YAB. Datuk Sri Najib Tun Razak telah melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang bertujuan melonjakkan ekonomi negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020 dan seterusnya meningkatkan pendapatan rakyat secara keseluruhan.
Pelbagai strategi akan dilaksanakan melalui MEB yang antara lain melonjakkan kuantum pendapatan perkapita rakyat daripada AS$7,000 (RM23,000) kepada AS$15,000 (RM49,000) setahun dalam tempoh 10 tahun.
Bermula dengan 1Malaysia rakyat di dahulukan,pencapaian di utamakan kemudian transfomasi kerajaan dengan KPI dan NKRA kemudian Model Ekonomi Baru (MEB) dan sedikit masa lagi dengan Rancangan Malaysia Ke-10 jelas menunjukan satu perubahan yang ketara untuk memastikan stutus negara maju menjelang 1 Jan 2020 menjadi keyataan dan ini matlamat kerajaan untuk memastikan rakyat malaysia maju bukan sahaja dari segi ekonomi malah salsiah keperibadian dengan memupuk nilai-nilai murni dalam sanubari semua rakyat Malaysia.
Bagaimanapun, kita tidak mahu orang Melayu hanya jadi penonton dalam permainan dan persembahan angka ini. Meskipun gambarannya amat jelas menarik dan memukau namun hakikatnya kita ibarat melukut di tepi gantang, sekadar menjadi tukang hitung melihat kepunyaan sendiri di lontar satu demi satu ke dalam bakul milik orang lain.
JESTERU..MEB merupakan satu cabaran kepada orang Melayu supaya mengubah sikap dari bekerja sekadar cukup makan kepada berusaha lebih gigih bagi mendapatkan peroleh pendapat yang lebih tinggi agar tidak terlalu bergantung pada mana-mana pihak apabila mahu membiayai keperluan sara hidup sekeluarga.
Sebelum MEB dilancarkan banyak kedengaran suara-suara kebimbang orang Melayu tentang kesediaan orang Melayu untuk bersaing dengan kaum-kaum lain dalam merebut peluang-peluang yang disedia dalam MEB. Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) ternyata orang Melayu masih gagal mencapai sasaran. Seperti dalam DEB, Pemuda UMNO Bahagian Jasin percaya MEB akan memberi banyak impak serta peluang kepada orang Melayu untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka .
Apa yang penting orang Melayu perlu segera merebut semua peluang-peluang yang ada disediakan oleh kerajaan . Bukan mengambil sikap tunggu atau lihat kejayaan orang lain dahulu baru nak rebut peluang itu. Jika sikap begini masih kita amalkan sudah pasti orang Melayu akan ketinggal jauh kebelakang. Masa untuk berharap sepenuhnya kebergantungan kepada kerajaan sebenarnya telah lama berlalu.
Namun begitu Pemuda UMNO Bahagian Jasin masih berharap kerajaan tidak terlalu mengutama pencapaian matlamat MEB semata-mata tanpa mempedulikan orang Melayu jauh ketinggalan dibelakang. Kerajaan perlu menerima hakikat bahawa orang Melayu masih perlu disokong (meskipun tidak sepenuhnya) untuk bangun berdiri dengan tegap. Tanpa sokongan kerajaan pasti ramai yang akan tersungkur. Pemimpin perlu menerima hakikat ini. Walaupun ia pahit untuk diterima!
Baru-baru ini penoreh getah diberitakan menjadi antara yang mempunyai hasil yang agak tinggi. Disesetangah tempat pendapatan bulanan mereka mencecah RM5,000 sebulan. Puncanya kerana hasil tindakan-tindakan baik oleh kerajaan disamping permintaan yang meningkat bagi mendapatkan getah daripada luar negara.
Berdasarkan hal di atas jelas bahawa tindakan-tindakan bertanggungjawab kerajaan melalui jabatan dan agensinya membolehkan pendapatan penoreh getah tinggi.
Menjadi harapan Pemuda UMNO Bahagian Jasin seterusnya ingin melihat jabatan dan agengsi memainkan pranan membantu meningkatkan pendapatan rakyat bagi mencapai sasaran dasar MEB ini.
FAMA, bersediakah melakukan kerja-kerja memasarkan hasil keluaran pertanian dengan harga yang tinggi. Kementerian Pertanian seharusnya sudah nampak apa yang perlu dibuat mulai hari ini.
Majlis Bandaraya dan Majlis Bandaran dan MARA seluruh negara, sudahkan anda terfikir nak membuat gerai-gerai tepi jalan raya untuk peniaga Melayu.
Berniaga tepi jalan lebih laku. Dapatlah RM50,000 setahun. Hakikatnya kedai-kedai yang dibina tepi jalan amat mahal harganya. Tidak terdaya untuk Melayu membeli atau menyewanya dan tiadalah tempat untuk Melayu berniaga di tepi jalan-jalan utama.
Samada kita sedia atau tidak dan mahu menerima atau tidak, orang Melayu harus menyediakan diri untuk menghadapi perubahan Model Ekonomi Baru (New Economic Model) dengan sikap berdikari, tekun, dan daya maju. Realiti ekonomi dunia dan politik masakini tidak berupaya menampung polisi dan tuntutan affirmatif seperti yang lepas-lepas.
YAB Datuk Seri Mohd Najib telah menyatakan Model Ekonomi Baru akan mempunyai elemen tindakan afirmatif dari Dasar Ekonomi Baru tetapi ianya akan disesuaikan dengan realiti pasaran dunia yang global. Secara formal, DEB sudah lama dihentikan pada 1990 dan digantikan dengan polisi-polisi lain.
Tindakan afirmatif yang ingin dijalankan untuk membantu kaum Bumiputera, khususnya orang Melayu dan rakyat berpendapatan rendah harus selari dengan dunia pasaran bebas dan keperluan negara untuk meningkatkan upaya saing negara melalui pembangunan pekerja-pekerja mahir dan berpendapatan tinggi.
Realitinya tuntutan perjanjian-perjanjian perdagangan antarabangsa meletakkan Malaysia dalam keadaan terpaksa untuk membuka banyak sektor-sektor ekonomi. Jika tidak, kita tidak akan dapat meneruskan kegiatan perdagangan dengan negara lain. Sebagai salah satu negara perdagangan utama dunia, Malaysia sangat bergantung kepada perdagangan antarabangsa.
Sektor ekonomi tempatan tidak cukup besar dan negara sangat bergantung pada sektor external. Ini juga salah satu cabaran bagi Agensi yang sepatutnya membela orang Melayu untuk menjana ekonomi tempatan dan mengurangkan risiko penggantungan pasaran ekonomi global
Saiz ekonomi negara kini sudah jauh lebih besar dari dahulu. Tuntutan ke atas peranan kerajaan sudah jauh berbeda. Tanggungjawab kerajaan sudah menjadi lebih kompleks. Ianya ditambah dengan beban untuk membetulkan kesilapan yang lepas sangat besar.
Demografi penduduk sudah berubah dengan generasi muda lebih menyerlah. Samada kita menyedari kesediaan dan keupayaan sebenar, anak muda Melayu sudah mula mahu menerima liberalisasi dan persaingan.
Politik orang Melayu sudah berpecah empat dan masing-masing memerlukan rakan parti bukan Melayu. UMNO sedang menghadapi kritikan dan tuntutan dari rakan-rakan parti dalam BN. Akibatnya rakyat bukan Melayu dan Bumiputera menjadi lebih bersuara dan mendesak dalam tuntutan mereka.
Orang Melayu yang pro-pembangkang pun ikut sama menari menyuarakan tuntutan yang sama. Mungkin sekali, motivasi mereka adalah semata-mata kuasa politik. Ada pula disebabkan kekecewaan tertentu. Ada pula kerana naluri semulajadi condong kepada pemikiran liberal. Tidak kurang yang disebabkan ketaksuban kepada pemimpin.
Dengan suara Melayu tidak cukup kuat dan bersatu, politik will atau kesungguhan politik pun tidak menyokong. Namun begitu, model ekonomi yang ada perlu dikemaskini kerana ianya berasaskan keperluan untuk membina integrasi kebangsaan dan menangani masalah kemiskinan dikalangan penduduk, khususnya kaum Bumiputera.
Senario ekonomi sudah jauh berbeza dan berubah. Pembolehubah ekonomi (economic variable) dan hala tuju polisi sudah jauh berbeza dari dahulu. Cabaran kita kini adalah untuk menjadi kompetitif dipersada dunia yang lebih mencabar dan terbuka ini.
Sumber minyak dan gas dalam negeri yang satu masa dahulu adalah pelincir kepada pencapaian DEB kini sudah mula berkurangan. Pendekatan pemberiaan subsidi sudah membebankan dan diluar kemampuan kerajaan.
Ekonomi berasaskan tenaga buruh yang rendah sudah tidak sesuai. Negara tidak boleh meneruskan kegiatan ekonomi tertentu dengan mengharapkan kepada tenaga dari luar. Disamping itu, ia menimbulkan masalah sosial dan keselamatan, termasuk perhubungan antarabangsa.
Rakyat kita sudah tidak mahu melakukan pekerjaan buruh yang bergaji rendah. Taraf kehidupan sudah meningkat dan gaya hidup sudah amat berbeza. Ekonomi kita sudah sampai masa untuk diubah asas kepada model pendapatan tinggi (high income model). Ciri-ciri model ekonomi sedemikian memerlukan suntikan keupayaan innovasi, kreatif dan tambah nilai.
Proses kerja perlu diubah dan penggunaan peralatan perlu dipertingkatkan. Penekanan perlu untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan sumber manusia melalui latihan kemahiran dan kursus yang berterusan. Ini supaya pendapatan yang tinggi dapat diimbangi dengan pengeluaran dan hasil yang jauh lebih baik.
Ekonomi yang berasaskan pendapatan yang tinggi tidak sesuai untuk menjalankan kegiatan ekonomi ala tenaga buruh rendah. Semua kegiatan ekonomi perlu diubahsuai dan disuntik elemen innovasi, dan kreatif untuk menambah nilai dan pulangan.
Sudah sampai masanya, ekonomi negara ditingkatkan ke arah sektor perkhidmatan. Komponen perkhidmatan dalam ekonomi negara masih rendah dalam lingkungan 50%, YAB.Perdana Menteri sudah menyatakan sektor perkhidmatan perlu dipertingkatkan hingga ke 70% dalam masa terdekat.
Menurut sumber dari Kementerian Industri dan Perdagangan Luar, sektor telah lama dibuka dan ditawarkan kepada Bumiputera tetapi peluangnya tidak diambil. Ini yang memerlukan kerajaan membuka sub-sektor tertentu untuk menarik pelaburan (FDI). Namun begitu, bidang-bidang yang didefinasikan sebagai strategik masih tidak dibuka dan dikekal struktur pegangan saham yang ada.
INSAF..Dimana Melayu dalam MEB ini? Kita boleh terus menuntut supaya keadaan dan kemudahan yang kita kecapi selama ini tidak diubah. Mungkin kita berupaya menggunakan tekanan dan pengaruh, tetapi tidak semua tuntutan dapat dilayani.
Sebagai individu, Melayu terpaksa mengubah sikap dengan secara drastik dan bersedia menerima realiti. Sedikit sebanyak, kita perlu bersedia untuk berdikari dan merancang masa depan ekonomi kita, pelajaran anak-anak dan membimbing kerjaya diri dan masa depan generasi terkehadapan.
Melayu perlu merancang seolah-olah kerajaan tidak dapat membantu lagi. Tindakan afirmatif kerajaan sememangnya tidak sepatut membantu mereka yang sudah berada di peringkat tengah tetapi hanya kepada yang miskin dan peringkat pendapatan rendah.
Peruntukkan kerajaan untuk membantu orang Melayu perlu menjurus kepada ruang yang ada kesan tinggi (high impact) dan tidak lagi untuk pengganti tanggungjawab peribadi. Tidak termampu kerajaan untuk terus membina sekolah asrama penuh atau pelbagai kemudahan asas untuk semua umat Melayu. Peruntukkan perlu disalurkan dengan lebih efisyen dan berkesan.
Sudah sampai masanya, kaum mengengah dan atasan Melayu meringankan beban kerajaan dengan menjalankan tanggungjawab sendiri. Mereka perlu ke hadapan mengambil peranan dan menyumbang kepimpinan untuk membina masyarakat Melayu yang viable dari segi ekonomi.
Memang sudah lama perlu untuk orang Melayu berfikir sebagai satu komuniti yang bersikap berdikari, dan berhala tuju dalam membangunkan masyarakatnya. Kalau tidak bangsa itu merubah nasibnya sendiri, tidak mungkin orang lain pula yang akan datang menolong.
Dengan kepimpinan komuniti yang ikhlas dan efektif serta kebolehan yang kreatif dan berinovasi, lambat laun pasti ia jauh lebih berkesan dari sikap meminta-minta dan mengharap hanya kepada kerajaan. Anggap bantuan dan sokongan kerajaan sebagai satu bonus.
Bangsa kita perlu ditanamkan kesedaran dan sedikit seige mentality supaya perasaan perlu segera timbul dalam benak sanubari hati kita. Jika dapat diwujudkan sikap berdikari, ini boleh meningkatkan semangat kerjasama dan kesetiakawanan sebangsa untuk sentiasa mahu tolong menolong dan maju bangun bersama.
Dengan Bumiputera merupakan 66% penduduk negara, tidak mustahil untuk kita bangun menguasai ekonomi negara tanah tumpah darah. Menurut sejarah orang Melayu pun, kita adalah bangsa pedagang dan pelaut. Usaha dan kesungguhan orang Melayu yang membina sejarah kegemilangan di masa silam. Ia hanya memerlukan kesungguhan, kerjasama dan kebijaksanaan.
Sudah sampai masa kita bercita-cita tinggi untuk mahu menguasai ekonomi dan tidak dibelengu dengan hanya mahukan bahagian 30%.
Pemuda UMNO Bahagian Jasin mahu keadilan sosial dan pengagihan kekayaan negara dibuat mengikut nisbah penduduk berdasarkan kaum sebagai salah satu prasyarat untuk orang Melayu menyokong Model Ekonomi Baru.
Sekiranya keadilan sosial dijadikan landasan kepada pengagihan kekayaan negara, maka kadar pemilikan ekuiti dan aset mesti diagihkan mengikut komposisi penduduk berdasarkan kaum di Negara ini.
Sehubungangan itu, kaum bumiputera wajib mendapat 67 peratus kekayaan negara sementara 33 peratus lagi untuk bukan Bumiputera Pemuda UMNO Bahagian Jasin mengambil ketetapan seperti itu untuk dinilai dan dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada dasar dalam MEB
Kita sudah tidak boleh lagi selamanya terus bernostalgia dengan kegemilangan silam. Terus berretorik dengan keupayaan mendatang. Terus lena di buai mimpi indah dari ceritera lelucon dendangan nenek moyang..Kita harus bangkit menongkah hempasan badai dan gelora..bukan hanya sekadar menjadi pelakon tempelan pada persembahan pentas opera nyata yang di sutradaranya adalah bukan dari kalangan orang kita..
Maka, apapun pendekatan pentadbiran yang ingin dibawakan oleh YAB Perdana Menteri dan Presiden UMNO tidak akan menuju zaman gemilang andai UMNO masih lagi belum berubah. Status quo yang terguna pakai perlu direvolusikan bagi memberi dimensi dan alignment baru kepada Parti UMNO yang kita sayangi ini. Tiada guna kita punya jawatan utama di dalam parti andai kuasa segalanya bukan lagi kepunyaan kita.
Upayakah kita mengarus cabaran bangsa andai nafas dan denyut nadi di peringkat akar umbi dibiarkan berlalu sepi. Dalam era globalisasi dan leberalisasi ini , ketika dunia berada dihujung jari, kita harus sama menari merentasi cabaran glokal. Harus bertindak di luar kotak pemikiran. Harus berani berubah melangkaui sempadan masa dan galaksi. Kita wajib sedar bahawa mimpi kita tidak lagi indah. Di luar sana ada serigala lapar menunggu masa melahap kepunyaan. Ada Singa tua mengintai ruang merebut peluang. Ada si jengking hitam menghitung alpa untuk menyutik dendam. UMNO harus berubah sebelum di ubah. Insaf dan sedarlah bahawa penentu kepada kesegalaan mimbar kuasa adalah di tangan rakyat. Ayuh, kita rapatkan barisan, bersatu membina kekuatan agar apa yang dimiliki tetap kekal dalam genggaman. Insyaallah, Mohon Allah Izinkan.
Sedikit permintaan: 1. Mohon kepada pembaca perbincangkan MEB ini dan dapat memberi sedikit komen2 yang baik dan bernas.. 2. Apa benarkah persepsi orang2 Melayu tentang MEB ini.Adakah orang2 Melayu tahu dasar2 ini? |
No comments:
Post a Comment