Piala Dunia 2010 sedang berlangsung di Afrika Selatan. Sudah pasti semua pasukan yang bertanding berhajat untuk memeluk piala yang prestig dalam sukan bola sepak. Tentu sekali untuk mencapai tjuan tersebut mestilah menang. Team yang kalah kena mencuba empat tahun lagi. Sehingga kini hanya beberapa negara sahaja pernah mengucup piala tersebut selain dari Brazil juara lima kali, Jerman, Argentina, Perancis dan Itali. Kali ini penulis nak sentuh pasukan Perancis yang tersingkir dalam pusingan pertama lagi. Sebagai bekas juara, Perancis dengan senarai pemain yang ada nama di dunia bukanlah satu team yang lemah. Dengan kata lain di atas kertas team ini pernah menjadi juara. Malangnya ketika di Afrika Selatan, pasukan ini kalah kepada pasukan yang selama ini tidak diletakkan harapan. Salah satu punca kekalahan adalah kekurangan dari segi menyerang. Dengan pemain-pemain yang telah berusia, strategi menyerang pasukan ini mudah dibaca oleh pihak lawan. Serangan berterusan tidak dapat di lancarkan kerana pemain kekurangan stamina. Akhirnya pasukan ini balik awal ke negara nya. Dalam permainan bolasepak, teknik bertahan sahaja tidak cukup dan bukanlah satu langkah terbaik dalam bolasepak moden yang mementingkan kelajuan, kecekapan menghidu peluang dan tidak dinafikan kadang-kadang gol jaringan sendiri juga menyebabkan team kalah. Jika kita lihat satu masa dulu, pasukan Brazil dengan tektik samba nya telah pun berubah strategi permainan. Ini kerana main cantik sahaja tidak menjamin kemenangan. Maka soal serangan telah dilakukan dan dipertingkatkan oleh jurulatih dan juga perlu ada penyerang yang cekap demi untuk menjaringkan gol. Kemenangan dalam bolasepak adalah dikira daripada jumlah gol yang dapat dijaringkan. Lagi banyak gol dijaringkan semakin bersemangat pemain dan jurulatih macam Portugal belasah Korea Utara 7-0. Bagaimana pun pasukan ini tidak bernasib baik bila diundi bertemu dengan pasukan Spain dalam pusingan kedua yang berkonsepkan kalah mati. England yang di war-warkan akan menjadi team pilihan terpaksa bungkus apabila kalah dengan Jerman. Walau pun rekod sebelum ini memihak kepada England. Semangat dan disiplin pemain Jerman begitu memuncak dan beroleh kemenangan bergaya. England gigit jari. Bercakap soal serangan pula kini pelbagai tektik digunakan. Tidak cukup dengan dua penyerang, team menambah penyerang jadi tiga orang malah ada yang buat 'back-up striker' pula. Semuanya bertujuan untuk menjaringkan gol. Bila sebut soal bola ni, teringat penulis ucapan Dato Seri Najib Razak ketika membentangkan usul RMK 10 di Dewan Rakyat tempoh hari. sudah tentu ada kaitannya antara bola sepak dengan dasar tersebut. bekerja dalam satu team untuk mencapai matlamat. Begitu juga dalam PRU 13, kena bekerja dalam satu team iaitu team BN. Kena buat strategi serangan yang viariasi agar musuh terperangkap. Kena juga buat counter attack, serang hendap dan berbagai lagi. Jangan lah asyik nak berebut jawatan sahaja. tapi kerja tak mahu buat. akhirnya janganlah kita cuma JUARA ATAS KERTAS SAHAJA" |
Tuesday, June 29, 2010
PIALA DUNIA : UNTUK MENANG PERLU MENYERANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment