Berita Harian meletakkan ruangan eksklusif berita ini. Maksudnya adalah pihak yang berkenaan perlu mengambil perhatian serius hal ini. Boleh menentukan kalah menang dalam PRU 13. Pendedahan yang dibuat oleh Pengerusi Daftar Pemilih Pemuda UMNO Malaysia, Hishamuddin Yahya mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak PRU 2008 bulan ini pada kadar nisbah 1: 40. Walau pun perkara ini bukanlah satu isu baru malah sejak awal tahun lagi peringatan demi peringatan telah dikeluarkan agar kerja-kerja pendaftaran giat dijalankan. Jika hendak dilihat pada perlantikan Penolong Pegawai Pendaftar ramai yang telah dilantik khususnya di kalangan UMNO sendiri. Persoalannya di sini mengapa ia terjadi dan apakah pendekatan terbaik untuk mengatasinya. Kini bukanlah masanya untuk mencari 'kambing hitam' atau siapa yang siapa patut disalahkan. Penulis sebelum ini ada memaparkan artikel : "Masih ada Ketua Bahagian Yang Malas" dipandang sinis oleh Ketua-Ketua Bahagian. Malah kenyataan penulis itu ada kaitannya dengan kenyataan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia YB Datuk Ahmad Maslan yang membuat kenyataan yang sama. Malah bila Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia sendiri bercakap mengenai semangat patriotisme yang kurang dikalangan belia dan pemuda maka penulis rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan golongan muda masa kini. Berbalik kepada persoalan mengapa pengundi muda Melayu tidak mendaftar sebagai pemilih. Adakah mereka sudah tidak kisah dengan politik itu sendiri? Atau pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mendaftar hanya membuat kerja ini setakat melepaskan batuk ditangga sahaja. Begitu juga dengan kepimpinan UMNO Bahagian sendiri yang lebih memokuskan kepada pilihanraya parti. UMNO sendiri begitu banyak program-program yang dijalankan, mengapa tidak ambil kesempatan untuk mendaftarkan pemilih baru? Adakah program tersebut hanya menumpukan kepada soal nak populariti Ketua Bahagian sahaja? Sebelum ini ada saranan agar pendaftaran pemilih diwajibkan kepada mereka yang berumur 21 tahun ke atas. Cadangan ini telah ditentang oleh pelbagai pihak atas alasan demokrasi dan kebebasan. Bagi anak-anak muda Melayu pula, adakah ini disebabkan mereka telah muak, bosan, jemu dengan pilihanraya atau pun politiking yang berlebihan sehingga mereka rasa tidak ada keperluan untuk mendaftar sebagai pemilih? Rasanya telah banyak kajian dijalankan oleh badan bebas dan juga universiti tentang fenomena ini. Ini belum lagi dibuat kajian keatas penjawat awam yang masih belum mendaftar. Sebagai jalan penyelesaiannya, semua pihak yang terbabit dengan kerja-kerja pendaftaran tidak boleh tidur lagi. Macam rancangan TV "jangan tidur lagi....Kepimpinan UMNO Pusat termasuk sayap juga jangan tidur , satu gerakan besar-besaran secara bersepadu wajib digerakkan segera agar masalah ini di atasi. |
Monday, June 28, 2010
Eksklusif: Melayu 1, bukan Melayu 40 - DAFTAR PEMILIH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment