Indeks Kebebasan Media Dunia 2008
Dari segi Indeks Kebebasan Akhbar 2008 , Malaysia jatuh teruk ke kedudukan 132 daripada 173 negara. Tahun 2007 Malaysia berada pada kedudukan 124 dan 2006 pada kedudukan 96. Rating ini diberikan oleh Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang berpangkalan di Paris, Perancis. RSF telah memantau kebebasan akhbar di seluruh dunia sejak 1985.
Secara perbandingan ,Timor Leste di tangga (65), Mongolia (93),Gabon (110),Indonesia (111),Maghribi (122),Thailand (124),Cameroon (129),Nigeria (131) ,Chad (133), Sudan (135) dan Bangladesh (136), Oman (123), Kemboja (126), Jordan (128) , Malaysia(132) dan Singapura (144).
Media Malaysia dilarang melaporkan sebarang berita buruk tentang pemerintah , kerabat diraja atau konco-konco mereka. Kerajaan telah mengharamkan akhbar Tamil Makkal Osai, pengharaman nama Allah di mingguan Kristian The Herald dan penamatan kolum penulis berwibawa Zainah Anwar dan Amir Muhammad di New Straits Times. Penulis blog berhadapan dengan ancaman saman dan tangkapan polis. Petugas Malaysia Nanban dan Guangming Daily diserang oleh penyokong parti kerajaan.[4]
Tahap kebebasan media 2010
Pada 17 Jun 2010,dalam Dewan Rakyat, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. menyatakan terdapat 2 juta blogger dari Malaysia dan mereka bebas mengeluarkan pandangan.Malaysia mempunyai 76 akhbar harian termasuk milik pembangkang, 151 saluran televisyen satelit, sembilan saluran televisyen tidak berbayar (milik kerajaan dan swasta) dan 53 saluran radio.Selain itu terdapar IPTV (Internet Protocol Television) yang menggunakan perkhidmatan jalur lebar. Sebaliknya Freedom House dari Amerika Syarikat mendakwa media di Malaysia belum bebas. [5]
Cuba kita fikir-fikirkan kenyataan yang dibuat dengan jumlah media yang ada?
Melanggar peraturan
Pada 29 Jun 2010, beberapa akhbar dan tabloid didapati melanggar garis panduan penerbitan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984. Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Datuk Zaitun Ab. Samad menyatakan 43 surat teguran dihantar kepada akhbar harian (2009) manakala 10 surat teguran (2010). Surat teguran kepada tablod ialah 19 teguran (2009) hingga bulan Mei 2010. 6 surat teguran dan 1 surat tunjuk sebab kepada berita parti politik.
Seksyen 7 (1), AMCP 1984, menetapkan kandungan berita tidak boleh memudaratkan ketenteraman awam, memudaratkan keselamatan, memudaratkan moral, menggemparkan fikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang, memudaratkan kepentingan awam dan memudaratkan kepentingan negara.
Pada 28 Jun 2010, surat tunjuk sebab diberikan kepada tabloid Suara Keadilan . Ia dipercayai berhubung berita sensasi kulit depan bertajuk 'Felda Bangkrap'.
Dunia tanpa sempadan
Era 1990-an menyaksikan Malaysia berhadapan dengan isu globalisasi atau dunia tanpa sempadan apabila munculnya internet dengan kemudahan laman web, e-mel, telefon internet, chit chat dan sekarang blog. Pada peringkat awal kerajaan Malaysia menggalakkan rakyat menggunakan internet dan membekalkan komputer di sekolah-sekolah. Guru-guru Sains dan Matematik dilengkapkan dengan sebuah komputer agar mereka mudah mencapai internet dan melaksanakan P&P menggunakan komputer.
Kafe siber tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan dan tahap kelajuan internet semakin baik melalui Streamyx dan lain-lain. Para pelajar sekolah dan mahasiswa universiti menghabiskan banyak masa di kafe siber sehingga membimbangkan ibu bapa. Selain bermain permainan, mereka juga melayari laman web lucah dan ganas. Mahasiswa yang tersekat oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) telah menggunakan blog bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka.
SITUASI SEMASA
Penubuhan Jawatankuasa Pengukuhan Komunikasi Kerajaan, yang dilihat wajar untuk menangani kebanjiran maklumat liar, bukan dari sumber yang sah, bercanggah, melanggar etika kewartawanan dan sebagainya.
SOALAN pokok ialah jentera penyebaran maklumat kerajaan sendiri tidak teratur, tidak bersistematik dan dalam banyak hal menampakkan ketidak upayaan pegawai bertanggungjawab untuk mengenali anasir penyebaran maklumat yang mengancam keselamatan negara yang sepatutnya dicantas sejak ia mula berputik dan bukannya setelah buruk.
Kerajaan tidak perlu menampakkan seolah-olah akan menambah kawalan baru terhadap media dengan penubuhan Jawatankuasa Pengukuhan Strategi Komunikasi untuk menangani berita palsu tetapi sewajarnya kerajaan lebih jujur dan lebih berani untuk menggunakan jawatankuasa ini bagi melihat dan mengkaji kelemahan kerajaan sendiri dalam mengendalikan media secara profesional dan berkesan.
Jawatankuasa ini sewajarnya berusaha menyelaraskan komunikasi maklumat sama ada yang bersifat politik, rasmi atau umum untuk penyampaian maklumat yang cepat, tepat, muktamad dan berwibawa yang akan dapat memulihkan keyakinan rakyat.
Sesungguhnya undang-undang kawalan media yang sedia ada sudah cukup. Yang tidak cukup ialah kesungguhan dan keupayaan kerajaan untuk membuktikan secara bijak dan berkesan bahawa kerajaan benar-benar mahu menjalankan tanggungjawab, lebih mementingkan maruah undang-undang dan keselamatan negara daripada bermotif politik.
Jawatankuasa ini sewajarnya berusaha menyelaraskan komunikasi maklumat sama ada yang bersifat politik, rasmi atau umum untuk penyampaian maklumat yang cepat, tepat, muktamad dan berwibawa yang akan dapat memulihkan keyakinan rakyat.
Sesungguhnya undang-undang kawalan media yang sedia ada sudah cukup. Yang tidak cukup ialah kesungguhan dan keupayaan kerajaan untuk membuktikan secara bijak dan berkesan bahawa kerajaan benar-benar mahu menjalankan tanggungjawab, lebih mementingkan maruah undang-undang dan keselamatan negara daripada bermotif politik.
Kekeliruan mungkin timbul di kalangan pegawai Kementerian Dalam Negeri sendiri apabila kehendak politik mengatasi kehendak undang-undang ketika kerajaan ghairah hendak memberi kebebasan baru yang akibatnya sekarang menampakkan kerajaan mahu kembali mengawal media.
ULASAN PENULIS:
Memang sifat semula jadi manusia tidak akan puas dengan apa yang dikecapinya. Dalam konteks negara berbilang bangsa dan kepercayaan, kebebasan yang mutlak saperti yang diamalkan oleh sesetengah negara akan hanya membawa ketidakstabilan kepada negara. Lebih-lebih lagi masyarakat kita belum lagi sampai tahap kematangan yang tinggi dalam mengharungi perbezaan yang ada. Golongan yang berfikiran terbuka lebih kecil bilangannya dari yang suka mengikut emosi. Sebenarnya kebebasan telah pun dinikmati oleh masyarakat dengan perkembangan teknologi internet dan dasar langit terbuka. Persoalannya berapa ramaikah dari rakyat yang tahu menggunakan informasi ini secara berhemah dan tidak manipulasi berita tersebut? Dan adakah wajar ketenteraman yang dinikmati sekarang ini digadaikan semata-mata untuk memperjuangkan kebebasan?
sumber berita :
wikipedia bahasa Melayu.
Berita Harian.
No comments:
Post a Comment