Thursday, June 24, 2010

Analisis Undi UMNO dalam Pilihanraya 2008: Kajian Kesetiaan Ahli Parlimen dan Pengundi

Ketika Anwar Ibrahim mulai menghebohkan hasrat hendak menawan Putrajaya, beliau memberi gambaran yang ramai Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak akan melompat parti untuk menyertai kerajaan baru. Kenyataan beliau sungguh memeranjat serta mengelirukan. Memeranjatkan kerana dikhuatiri kemungkinan beliau betul betul mendapat sokongan ramai MP dari Sabah, kerana perkara seperti ini pernah berlaku di peringkat negeri di sana. Tetapi setelah penafian demi penafian di buat oleh MP dari Sabah timbul pula tandatanya tentang kesahihan dakwaan Anwar itu.

Di Sarawak pula, rakyat di sana terkeliru sebab sudah sekian lama tak dengar orang lompat parti. Yang pernah lompat dua puluh tahun dahulu langsung tenggelam, kalah dalam pilihanraya berikutnya, hingga sekarang tak timbul timbul. Sebab itu MP Sarawak tak payahpun nak menafi dakwaan Anwar, sebab mereka sungguh arif akibat melompat ke parti lawan.

Di Semenanjung pula perkara lompat parti ini agaknya suatu ide atau kaedah penemuan baru Saudara Anwar. Ini pernah berlaku secara kecil kecilan diperingkat negeri dahulu, itu pun dari Parti pembangkang ke parti kerajaan di Kelantan. Yang ini lain pula, dari parti kerajaan ke parti yang ingin nak jadi kerajaan.

Sungguh mengelirukan! terutama bagi orang orang UMNO, yang kini berhadapan dengan bermacam macam masalah dalaman, misalnya dahulu Muhyddin Yassin sokong peralihan kuasa, hari ini lain pula ceritanya. Semalam si Zaid Ibrahim cabar Muhyddin letak Jawatan, hari ini dia sendiri pula yang letak Jawatan. Semalam Tun Mahathir Keluar Parti, hari ini beliau mohon nak masuk balik!

Sungguhpun demikian, ini tidaklah bermakna UMNO dalam kedudukan begitu lemah seperti di gembar gemburkan oleh Anwar. UMNO memiliki pengaruh dengan jaringan akar umbi yang meluas di Semenanjung Malaysia, berbanding PKR yang banyak bergantung dengan kekuatan Anwar semata mata.

Dalam pilihanraya tahun ini UMNO telah mendapat sokongan kira kira 1.73 juta undi Melayu dari 110 Kawasan Parlimen, manakala Barisan Nasional mendapat 2.15 juta undi Melayu di Semenanjung Malaysia.Sebagai perbandingan PKR hanya memperolehi kira kira 700,000 undi Melayu di 68 Kawasan Parlimen yang di tandinginya di Semenanjung.

Jika sesungguhnya ada Ahli Parlimen UMNO yang hendak melompat parti, sebenarnya beliau berhadapan dengan banyak risiko dalam kerjaya politiknya. Untuk menilai risiko yang dimaksudkan, bacalah artikel ini dan fikirlah sejenak.

UMNO bukanlah sebuah parti kerdil yang mudah tenggelam. Sama seperti PAS, masing masing ada landasan perjuangan kukuh. Selagi parti parti ini berada di landasan perjuangan asalnya, Melayu tidak akan sanggup meninggalkannya. Ini bukanlah andaian semata semata, kerana ini terbukti secara analisis data statistik keatas keputusan beberapa pilihanraya yang lepas. Ini telah dibuat untuk Barisan Nasional dahulu (lihat artikel ‘Malaysia’s General Election 2008 Results : A Comprehensif Analisis’ bertarikh 10 Mei).
Kali ini analisis yang serupa dibuat tetapi khas untuk UMNO yang telah memenangi 79 kerusi(66 kerusi di Semenanjung dan 13 di Sabah). Berasas dengan model equation yang dihasilkan dalam para. Kaedah Analisis di hujung artikel ini, saya perturunkan estimates keputusan pilihanraya umum 2008 untuk kawasan P. 160 Johore Bahru sebagai contoh:
Butir butir Kiraan undi mengikut model undi sebenar
Undi Melayu (0.54×31,035) =16,758
U ndi Cina (0.39×26733) =10,426
Undi India (0.05×2876) = 144
Undi Setia UMNO (320×87.5%) =27,968
Undi sumbangan Calon (313×5) = 1,567
Konstant - 19,015
Jumlah undi UMNO 37,847 43,143
Dalam contoh diatas, peratusan undi umno pada pilihanraya sebelumnya, yang mencerminkan undi setia umno, menyumbang sebanyak 27,968 undi dan faktor status calon hanya menyumbang 1,567 undi sahaja.Kelebihan undi sebenar sebanyak 5296 berbanding kiraan model tidak dapat di explain, besar kemungkinan kerana faktor populariti khas calon Datuk Shahrir Samad yang bertanding dalam kawasan P.160 ini
.
Kesimpulan
Dengan hasil kajian diatas, bolehlah disimpulkan seramai 54% dari pengundi Melayu yang turun mengundi pada pilihanraya tahun 2008 telah mengundi UMNO, berbanding sebanyak 39% bagi kaum Cina dan 5% bagi kaum India.

Sebilangan besar pengundi telah mengundi kerana setia dengan parti, manakala sumbangan undi atas sebab populariti khas calon juga agaknya tinggi. Bagaimanapun seseorang calon biasa hanya mampu memperolehi undi individu yang marginal sahaja, tidak melebihi 1,600 undi dan kira kira 83% calon umno adalah dalam categori ini.
Berbanding keputusan pilihanraya tahun 2004, hasil analisis menunjukkan peratusan undi Melayu untuk UMNO hanya menurun kira kira 3.3% sahaja, mengambarkan keadaan lebih baik dari tanggapan umum. Ini lebih baik daripada prestasi Barisan Nasional yang kehilangan 10% undi Melayu, secara tidak lansung menggambarkan kemerosotan sokongan Melayu kepada parti MCA, MIC dan GERAKAN.

Implikasi daripada hasil kajian diatas menunjukkan, sekiranya seseorang Ahli Parlimen UMNO melompat parti ke Pakatan Rakyat, beliau akan kehilangan kerusi dalam pilihanraya umum yang akan datang oleh kerana kedudukan UMNO yang teguh dalam kawasan tersebut dengan regression coeficient undi Melayu 0.54 dan coeficient kesetiaan pengundi 320. Natijah ini relevan untuk calon biasa, merangkumi 83% daripada keseluruhan calon UMNO.

Anda mungkin bertanya, jika begitu, mengapa UMNO boleh kehilangan begitu banyak kerusi kepada Parti Pembangkang dalam pilihanraya tahun ini. Jawapannya ialah kerana larinya sokongan secara mendadak dari kaum India dan Cina, dan bukan kerana kehilangan undi Melayu yang banyak. Sebenarnya, UMNO telah kehilangan separuh undi Cina dan hampir semua undi India dalam pilihanraya tahun ini.
Untuk kegunaan mereka yang mahir dengan kaedah analisis multiple regression saya perturunkan kaedah terperinci di bawah.

KAEDAH ANALISIS
Untuk analisis ini kita telah menggunakan keputusan pilihanraya tahun 2008 pada 110 kawasan pilihanraya Parlimen ditandingi UMNO di Semenanjung Malaysia.
Hipotesis yang digunakan ialah jumlah undi diperolehi UMNO bergantung kepada jumlah pengundi Malayu, Cina dan India, pertusan undi dimenangi dalam pilihanraya sebelumnya dan bilangan penggal calon telah memegang kerusi yang ditandingi.

analisis multiple regression dibuat keatas data pilihanraya 2008 yang dikumpul dengan menguji beberapa model. Model yang best fit kepada keputusan pilihanraya telah dipilih, dan keputusannya seperti berikut:
UMNO = -19015+0.54M+0.39C+0.05 Ind+320UMNO(t-1)+313Cs
T Value 21.44 9.79 0.43 11.81 1.65
R2=0.83
sample size=110
dimana UMNO= undi yang telah diterima UMNO dalam pilihanraya 2008
M=jumlah pengundi Melayu
C= Jumlah pengundi Cina
Ind= Jumlah pengundi India
UMNO(t-1)= faktor kesetiaan pengundi, ie.peratusan undi diperolehi UMNO dalam pilihanraya 2004
Cs=candidate status, sukatan sumbangan individu calon, mengikut bilangan penggal di sandang.
DAH IKHWAN WEB BLOG

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]