Ramai ulama dalam UMNO
|
|
PUTRAJAYA 23 Jun – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penyertaan ulama dalam UMNO bukan suatu yang baru kerana parti itu sentiasa mempunyai ramai golongan agama sejak dahulu lagi.
Justeru bekas Perdana Menteri berkata, desas-desus tentang kemungkinan bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin bersama puluhan lagi ulama muda menyertai UMNO dalam masa terdekat bukan satu usaha terbaru parti itu untuk menyaingi parti lain termasuk Pas.
Malah, kata beliau, para pengasas Pas sendiri merupakan tokoh ulama yang asalnya berada dalam UMNO tetapi kemudian keluar parti setelah kalah dalam pemilihan.
‘‘Mereka itu (ulama UMNO) mempunyai ilmu mendalam dan mengamalkan ajaran agama serta memberikan pandangan agama tanpa mengira apa yang dilakukan oleh UMNO,” katanya.
40 ulama Ph.D sertai UMNO esok - Shahidan
KANGAR 23 Jun - Seramai 40 ulama berkelulusan ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) akan menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur, Jumaat ini.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh kumpulan ulama berkenaan ketika beliau mengadakan pertemuan dengan mereka di ibu negara kelmarin.
"Saya telah mengadakan pertemuan dengan 40 ulama berkelulusan Phd itu. Mereka menyatakan hasrat untuk menyertai UMNO. Para ulama berkenaan mahu menyerahkan borang menyertai UMNO Jumaat ini kepada Perdana Menteri sendiri di Kuala Lumpur.
"Mereka menyatakan pendirian mahu berada dalam UMNO untuk terus menggerakkan dakwah. Jika UMNO silap mereka akan tegur dan jika yang baik mereka akan memuji," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Tak Benar Tanggapan Kononnya UMNO Cuba Pikat Ulama Untuk Tandingi PAS : Dr Mahathir
PUTRAJAYA, 23 Jun (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tanggapan kononnya UMNO cuba menarik lebih ramai ulama menyertai agar ia setanding dengan Pas adalah tidak berasas.
Ini kerana UMNO membuka keahliannya kepada semua golongan masyarakat, kata Dr Mahathir yang juga bekas Presiden UMNO.
"UMNO selalu memiliki ulama sebagai ahli, cuma mereka ini tidak memperagakan diri mereka sebagai ulama. Mereka sangat bertolak ansur.
Ini kerana UMNO membuka keahliannya kepada semua golongan masyarakat, kata Dr Mahathir yang juga bekas Presiden UMNO.
"UMNO selalu memiliki ulama sebagai ahli, cuma mereka ini tidak memperagakan diri mereka sebagai ulama. Mereka sangat bertolak ansur.
KOMEN / PANDANGAN PENULIS.
Sejak UMNO ditubuhkan hingga sekarang ramai yang masuk dan keluar parti ini. Ini merupakan perkara biasa dalam sesebuah parti politik. Begitu juga dengan parti-parti politik pembangkang. Cuma akhir-akhir ini sahaja dilihat semakin bertambah bilangannya. Mungkin kepimpinan tertinggi pembangkang yang dapat menjawabnya. Yang pasti salah satu punca adalah perasaan tidak puas hati.
Berita tentang kemasukan ulamak dalam UMNO, juga perkara biasa tetapi bila bilangannya agak ramai maka sudah tentu akan menimbulkan persepsi baru. Lebih-lebih lagi yang masuk tu golongan cerdik pandai agama. Ini belum lagi dipolitikkan oleh pembangkang. Apa pun kita ucapkan tahniah dan syabas kerana memilih UMNO sebagai wadah perjuangan. Semoga diberkati oleh Illahi.
No comments:
Post a Comment