Enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional adalah:
- Mengurangkan Jenayah
- Membanteras Rasuah
- Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar
- Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isirumah Berpendapatan Rendah
- Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar
- Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar
Mempertingkat kebertanggungjawaban melalui KPI
Bidang yang tidak diliputi oleh NKRA masih lagi penting dan akan terus mendapat perhatian daripada Kerajaan di peringkat menteri. Bidang-bidang ini – MKRA – termasuk keberhasilan yang disasarkan untuk dilihat dan dirasai oleh rakyat (misalnya, tindak balas yang cepat kepada aduan daripada orang awam dan pengurangan kemalangan jalan raya). Sama seperti NKRA, MKRA dan KPI Menteri (MKPI) telah bermula dan akan terus diperhalusi dan diperbaiki dari semasa ke semasa.Perdana Menteri telah memberi komitmen untuk menilai sendiri kemajuan semua menteri setiap enam bulan untuk memastikan bahawa prestasi mereka adalah mantap, Penilaian yang pertama berlangsung antara November 2009 dan Disember 2010.
Memastikan pencapaian diutamakan
Bagi mencapai tahap prestasi ini, kami memerlukan kaedah kerja baru, daripada pucuk pimpinan dan semua bahagian perkhidmatan awam. Perdana Menteri merintis kaedah baru ini dengan memastikan setiap menteri menetapkan KPI, dan melaporkan prestasi mereka pada waktu yang ditetapkan; contohnya ada diterangkan dengan lebih lanjut dalam Bab 12. Amalan ini sedang diperkembangkan ke setiap jabatan dan agensi kerajaan.Kami juga sedang mempertingkatkan tahap ketelusan mengenai objektif, sasaran dan rancangan – bermula dengan dokumen ini. Kerajaan akan bertanggungjawab bagi melaksanakan inisiatif dan mencapai sasaran yang diumumkan. Kami akan menerbitkan laporan kemajuan tahunan, bermula pada suku pertama 2011, supaya pencapaian kami dapat dinilai oleh rakyat.
Sebagai tambahan, kami telah menjalankan beberapa siri pembaharuan untuk mempertingkatkan kebolehan penyampaian
Mentransformasikan Malaysia
Dalam sejarah Malaysia, kita selalu mengambil jalan yang jarang dilalui dan secara pragmatik memetakan laluan sendiri. Kini kita melakukannya lagi. Tidak ada kerajaan lain di dunia ini yang telah mengambil langkah seperti program transformasi yang sebegini berani. Namun kita faham bahawa dalam menyampaikan keberhasilan ini tidaklah begitu mudah. Akan terdapat rintangan di pertengahan jalan, termasuk sasaran yang tidak tercapai, inisiatif yang tidak berjaya, halangan pihak yang berkepentingan, tentangan terhadap sebarang perubahan dan cabaran baru yang kami tidak jangkakan. Dalam program transformasi yang berskala sebegini, adalah menjadi suatu perkara biasa di mana keadaan akan menjadi lebih buruk – atau merasakan keadaan menjadi lebih buruk – sebelum ia menjadi lebih baik. Walaupun mencabar, kami mesti melaksanakan transformasi ini.Apabila GTP menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang tidak dapat dielakkan, kerajaan dan semua rakyat Malaysia mesti mengingatkan diri mereka sendiri, apa sebenarnya yang dipertaruhkan di sini dan tetap semangat. Apa yang dipertaruhkan di sini adalah pencapaian Wawasan 2020, membuat sesuatu yang berlainan untuk kehidupan generasi Malaysia masa kini dan generasi Malaysia akan datang dan mempertingkatkan reputasi dan kedudukan negara kita di mata dunia.
No comments:
Post a Comment