Saturday, July 31, 2010

Ahli UMNO Perlu Jadi “Tentera Politik”


Oleh MOHD NASRI ZAKARIAH.

MELAKA, 26 Julai – Ahli UMNO perlu menjadi `tentera politik’ yang menjiwai perjuangan parti dan sentiasa bersiap sedia melaksanakan segala tugas yang diamanahkan kepada mereka tanpa sebarang masalah dan persoalan.

Bekas Ahli Majllis Tertinggi UMNO, Tan Sri Rahim Tamby Chik (gambar) berkata sebagai tentera selain bersiap sedia menerima arahan, mereka juga perlu mempunyai perancangan atau strategi bagi merealisasikan tugas yang diarahkan kepada mereka.

“Tak guna kita jadi tentera jika kita tak faham tugas seorang tentera, kalau setakat pakai pakaian tentera tetapi kita tidak menjiwainya serupa seperti orang lain, kita pakai pakaian tu seperti kita pakai baju biasa yang tidak mempunyai apa-apa erti.

“Ahli UMNO sebagai `tentera politik’ yang menjadi benteng bukan sahaja mempertahankan parti, tetapi juga bertanggungjawab memastikan parti terus utuh dan kuat serta relevan dalam memperjuangkan nasib orang Melayu di negara ini.

“Untuk itu, ahli UMNO harus menjiwai perjuangan parti, bukan hanya masuk UMNO kerana ikut kawan-kawan atau mempunyai kepentingan peribadi. Kita tidak boleh menjadi ahli parti yang ikut-ikut sahaja, Ahli UMNO haruslah ahli yang berkualitii,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan UMNO adalah parti Melayu terbesar.

Kata beliau lagi ahli UMNO tidak seharusnya menjadi seperti tentera upahan atau tentera sukarela, tugas tentera upahan hanyalah melaksanakan tugas yang diberi kerana mereka itu dibayar mengikut tugas yang diberi berdasarkan bayaran yang diterima.

Manakala, tentera sukarela adalah tentera yang kebiasaannya berada di barisan belakang dan kebiasaanya tanggungjawab mereka adalah sebagai pasukan sokongan , walaupun sebagai tentera mereka bukanlah seorang tentera sebenar yang sudah diberi latihan secukup dan boleh dihantar ke medan perang pada bila-bila masa.

“Oleh itu, kita haruslah menjadi tentera politik yang benar-benar menjiwai semangat seorang tentera dan bersedia melaksanakan apa jua tugas yang diberi oleh presiden parti”, ujarnya.

Menurutnya, Najib sudah banyak membuat perubahan dalam memperkasakan UMNO sebagai parti Melayu terbesar dengan jumlah ahli melebihi 3 juta,

“Jumlah ahli UMNO yang ramai membuktikan UMNO terus mendapat perhatian sebagai parti kerana hanya UMNO sahaja yang betu-betul memperjuangkan nasib orang Melayu sejak ditubuhkan sehinggalah sekarang, kerana UMNO jugalah ramai orang Melayu yang berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.

“Kita tidak seharusnya berbangga dengan mempunyai jumlah ahli yang ramai, jika kita sebagai ahli UMNO yang menumpang dan tidak menjiwai perjuangan parti. Kita harus menjadi tentera politik yang berjuang untuk mempertahankan institusinya,” katanya.

Beliau berkata, sejak kebelakangan ini, UMNO terus menjadi serangan daripada parti-parti pembangkang yang tidak berpuas hati dengan kejayaan UMNO dengan menaburkan pelbagai fitnah atau serangan terhadap kerajaan yang didokongi oleh UMNO.

Berikutan itu, beliau meminta kepada semua ahli UMNO melaksanakan tugas membalas serangan atau fitnah dari pihak tidak bertanggungjawab dan bukan hanya menunggu dan meletakkan tanggungjawab itu kepada pemimpin atasan.

“Tanggungjawab seorang jeneral adalah untuk membuat perancangan dan kemuadian memberi arahan secara formal kepada orang bawahannya, maka terpulang kepada mereka untuk melaksanakan tugas untuk mencapai sasaran ditetapkan”, katanya.

Menurutnya, ahli UMNO perlu bekerja keras dan tidak berhenti atau hanya menunggu arahan untuk membuat sesuatu kerana aoabila menyertai UMNO secara automatik mereka sudah tahu tanggungjawab mereka berdasarkan kepada perjuangan parti. -MediaUMNO.

PANDANGAN PENULIS:
Amat bagus kalau boleh wujudkan 'tentera politik' sendiri, kerana tak perlu sangat bergantung sepenuhnya kepada orang lain.

Malah perlu dilengkapkan dengan ilmu mengenai politik dan juga boleh bergerak sendiri dan tahu apa yang perlu dilakukan.

Sekarang ni ramai orang yang tak ada jawatan atau aktivis yang nak menolong tapi di pandang serong. Aktivis ni bukannya nak rebut jawatan pun. Cuma kesedaran nak bantu tu terbit dari semangat dalaman.

Nampaknya ramai pemimpin bahagian yang masih belum melakukan tranformasi. Yang bersemangat hanya orang bawahan sahaja.

Persoalannya sampai bila. Tak kan dah tewas nanti baru nak 'offer' dah terlambat.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]