Monday, May 31, 2010

KAEDAH BARU BERKEMPEN

PRK Sibu telah mendedahkan satu kelemahan dari segi berkempen oleh parti Barisan Nasional. Perkara ini telah dinyatakan oleh Pengerusi Barisan Basional Dato' Seri Najib Tun Razak. Ini merangkumi soal jentera berkempen dan juga kaedah yang digunakan. Jika dilihat dari sudut semangat sewajarnya jentera BN tidak lemah kerana selepas kemenagan di Bagan Pinang dan Hulu Selangor maka semangat tersebut perlu di bawa ke Sibu. Tetapi mungkin ianya telah hilang sewaktu mengharungi Laut China Selatan. 

Bercakap pasal etnik China nampaknya pengundi di Sibu tidak lagi dapat menahan akan pelbagai masalah yang melanda mereka akhirnya dengan kelicikan DAP dan jentera partinya mengexplotasi kekurangan tersebut maka akhirnya igauan BN menjadi kenyataan. Salah satu punca kekalahan dikatakan bahawa BN menggunakan kaedah berkempen dengan cara konvesional yang tidak dapat meneka kecenderungan pengundi dengan tepat lebih-lebih lagi situasi di Sibu yang menjangkakan seribu kemungkinan. Tapi agak pelik juga setelah mengharungi 12 kali PRU dan 10 kali PRK tahun 2009 dan 2010, tidakkah mereka yang berkaitan dengan parti tidak terfikir akan kaedah baru untuk mempengaruhi dan melayan pengundi yang telah mula ada pendidikan politik, yang telah memahami hak-hak seorang warga dalam sistem demokrasi serta di tangani merekalah yang akan membentuk kerajaan? Atau puak-puak yang pegang jawatan ni malas untuk beri pandangan kepada YAB DS Najib. Maka mulalah pelbagai persepsi timbul di sini. Ada yang kata dalam sesebuah organisasi semua pihak kena fikir dan beri cadangan tidak hanya pemimpin tertinggi sahaja? Kita tinggalkan dulu soal nak cari 'kambing hitam' kerana ada agenda yang lebih penting lagi. 

Bercakap pasal kaedah baru, mungkin ada yang tertanya apa perlunya kaedah baru ni, kerana sistem pilihan raya dan pengundi adalah orang yang sama. Mungkin yang baru cuma sedikit sahaja iaitu pengundi muda yang pertama kali mengundi. Tetapi kita perlu ingat bahawa pada tahun 2020 nanti, bilangan penduduk negara ramai yang terdiri dari generasi muda dan tentu sekali corak dan ketentuan mereka dalam memilih parti / calon adalah amat berbeza dengan 'patern' pengundi yang berada di saluran 1 dan 2. Ini ditambah pula dengan pendidikan dan maklumat tanpa batasan yang diterima oleh mereka dari seluruh dunia menerusi ICT, memungkinkan mereka berfikir dan bertindak dengan cara baru. Soalnya adakah kita telah mengkaji perkara ini. Telah ramai cendekiawan di universiti tempatan yang mengtakan perkara ini, sayangnya kadang-kala hanya mencurahkan air di daun keladi. Sikap yang perlu diubah sama sekali bila berdepan dengan pengundi muda. Orang muda jiwanya sering kali memberontak apabila mereka melihat sesuatu yang tidak kena dengan cara mereka berfikir. Maka sudah sampai ketika dan saatnya UMNO memikirkan semula untuk merubah cara berkempen. kadang-kala kita lupa bahawa corak yang sama kita gunakan untuk ahli UMNO dan juga kepada pengundi yang bukan ahli UMNO. Sesuatu yang sangat berbeza sama sekali. 

Keduanya soal jentera. Dulu seingat penulis, ada yang membangkitkan bahawa UMNO perlu menggunakan jentera sendiri bagi mengendalikan kempen. Soalnya adakah jentera ini telah bersedia atau pun disediakan untuk menghadapi jentera pembangkang. Masih menjadi persoalan? Jentera perlu digilap dengan disiplin, kaedah, semangat, emosi, sikap tanggungjawab dan sebagainya. Semua ini bertujuan agar apa yang disasarkan tepat dan mengena sasaran. Benar masih ada lagi ahli UMNO yang bersikap demikian tetapi bilangannya adalah sangat sedikit. Apabila ini berlaku maka adalah mustahil apabila kaedah baru hendak diterapkan memandangkan jentera yang ada adalah jentera lama dengan sikap lama. 

Dan apabila kecundang dalam PRU atau PRK maka dah pastilah ada pihak yang akan menjadi 'kambing hitam' untuk dipersalahkan. Sebenarnya kita tak bersedia dengan cara baru untuk menghadapi pengundi baru. Maka dalam soal ini, dilihat bahawa biro penerangan adalah sangat sesuai untuk diberikan tugasan ini.


No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]