi. Persoalannya adakah kriteria ini diukur dengan beralihnya undi kepada pembangkang dianggap matang? Bertambahnya kerusi di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan negeri serta kejayaan mereka memerintah beberapa buah kerusi di peringkat negeri sewajarnya boleh dianggap pengundi telah matang? PRU 12 adalah reaksi spontan pengundi terhadap BN ketika itu yang dilihat mula melupakan pengundi dan tidak turun padang. Kesempatan ruang dan peluang yang ada di manipulasi oleh parti pembangkang dan akhirnya mereka berjaya menafikan 2/3 kuasa BN di Dewan Rakyat. Kini usia PRU 12 telah masuk 2 tahun. Kerajaan dan parti pembangkang mula berkira-kira apakah semua janji telah ditunaikan. Dalam masa yang sama rakyat / pengundi menilai prestasi masing-masing. PRU 13 dijangka akan bertambahnya pengundi muda dalam pilihanraya. Minat, selera orang muda pastinya berbeza sekali dengan orang tua/ lama. Yang tua ada banyak pengalaman. Yang muda kata mereka hanya nolstagia, dunia telah berubah. Soalnya sekarang perlukah diganti dengan yang muda untuk menang PRU 13? Bagi yang lama sudah pasti ini satu perubahan yang tidak dapat diterima dan dipakai. Yang muda menjerit kerana bagi mereka yang tua patut berehat dari politik. Maka yang pasti akan berlaku pertentangan antara tua dan muda! Sekali lagi kata pepatah"gajah-dengan gajah , semut mati ditengah-tengah" |
Tuesday, June 8, 2010
NAK MENANG ATAU KALAH PRU 13 ? PEMIMPIN LAMA VS BARU.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment