Tuesday, June 15, 2010

RANCANGAN MALAYSIA KE SEPULUH


Rancangan Malaysia Ke 10 telah pun dibentangkan oleh PM di Dewan Rakyat tempohari. Seperti biasa ianya mendapat liputan oleh media perdana di samping turut perhatian dari usahawan serta lain-lain pihak yang berkepentingan.

Malah tidak ketinggalan juga pelabur asing, golongan akademik dan juga rakyat biasa. Jika hendak dibanding pada waktu dahulu nampaknya keperihatinan masyarakat untuk mengetahui apa itu Rancangan Malaysia telah meningkat.

Di dalam sesuatu perancangan pembangunan terdapat tiga komponen penting iaitu dasar itu sendiri, perancang dasar dan pelaksana dasar. Ketiga-tiga komponen ini bergerak seiring dan tidak dapat dipisahkan. Jika salah satu dari komponen ini tidak bergerak maka keseluruhan matamat yang digariskan akan gagal atau hanya separuh tercapai.

Satu perkembangan yang bagus. Cuma pihak pembangkang sahaja yang tidak mengakui bahawa telah ada perubahan dan pembaharuan sejak merdeka. Apa jua yang dilakukan oleh kerajaan mereka kata masih tidak ada kesannya. Sikap hanya menyalahkan dan tidak bersama-sama menyumbang kearah pencapaian yang lebih maksima masih menjadi tanda tanya? Persoalan ketirisan dan agihan masih ditimbulkan.
Sesiapa pun kalau memerintah sudah pasti tidak dapat memuaskan hati semua orang. dengan kata lain 100 % sempurna. Lihat sahaja kerajaan Pakatan di Pulau Pinang, Selangor, 11 bulan di Perak, Kedah dan rekod yang lama di Kelantan, adakah mereka telah berjaya sepenuhnya melakukan keadilan sosial dengan sempurna?
Pelbagai kaedah dan formula telah digunakan untuk membahagikan kek ekonomi negara dengan matlamat untuk membasmi kemiskinan tetapi tidak berjaya sepenuhnya. Persoalan di sini adakah dasar itu sendiri atau pun perlaksanaannya? Pelbagai cadangan pembaikan diberikan oleh NGOs dan mereka yang pakar dalam bidang ekonomi namun apa yang diharapkan tidak kesampaian.
Keduanya adakah jentera perlaksaan iaitu penjawat awam yang tidak dapat memahami rancangan ini secara holistik. Jika dilihat kepada kemahiran akademik penjawat awam hanya sedikit sahaja yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi untuk lebih memahami sesuatu perancangan ekonomi. Atau adakah kementerian-kementerian sendiri gagal untuk melaksanakan sesuatu perancangan dengan komitmen yang tinggi? Kita tinggalkan dahulu biar ianya jadi persoalan untuk kita mencari jawapannya.

Seterusnya adakah rakyat itu sendiri sebagai golongan sasar yang tidak tahu apakah peranan dan sumbangan yang perlu dimakinkan agar matlamat akhir sesuatu rancangan pembangunan itu sendiri adalah untuk memakmurkan diri mereka sendiri? Adakah kita cukup mempromosikan sesuatu rancangan itu agar rakyat juga tahu akan peranan mereka?

Ataupun dalam melaksanakan perancangan ini, hanya segelintir pihak yang berkepentingan sahaja yang dapat menikmati kesannya. Manakala golongan terbesar hanya bertindak sebagai pemerhati akibat daripada kekurangan kemahiran.

RMK 10 dan RMK 11 adalah bertujuan untuk mencapai negara maju pada 2020 dengan memastikan KDNK pada kadar 6 %. Dalam tempoh 10 tahun, semua pihak wajar memikirkannya. Demi kepentingan semua pihak maka sudah pasti semua kelebihan dan kekuatan yang dimiliki harus dijuruskan agar cita-cita ini tercapai. Sama-sama kita berdoa dan berusaha agar impian ini menjadi kenyataan.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]