Friday, June 11, 2010

UMNO JASIN PERLUKAN KEPIMPINAN BARU.

 Assalamualaikum Ahli UMNO, Pemuda, Wanita dan Puteri Jasin, juga Ketua-ketua Cawangan dan juga sayap.


Tajuk yang menjadi pilihan kali ini adalah sangat kritikal dan mungkin juga tidak disukai oleh yang empunyai diri dan termasuklah juak-juaknya.


Persoalan yang bermain di minda, mengapa kita perlukan seorang Ketua Bahagian yang baru bagi menghadapi PRU 13 dan pilihanraya parti. 


Adakah ketua sekarang tidak lagi relevan dengan iklim politik, sudah tepu atau muflis dengan idea baru, tidak mesra dengan orang muda, masih lagi menggunakan kaedah lama berpolitik atau tidak mahu keluar dari kepompong atau telah sangat selesa kerana tiada yang mencabar jawatan tersebut.


Bercakap pasal cabar jawatan tu, penulis ada kedengaran juga cerita pada musim pemilihan lepas, ada juga yang berangan-angan nak bersaing tapi niat terpaksa dilupakan oleh sebab sebab tertentu. Mungkin pada masa itu adalah hari nya kita belum tahu lagi hari kita.


Bahagian Jasin walau pun wujud pada praktikalnya tetapi sering kali orang lupa atau dilupakan. Lainlah ketika jawtan Ahli Parlimen dipegang oleh Tim Ketua Bahagian. Persoalannya mengapa sampai sekarang Jasin jadi begitu. Kalau lihat dari segi lokasi dan geografinya tidaklah jauh sangat dari Melaka. malah boleh diakses dengan lebuhraya lagi.

Dan yang lebih menghairankan, Jasin bukan sahaja ada ahli Parlimen malah ada juga seorang senator lagi di dewan negara. Oleh yang demikian, sewajarnya bila ada dua suara diperingkat tertinggi ini maka akan lebih mudah dibawa ke atas.

PRU 13 yang akan datang, adalah sangat kritikal bagi UMNO termasuk Jasin. Selain daripada peranan yang dimainkan oleh pembangkang kemasukan pengundi-pengundi baru lagi muda buat kali pertama merupakan satu keadaan yang sangat mencabar.


Kebiasaannya orang muda mempunyai pandangan yang berbeza. Ini disebabkan mereka telah terdedah dengan pelbagai maklumat semasa dan terkini. Oleh itu dengan kepimpinan yang ada sekarang, rasanya amat susah untuk mereka mendekati golongan muda. Pendekatan yang digunakan oleh kepimpinan bahagian adalah cara lapuk dan tidak terbuka. Apabila tiadanya kemahiran mendengar suara orang muda, maka sudah pastilah orang muda akan semakin jauh dengan perjuangan.


Begitu juga dengan persiapan PRU 13. Kini dilihat tiada sebarang tanda-tanda Ketua Bahagian ada mengambil inisiatif untuk membuat program yang berkaitan PRU. Makin selesa dengan PRU yang lepas atau rasakan jawatan yang ada sekarang akan kekal. 


Sewajarnya pengalaman PRU lepas dijadikan pengajaran. majoriti kita hilang lebih 10,000 undi. Tak kan lah sampai kalah baru nak sedar. Masa 2 tahun bukannya lama dan semakin menghampiri kita. 


Maka kepada ahli-ahli UMNO Jasin fikir-fikirkanlah masa depan UMNO dan orang melayu Jasin. Adakah kita perlukan seorang Ketua Bahagian yang baru?????????



No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]