June 30, 2010 30 JUN — Tajuk atas pendek, tetapi menceritakan segala-galanya. Anwar Ibrahim semakin kemaruk kuasa apabila cuba menolak pakatannya yang lain, DAP dan PAS bagi memberi laluan partinya PKR menerajui Selangor — secara mutlak. Malam semalam saya hadir satu perjumpaan dengan beberapa sahabat yang rapat dengan PAS Selangor. PAS amat kecewa dengan sikap PKR itu. PKR mahu membolot sepenuhnya negeri itu. ‘‘Kalau macam ini Pakatan Rakyat akan pecah. DAP pun sedang marah sekarang.” Permainan Anwar dan konco-konconya termasuklah anak emasnya, Azmin Ali amat licik sekali. Anwar yang pernah menderhaka dengan Umno, juga sanggup melakukan perkara yang sama dengan PAS dan DAP — asalkan hajatnya tercapai. Beliau bukan seorang pemimpin yang jujur, kata seorang penganalisis politik veteran kepada saya. ULASAN. Kenyataan pimpinan tertinggi PKR jelas menunjukkan bahawa mereka tidak peduli dengan rakan-rakan dalam pakatan rakyat. Apa dah jadi ni, Agaknya retak menanti belah. atau parti kian rebah. DAP dan PAS pun senyap sahaja macam tak wujud di Selangor. |
Wednesday, June 30, 2010
SELANGOR MILIK PKR MUTLAK - ZAINI HASSAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment