Saya ingin memberi cadangan agar pemilihan UMNO dibuat lebih awal, mungkin pada penghujung tahun ini. Kita sedia maklum bahawa ia secara tradisi dibuat setiap dua tahun sekali dan yang terakhir adalah pada 2009 lepas. Ini bermaksud pemilihan akan datang sepatutnya ialah pada Perhimpunan Agung UMNO tahun 2011. malaysian instinct.com Kedua-duanya penting. Soalnya mana satu nak didulukan. PRU atau PRP (pilihan raya parti). Jika didahulukan salah satu dari kedua-duanya tetap ada reaksi dan respon dari ahli-ahli parti, lebih-lebih lagi yang berjawatan. Biasanya ahli-ahli parti ni tak banyak kerenah, ikut sahaja arahan. Tapi yang risau tak tentu pasal ni adalah ketua-ketua bahagian, bimbang tak tercalon sebagai YB. Rasanya dah sampai masa ketua bahagian ini diberitahu bahawa jawatan tersebut bukanlah tiket automatik untuk terpilih sebagai YB Parlimen mahu pun DUN. Lagi satu bila tak terpilih mulalah buat hal dengan perhubungan negeri atau pusat. Ini satu perbuatan yang tidak baik dan tidak bertepatan dengan etiqa sebagai ketua bahagian yang sewajarnya dijadikan contoh dan ikutan oleh ahli-ahli dan juga orang Melayu. Jika dilihat dari segi kepentingan maka dah pastilah PRU adalah lebih utama dari PRP. Ini kerana tiada gunanya parti kuat tapi tak boleh membentuk kerajaan. PRU juga selalunya dijadikan ukuran sokongan sesuatu masyakat terhadap kerajaan mahupun pembangkang. Kepada ketua-ketua bahagian, dulu sebelum jadi ketua bahagian, rasanya tak ada masalah bila nak mengikut ketua tapi bila dah jadi ketua maka semuanya jadi terbalik sahaja. Mungkin dulu lain sekarang lain. Cadangan untuk mengadakan PRP pada awal 2011 juga dilihat sangat relevan dengan barisan pentadbiran parti yang ada sekarang adalah diwarisi dari kepimpinan dahulu. maka wajarnya dibuat baru akan pemilihan demi untuk memantapkan syaf kepimpinan sesuai dengan agenda dan tranformasi baru yang menghendaki anggota parti dan kerjaan yang lebih muda, berpendidikan dan ada wawasan agar perancangan jadi kenyataan. |
Wednesday, June 30, 2010
WAJIB BACA : ANTARA PRU 13 DAN PILIHAN RAYA PARTI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment