Saturday, July 31, 2010

Wajarkah Guru Berpolitik?

 



Oleh SYED ALI ALHABSHEE

KUALA LUMOUR, 31 Julai – Semalam menerusi stesen penyiaran ASTRO Awani saluran 501, secara ringkas saya telah menjelaskan rasionalnya mengapa guru-guru tidak wajar berpolitik.

Saya membuat kesimpulan itu kerana memikirkan bahawa kebenaran tersebut dilihat lebih banyak mengundang masalah daripada kebaikannya.

Memang, banyak pihak mengalu-alukan sekatan guru berpolitik dihapuskan apatah lagi membabitkan seramai 140,000 guru terutama guru siswazah.

Pandangan penulis : rasanya tidak semuanya akan memasuki politik dan memegang jawatan.

Alasan utamanya mereka (guru) mampu memberi sumbangan besar kepada sistem dan amalan berpolitik di negara ini.

Jika kita imbau sejarah UMNO sendiri dimasa lampau, golongan guru merupakan individu yang memainkan peranan utama dalam memperkasakan institusi ini. Sehinggalah keluar arahan tidak membenarkan mereka terlibat secara langsung.

Bagaimanapun, seperti yang saya telah tegaskan sebelum ini bahawa saya lebih cenderung melihat kepada nilai dan kemuliaan profesyen perguruan yang selama dihormati masyarakat.

Profesyen perguruan merupakan tanggungjawab mulia yang dihormati segenap lapisan masyarakat, sama ada Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum lain.

Maknanya, guru, pendidik dan pengajar adalah manusia paling istimewa dalam proses kehidupan kita.

Kerana realti itu, kemuliaan dan keistimewaan warga pendidik tidak sewajarnya sengaja dicederakan dengan elemen politik yang bakal memberi keuntungan kapada sesetengah pihak.

Politik juga perlu dilihat dari sudut positifnya, membantu dan menolong ummah ni satu pekerjaan yang mulia.

Saya berpendapat apabila sekatan berpolitik di kalangan guru dibebaskan berkuatkuasa 1 Ogos ini sepertimana diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan, maka lubang untuk berpecah-belah sesama guru sudah terbuka luas.

Sebagai insan yang berilmu, rasanya kaum guru dapat memberikan pertimbangan yang wajar antara bersatu dan berpecah.

Ini kerana akan berlaku pertembungan sokongan yang pastinya akan berakhir dengan pertelingkahan pendapat sesama guru – satu puak akan menyokong parti pemerintah dan satu puak lagi pro-pembangkang.

Di sinilah letaknya kebijaksanaan mereka untuk berpolitik dengan tidak berasaskan emosi semata-mata.

Keadaan bertambah parah apabila corak sokongan guru-guru kepada parti politik dibuat menjuruskan kepada kepentingan kaum atau sentimen agama.

Bahana yang menular kepada kalangan pendidik secara tidak langsung akan turut mencacatkan tunpuan mereka terhadap profesyen perguruan yang mereka galas selama ini.

Saya khuatir apabila guru terlalu taksub berpolitik atas dorongan kepentingan kaum masing-masing, tumpuan mengajar mereka di sekolah akan terjejas dan kesannya turut menghimpit ke atas bahu pelajar.

Sebagai golongan profesional rasanya kaum guru dapat memisahkan antara kepentingan jawatan dengan kepentingan parti

Apatah lagi jika guru-guru bertentangan idelogi politik berpolemik secara terbuka di kantin sekolah yang ditonton oleh para pelajar dan secara tidak langsung mengheret pemikiran pelajar untuk bermain politik.

Apakah kita boleh memberi jaminan bahawa tidak akan beraku di mana guru cuba meracuni pemikiran pelajar dengan idelogi politik ekstrim yang boleh mendatangkan ketidaktenteraman kepada masyarakat ?

Sitausi yang bercelaru menjadi bertambah kusut apabila kita mengambil contoh di mana pengetua sekolah merupakan pemimpin politik berjawatan di peringjkat bahagian manakala orang dibawahnya pula berada di sebelah politik yang bertentangan.

Di sini tercetus konflik kepentingan dan tanpa sedar, akan berlaku ketidakadilan sama ada dalam sistem kenaikan pangkat atau sebagainya yang kesudahannya melebarkan lagi jurang perpecahan di sekolah.

Sekolah merupakan institusi ilmu sepatutnya dijaga dan dipuk dengan nilai-nilai estetika murni untuk melahirkan generasi berilmu dan kukuh dengan semangat jati diri dan perpaduan kental sebagai aset kepada masa depan negara.

Saya juga melihat kepada prospek Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) yang sebelum ini merupakan wadah terbaik para ibu bapa dan guru berinteraksi dalam usaha memantapkan pembangunan pendidikan di sekolah.

Tetapi apabila guru dibenarkan berpolitik, maka sudah tentu akan berlaku dorongan kepentingan politik masing-masing dan keaadaan menjadi rumit apabila guru dan peneraju PIBG berbeza fahaman politik.

Sehubungan itu, saya ingin berkongsi pengamalan saya selaku Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) yang setakat ini mempunyai 36 buah sekolah angkat, daripada peringkat pra-sekolah, sekolah rendah agama, sekolah rendah kebangsaan sehingga ke sekolah menengah.

Pada awalnya, memang saya dapati ada sekolah-sekolah yang dilihat terpinggir daripada perhatian parti pemerintah, yakni UMNO. Saya cuba mencari punca kenapa perkara ini boleh berlaku.

Pendekatan yang saya ambil ialah mudah ; iaitu merapaktkan diri dengan pihak sekolah, jalinkan hubungan baik dengan pihak pengetua atau guru besar dan memberi prhatian terhadap aktiviti, soal kemudahan asas di sekolah-sekolah terbabit di samping menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka.

Haislnya, guru-guru menerima pendekatan tersebut dan secara tidak langsung wujud hubungan baik sehingga sekarang, walaupun mereka tidak menyertai parti politik termasuk UMNO.

Ada pihak berpendapat, jika guru-guru dibenarkan berpolitik, mereka akan dikawal oleh akta atau dengan kata lain kegiatan politik mereka akan dipastikan tidak terbawa-bawa ke bilik darjah.

Memang saya bersetuju dengan idea terebut, tetapi soalnya sejauhmana keupayaan kita untuk melakukan pemantauan serta menguatkuasakan undang-undang atau akta tertentu untuk menghadkan kegiatan politik mereka.

Jadi, apabila kita hadkan aktiviti politik mereka menerusi akta atau kawalan, akan timbul pula tentangan kenapa mereka harus dipantau, sedangkan kebebasan sudah diperolehi ?

Saya ingin melemparkan soalan mudah: andainya kedapatan guru yang menentang kerajaan kerana kepentingan politik, apakah yang mampu kerajaan lakukan ?

Di sini, saya teringat beberapa kejadian pada sekitar tahun 80-an dulu apabila timbul isu guru kecewa kerana di ‘tendang’ ke pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak hanya kerana perbezaan anutan politik.

Isu ‘menghumban’ guru-guru ke pedalaman kerana faktor politik menjadi isu panas di Kelantan dan Terengganu suatu masa dulu, yang akhirnya mereka mengambil keputusan menyebelahi parti pembangkang.

Dalam hal ini, bukan bermakna parti pemerintah iaitu UMNO dan Barisan Nasional (BN) takut atau gentar akan terjejas apabila sejumlah besar guru-guru dibenarkan berpolitik.

Saya tidak syak mereka akan mengambil langkah menentang kerajaan, tetapi bimbang profesyen perguruan yang selama ini menjadi tunjang kepada pembentukan tamadun bangsa akan runtuh gara-gara berpolitik.

Tidak ada satu mekanisma atau jaminan bahawa warga pendidik atau guru tidak akan berpolitik secara keterlaluan termasuk di sekolah kerana mereka sudah ‘dibebaskan’ setelah sekian lama tidak dibenarkan berbuat demikian.

Kesimpulannya, guru perlu bersedia untuk menerima sebarang musibah kerana berlainan idelogi politik manakala profesyen perguruan yang selama ini dimuliakan oleh masyarakat sudah tercemar secara yang disengajakan.

Pada hemat saya, biarlah guru meneruskan profesyen perguruan dengan semulianya seperti yang ada hari ini kerana tanggungjawab mereka ialah mendidikan anak bangsa dengan pemikiran yang positif untuk kepentingan negara.

Tidak perlulah kita bebankan mereka dengan pelbagai isu dan kepentingan politik yang akhirnya tumpuan mereka di bilik darjah akan terbabas yang sudah tentunya akan merugikan generasi pelajar.

Warga pendidik dan guru masih boleh malah tetap memberi sumbangan yang tidak ternilai untuk memacu pembangunan negara dan menjana pembentukan generasi berilmu walaupun tidak berpolitik.

Guru adalah manusia istimewa dan keistimewaan itu sepatutnya kita pertahankan tanpa ada unsur kepentingan politik.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]