Monday, August 2, 2010

Umno dan PAS perlu direhatkan atau dibubarkan?

Mohd Sabri Said   
KEPALA BATAS, 31 Julai: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) menyeru rakyat merehatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) daripada bergelumang dengan politik tanahair kerana banyak kesalahan telah dilakukan sehingga ekonomi, keselamatan, kehakiman dan politik negara tidak lagi stabil. Kepada PAS juga apa kebaikan yang telah dibuat selama ini kepada masyarakat dan negara selama ini.
Umpamanya, kata beliau, apabila pemain bola sepak mendapat kad merah kerana melakukan kesalahan yang berulang, dia terpaksa dikeluarkan atau direhatkan untuk beberapa kali perlawanan. Begitu juga kepada pemain yang sentiasa cedera sahaja pasukan akan mengmbil keputusan untuk dijual sahaja pemain tersebut.

Begitu juga, ujarnya dengan Umno dan BN perlu dihukum sebab terlalu banyak melakukan penyelewengan, pembohongan dan campur tangan tangan sehingga menyulitkan sesuatu keputusan diadili dengan adil. Apa lebihnya pemimpin PAS yang selalu membohongi rakyat hingga rakyat taksub dan jumud dengan pemimpin mereka sedangkan perkara yang sepatutnya dibuat tidak dibuat.

"Umno dan BN kena direhatkan. Rakyat perlu buat begitu jika tidak mahu melihat negara menuju kehancuran," tegasnya ketika berceramah di Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Kepala Batas malam tadi. SOALNYA ADAKAH PAS DAH BERSEDIA UNTUK MEMIMPIN ? TAPI KALAU JADI BONEKA DAP SAHAJA TAK PAYAH NAK KATA LA! SEWAJARNYA PAS KENA DIREHATKAN DARI PR KENA ASYIK JADI BUDAK SURUHAN DAP SAHAJA.

Ekoran itu, kata Exco Kerajaan Kelantan itu banyak pelabur tidak menanam modal di Malaysia sebaliknya mencari lokasi lain yang lebih selamat. Apa kurangnya di Kelantan, tak ada pekerjaan, ramai remaja keluar uuntuk cari pekerjaan.

Tambahnya, apabila terjadi begitu, ekonomi negara merudum teruk ditambah lagi dengan wang negara diboroskan dengan projek mega yang tidak memberi manfaat kepada rakyat. Kelantan juga minta tolong dari pusat.

"Habislah jika keadaan negara macam ni. Jadi, lebih baik rehatkan Umno dan kuncunya pada pilihan raya umum depan. Bila parti sempit dan perkauman tidak ada, maka senanglah nakhoda melayari bahtera memajukan negara," ujar beliau. Senanglah nak cari Kick de Fellar 11 pulak.

Kepimpinan negara, katanya apabila harga gula dinaikkan terus mengeluarkan kenyataan santai kononnya untuk mendidik rakyat supaya tidak terkena penyakit kencing manis manakala membanding harga dengan negara jiran apabila menaikkan harga petroleum.  Ini tersalah fakta, macam mana nak jadi pemimpim !

Menurutnya, itulah alasan Kerajaan BN sejak dulu sampai sekarang, tidak pun menunjukkan rasa serik atau kesal apabila menindas rakyat malahan rasa bangga bila rakyat tidak menunjukkan protes. PAS pulak buat apa untuk rakyat selain menghasut untuk adakan demontrasi sahaja. Apa kebaikan yang PAs dah buat selama ini?

"Mereka sudah menjahanamkan negara, kenapa rakyat masih biarkan mereka memerintah termasuk cadangan terbaru membeli  274 kereta perisai  yang harganya sebuah RM31 juta pada hal seluruh dunia tahu harga kereta perisai termahal dari Amerika Syarikat hanya bernilai RM9 juta sebuah," katanya. PAS belum dapat kuasa , tapi bila dah dapat lagi .....

PANDANGAN PENULIS.

Kedua-dua parti ini sentiasa bersaing untuk dapatkan sokongan dan undi. Kena akui kedua-duanya pernah melakukan kesilapan kepada orang Melayu. Mungkin nasib orang Melayu di Tanah Melayu. Selama ini pun orang Melayu tiada alternatif lain untuk menyokong parti politik. lain. PKR bukannya parti Melayu seratus peratus. Dalam hal ini, kita masih teringat akan seorang negarawan Datuk Onn Jaafar. Usul beliau untuk membuka keahlian UMNO kepada semua kaum tidak diterima waktu itu. Akhirnya beliau tubuh PARTI NEGARA.

 

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]