Sunday, July 25, 2010

Mana perginya pemimpin Melayu pembangkang?


Pemimpin Melayu pembangkang diselar

KUALA LUMPUR 22 Julai – Pemimpin Melayu pembangkang diselar kerana langsung tidak berani bersuara bagi mempertahankan nasib orang Melayu Pulau Pinang yang kini teruk ditindas oleh DAP.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Sharipah Aminah Syed Mohd. berkata, para pemimpin Melayu pembangkang sanggup melihat bangsa sendiri diperkotak-katikkan oleh DAP demi kepentingan politik peribadi yang sempit.

“Ketepikan soal kepentingan politik. Ini bukan soal perjuangan politik sempit tetapi nasib bangsa Melayu yang ditindas. Mana semua pemimpin-pemimpin Melayu apabila rumah penduduk Kampung Jalan Pokok Asam akan dirobohkan, sedangkan dalam kes Kampung Puah Pala ia bermati-matian dipertahankan.

“Mana suara pemimpin Melayu pembangkang lain yang kononnya memperjuangkan bangsa, agama dan negara. Ini bukan soal rasis tetapi hak orang Melayu perlu dipertahankan,” katanya.

Beliau mengulas keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang yang akan menghentikan pembinaan rumah kos rendah semasa membahaskan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), di Dewan Negara, hari ini.

Ahli Majlis Jabatan Perumahan Pulau Pinang, Sim Tze Tzin seperti yang dipetik daripada sebuah akhbar berbahasa Inggeris berkata, pihaknya sedang merancang untuk menghentikan pembinaan rumah kos rendah yang berkeluasan kurang 700 kaki persegi (65 meter persegi).

Katanya, langkah itu bertujuan mengelakkan negeri tersebut dipenuhi pangsapuri yang kotor sehingga menimbulkan suasana tidak selesa kepada penduduknya.

ULASAN.

Sokongan ramai pengundi Melayu kepada pakatan pembangkang di Pulau Pinang yang diperolehi daripada pengaruh Pas terutamanya pada pilihan raya umum lalu, ternyata tidak diterjemahkan sewajarnya oleh DAP.

Malah Ketua Menteri, Lim Guan Eng sedikit demi sedikit mengkhianati suara pengundi terutama Melayu dan India. Banyak gerai penjaja Melayu dirobohkan. Penempatan Melayu juga menjadi sasaran. Kampung Buah Pala yang merupakan penempatan popular kaum India turut lenyap.

Perarakan Maulidur Rasul untuk umat Islam pernah dibatalkan. Sekatan terhadap media juga semakin ketara di Pulau Pinang termasuk ke atas akhbar terbitan Kumpulan Utusan. Kebebasan media dan keterbukaan yang dijanjikan semasa kempen pilihan raya umum, hanya palsu. Bukan setakat itu, Utusan Malaysia dilabelkan sebagai penjahat oleh Guan Eng hanya kerana tidak membawa aspirasi DAP (yang cenderung untuk merungkai Perlembagaan negara). Rasanya belum pernah ada mana-mana pemimpin di dunia melabelkan akhbar sebagai penjahat kecuali beliau. Bagi ramai pengamal media di negeri itu, Guan Eng tidak boleh dikritik. Beliau mudah melatah dan bertindak balas.

Awang juga masih ingat bagaimana Setiausaha Agung DAP itu pernah mendakwa Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock mati dibunuh sedangkan siasatan dan inkues hanya baru bermula. Kenyataan tersebut berbaur hasutan dan bercanggah dengan prinsip undang-undang.

Terbaru, beliau menghina dan memperlekehkan penjawat awam iaitu Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Nik Ali Mat Yunus secara terbuka berhubung isu curi pasir.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]