Oleh Jamhariah Jaafar
2010/07/16
PAS perlu mengambil tindakan tegas termasuk memecat individu yang jelas tidak lagi mendokong asas perjuangan parti tetapi membawa parti alternatif bangsa Melayu itu ke kancah perpecahan dan ketidaktentuan yang amat serius hari ini.
Individu ini saya gelar sebagai Anwarinas kerana menjadikan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) sebagai kiblat mereka. Mereka inilah yang mengorbankan asas perjuangan yang PAS dokong sejak sekian lama.
Penyokong Anwar dalam PAS ini bukan saja bersekongkol dengan DAP, bahkan banyak menonjolkan isu lain serta berkompromi dalam hal agama semata-mata kerana tidak mahu mengecilkan hati DAP.
PAS kena ambil tindakan tegas ke atas Anwarinas ini pecat saja mereka atau pindah ke PKR, tegas Ahli Parlimen Kulim Bandar Bahru, Zulkifli Nordin (Bebas) yang masih menganggap dirinya sebagai penyokong setia PAS, walaupun bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Zulkilfi ialah ahli PAS sebelum dipinjamkan untuk bertanding atas tiket PKR. Ahli Parlimen itu mengumumkan keluar PKR selepas tidak lagi sanggup terus berbohong dan berjuang atas dasar yang dianggap semata-mata untuk menyelamatkan manusia bernama Anwar Ibrahim.
Namun perasaan sayangnya pada PAS dan pendirian untuk menegakkan negara Islam masih tidak berubah. Beliau masih berkopiah walaupun ketika di Parlimen selain terus berceramah di surau dan masjid dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pendakwah.
Suara lantang Zulkifli sering mengecutkan perut kepemimpinan pembangkang kerana segala rahsia dan strategi terutama PAS serta PKR memang dalam genggamannya. Apatah lagi pernah menjadi peguam Anwar serta berada dalam kumpulan perancang dalam misi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Minggu lalu, Ahli Parlimen itu membetulkan gelaran yang paling wajar diberi kepada pemimpin PAS yang menjadikan Anwar sebagai kiblat perjuangan sebagai Anwarinas menggantikan perkataan Erdogan yang dianggap tidak tepat.
Baginya, panggilan Erdogan yang pernah digunakan bagi kumpulan penyokong Anwar sebenarnya tidak tepat. Erdogan di Turki walaupun dianggap sebagai Islam liberal tetapi tidak pernah bersekongkol dengan kafir dan tegas dalam pendirian serta perjuangan menegakkan agama Allah.
Apa yang paling saya bimbang ialah PAS semakin rosak jika terus mengekalkan semua Anwarinas ini. Kalau ikut perspektif, PAS masih menjadi alternatif orang Melayu. Namun keadaan itu semakin terhakis apabila ia mengubah haluan menerima agenda pakatan pembangkang dan hilang arah dalam agenda sendiri, katanya.
Zulkifli juga tidak menafikan semakin ramai pemimpin PAS terutama Ahli Parlimennya syok sendiri, melupakan asas perjuangan parti, rancak menukar penampilan diri dan mula mencari kekayaan peribadi.
Sebab itu saya panggil ini politik ngranimah selepas menang kita mula nampak harta rampasan, jawatan dan kedudukan.
Ini yang berlaku pada Perang Uhud. Rasulullah mengarahkan pasukan pemanah jangan berganjak walau apapun terjadi. Tetapi selepas berasa mencapai kemenangan dan nampak harta rampasan, pasukan itu meninggalkan kubu dan membiarkan tentera Islam diserang dari belakang. Tentera Islam kalah sebab harta perang.
Inilah politik ngranimah yang berlaku dalam PAS sekarang. Dulu kalau nak bertanding ramai tak mahu namun sanggup berkorban wang dan harta benda untuk perjuangan. Tapi sekarang, sampai jawatan pemeriksa kira-kira pun kena bertanding, busuk-busuk pun boleh jadi Ahli Majlis, semua ini gara-gara ngranimah, katanya.
Zulkifli juga menegur kepemimpinan PAS yang terlalu bergantung dengan DAP, seolah-olah tidak percaya dengan diri sendiri sehingga kelebihan yang ada tidak digunakan sepenuhnya.
Cuba PAS ambil contoh parti Liberal Demokrat di Britain, sebuah parti yang hanya menang kira-kira 20 kerusi tapi pemimpinnya boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dalam keadaan menjadi penentu, kelebihan yang ada pada PAS sebenarnya boleh membawa faedah terutama kepada dasar perjuangan Islam dan bangsa Melayu, tapi ini tidak berlaku.
Yang kasihan ialah pengikut akar umbi, mereka bimbang dan keliru dengan pendirian kepemimpinan PAS terutama membabitkan hal bertentangan dengan agama, katanya.
Ahli Parlimen itu turut menegur ramai pemimpin PAS yang bukan saja berubah perwatakan, bahkan cara berpakaian.
Dulu kalau ustaz PAS tak pakai kopiah, orang tak nak dengar ceramah. Tapi sekarang berapa ramai pemimpin PAS pakai kopiah?
Dalam Parlimen begitu juga, dulu masa baru menang ramai berkopiah, sekarang dia sendiri buka. Bukan saya kata kopiah itu penting, tapi pertukaran mentaliti (yang semakin kebendaan), tegurnya.
Rasa kesalnya turut berpanjangan kepada Dewan Ulama PAS kerana tidak lagi menegur pemimpinnya yang jelas terpesong daripada dasar perjuangan parti, sehingga membuatkan ramai ulama yang dulu menyokong parti ini mula menyepikan diri.
Antara paling dikesalkan apabila Dewan Ulama PAS tidak menegur pemimpin yang memaki hamun parti lawan terutama sesama bangsa dan agama.
Islam tidak mengajar kita memaki hamun. Saya tidak setuju golongan ulama seperti Dr Asri (Zainul Abidin). Walaupun Islam galakkan kita berpolitik, tapi ia tidak membabitkan dengan politik kepartian kerana kita kena berkompromi. Sebagai pendakwah, kita akan duduk di surau dan masjid, jadi kalau menyertai parti politik - hendak tak hendak kita terpaksa memihak.
Saya dulu masa dalam pakatan pembangkang juga melakukan perkara sama, tapi sekarang saya sudah insaf. Apabila meletakkan diri pada dasar moral yang tinggi, kita kena tunjuk contoh yang baik, kata Ahli Parlimen yang turut meletak harapan PAS dan UMNO boleh duduk di meja rundingan bagi kepentingan masa depan agama serta bangsa.

No comments:
Post a Comment