Tuesday, July 13, 2010

DEWAN UNDANGAN NEGERI : KEHENDAK PARTI ATAU RAKYAT?

Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif. Di peringkat persekutuan, kuasa perundangan terletak pada Parlimen. Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia. Badan ini mengandungi tiga elemen utama iaitu Seti Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Negeri Selangor Darul Ehsan adalah sebuah negeri yang mengamalkan Sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen berlandaskan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Di peringkat negeri, satu badan yang sama fungsinya dengan Parlimen dinamakan Dewan Undangan Negeri (DUN). Badan ini merupakan badan perundangan tertinggi di peringkat negeri dan mengandungi dua komponen iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan dan satu Dewan yang dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri. Dewan Undangan Negeri merupakan badan perundangan yang berkuasa menggubal undang-undang dan menguatkuasakan undang-undang negeri yang dipanggil enakmen.

Fungsi utama Dewan Undang Negeri Selangor ialah membahas dan menggubal undang-undang berkaitan perkara-perkara tertentu seperti tanah dan sumber-sumber asli (kecuali minyak dan gas), kemudahan awam, kebajikan dan sosial, belia dan sukan, kebudayaan dan pentadbiran negeri dan kerajaan tempatan bagi Negeri Selangor. Segala Rang Undang-Undang yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri akan ditandatangani oleh Dulu Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan akan menjadi undang-undang setelah diwartakan dalam Warta Kerajaan. Selain daripada itu, fungsi Dewan Undangan Negeri Selangor, secara ringkasnya adalah sepertu berikut:
  1. Memilih Tuan Speaker
  2. Menjalankan upacara mengangkat sumpah Ahli-Ahli Dewan Undangan yang baru dipilih
  3. Membahaskan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan
  4. Pemasyuran dari Tuan Speaker
  5. Membawa Usul-usul untuk dibahaskan
  6. Membawa rayuan-rayuan dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Selangor (ADUN) setelah disahkan oleh Tuan Speaker
  7. Membawa pertanyaan-pertanyaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada YAB Dato’ Menteri Besar berhubung hal-hal yang dalam urusan jabatan rasminya
  8. Sebagai pemangkin kepada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri untuk menyuarakan isu-isu berkenaan dengan tugas-tugas mereka
  9. Sebagai pemangkin kepada YAB Dato’ Menteri Besar untuk memberi penerangan terhadap isu-isu yang dibangkitkan.
PERISTIWA SEMASA.

ADUN BN diusir -2010/07/13

Abdul Shukor Idrus
Abdul Shukor Idrus
 
ADUN BN-Kuang, Abdul Shukor Idrus, digantung menghadiri sidang DUN Selangor selama sehari selepas mempersoalkan mengapa usulnya mengenai isu perlombongan pasir ditolak.

AKTIVITI haram mencuri pasir di tanah milik kerajaan membabitkan kawasan seluas 400 hektar di Kampung Bukit Changgang, berhampiran Taman Paya Indah Wetlands, Dengkil, yang dedahkan akhbar kelmarin, memerlukan perhatian serius pihak berkuasa. Pencerobohan mengorek pasir yang kini sudah berkeluasan 120 hektar, dikorek sedalam 30 meter itu jika terus dibiarkan boleh mengakibatkan kemusnahan teruk dan mengancam keindahan tasik dan seluruh habitat haiwan di taman yang diwartakan sebagai Rezab Tanah Lembab Negara. Mujurlah kegiatan itu dihidu awal bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, lantas membuat tinjauan di lokasi kejadian bersama sekumpulan pemberita berikutan aduan penduduk tempatan. Kegiatan itu dipercayai berlaku sejak dua minggu lalu dan sehingga kini dianggar 10 juta tan pasir bernilai kira-kira RM220 juta sudah ‘dirompak’. Kegiatan mengorek pasir secara haram di Selangor kebelakangan ini semakin sukar dikawal dan ini bukanlah satu-satunya tanah milik kerajaan diceroboh, malah turut dikesan di beberapa kawasan lain.

Pencerobohan mengorek pasir samalah dengan aktiviti penebangan balak secara haram, yang tidak sukar dikesan. Mereka beroperasi menggunakan jentera pengorek yang dapat dilihat dengan jelas. Pergerakan lori pengangkut juga dapat dilihat keluar masuk sepanjang masa. Apabila Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), Mat Shuhaimi Shafie, memberitahu pemberita yang beliau tidak mengetahui mengenai aktiviti berkenaan, ia menimbulkan persoalan. Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, kenyataannya itu cukup mengecewakan dan membuktikan beliau tidak mengetahui apa yang berlaku di kawasannya sendiri. 
 
Tanggungjawab wakil rakyat bukanlah sekadar mengambil tahu permasalahan rakyat dan menyelesaikan aduan yang mereka kemukakan. Lebih penting daripada itu, wakil rakyat mesti cekap mengesan dengan pantas setiap aktiviti haram yang beroperasi di kawasannya, seperti pencerobohan pencuri pasir yang berlaku sekarang. Kegiatan haram yang jelas bertentangan dengan undang-undang dan membawa padah kepada kehidupan rakyat harus dibanteras segera dan tidak boleh dibiarkan berterusan.
 
Oleh yang demikian, kepada rakyat Selangor fikir-fikirkanlah apa jadi jadi jika fenomena ini berterusan,,,,,,,,

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]