21 tahun rakyat Kelantan harung kepayahan, bosan janji kosong PAS
Oleh Nik Yahya Abdul Rahman
2010/06/04
UNGKAPAN ‘padan dah wey’ adalah paling sesuai dengan suasana kehidupan harian dan senario ekonomi rakyat Kelantan. Keresahan dan kepayahan diharungi masyarakat desa di kebanyakan kawasan pedalaman negeri itu cukup memilukan.
Kalau tidak percaya, sesekali masuklah ke kawasan kampung tradisional dan pedalaman. Mereka dahagakan pembangunan. Setidak-tidaknya seteguk air paip bersih, sekilau cahaya lampu elektrik dan sedering telefon pondok.
Tiada siapa menafikan kalau dikatakan bahawa keseluruhan rakyat Kelantan begitu memerlukan pembangunan. Bagi masyarakat bandar, mereka masih tidak berpuas hati dengan kemudahan awam di kawasan perumahan yang tidak terbela, tanah untuk bercucuk tanam sempit, pembetungan dan pembuangan najis tidak terurus, sistem perkumuhan yang tidak mesra alam, sistem saliran dan pembuangan sampah tidak teratur serta tebatan banjir tidak berkesan.
Bagi penduduk kampung pula, mereka memerlukan infrastruktur jalan raya untuk mereka keluar/masuk kampung dengan selesa. Namun, sistem pengangkutan awam terlalu daif, sistem komunikasi termasuk telefon dan internet yang hanya dinikmati mereka yang berada, peralatan, baja dan input pertanian yang rendah mutunya.
Malah, pusat pemasaran hasil pertanian tidak lengkap, bangunan sekolah dan peralatan belajar tidak terurus khasnya sekolah agama rakyat, kesihatan dan kawalan penyakit masyarakat desa yang masih tidak terjaga dan sistem sosial lemah kerana kerajaan PAS tidak menggalakkan masyarakat desa untuk beriadah dan menghilangkan penat lelah bekerja dengan permainan tradisional seperti wayang kulit, mak yong, menora, dikir barat dan permainan puteri.
Kehidupan rakyat Tanah Rendah Sekebun Bunga itu tidak teratur. Buktinya banyak kampung yang masih tidak menikmati bekalan api elektrik, bekalan air bersih dan perhubungan telefon yang baik. Ada yang masih terus menggunakan lampu pam (minyak tanah), meminum air perigi atau air sungai dan tidak ada pondok atau talian telefon.
Negara kita merdeka sudah hampir 53 tahun. Negeri lain yang diperintah Barisan Nasional (BN) terus bertambah maju. Contoh ialah Terengganu. Lihat saja bandar Jertih yang terletak hanya 25 kilometer (km) dari bandar Pasir Puteh, jauh lebih maju dalam semua bidang.
Bandar Jertih dan daerah Besut mempunyai pelbagai kemudahan awam antaranya Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM); Universiti Darul Iman Malaysia (UDM); Kompleks Perikanan LKIM Besut; pusat pertumbuhan baru dan gerai MARA; Maktab Rendah Sains Mara (MARA); Institut Kemahiran Mara (IKM); dua masjid besar lagi cantik; jalan raya menyelinap ke semua kampung; dua dewan orang ramai yang besar dan selesa; medan ikan bakar yang menyelerakan di Kuala Besut dan pusat pelancongan dunia semula jadi di Pulau Perhentian dan banyak lagi.
Berbanding bandar Pasir Puteh yang jauh ketinggalan di belakang. Bandarnya tidak teratur. Tidak ada tebatan banjir yang mampu membendung banjir; tidak mempunyai pasar besar yang kemas dan selesa dan bandarnya pula semakin sempit; stesen bas dan teksi yang daif – sekiranya hujan lebat menyusahkan pengguna dan orang awam.
Dalam pada itu, pemimpin PAS Pasir Puteh bercerita di sana sini dengan bangganya pembangunan pusat pertumbuhan pertanian dan pendaratan ikan Tok Bali yang terletak 15 kilometer dari bandar itu.
Kalau ada pembangunan di Tok Bali dan sekitarnya - itu kerja siapa? Kerajaan mana yang melaksanakan pembangunan itu? Apakah pembangunan yang ‘berjebak’ (melimpah ruah) di Tok Bali dilakukan kerajaan PAS? Jawapannya pelajar sekolah rendah pun tahu. Semuanya adalah usaha kerajaan BN yang ingin membangunkan rakyat Kelantan.
Sebagai anak Kelantan di perantauan, kita rasa malu dengan sikap pemimpin PAS. Kelantan masih pada tahap hanya cukup makan. Rakyat Kelantan khasnya penyokong PAS yang serba serbi kekurangan itu terus terlena dibuai dengan nyanyian yang melalaikan serta ceramah yang memutarbelitkan fakta agama dan syariah setiap hari oleh pemimpin PAS, termasuk juga PKR.
Itu baru satu jajahan, belum lagi kita tengok bandar Kuala Krai, Pasir Mas, Machang dan Tumpat. Begitu juga dengan Bandar Raya Islam Kota Bharu yang dibanggakan PAS yang begitu kotor dan berbau busuk.
Kita yakin pemimpin PAS mentakrifkan ‘pembangunan’ adalah kerja menaikkan atau membina bangunan. Bagi mereka, berpuluh gerai makanan dan masakan Thai yang berselerak di bandar Kota Bharu itu adalah pembangunan. Pada pandangan mereka, stesen bas dan teksi di Kota Bharu yang tidak pernah selesa dan menyakitkan mata memandang itu juga adalah pembangunan.
Selain itu, ramai rakyat Kelantan sudah bosan dengan pemimpin PAS yang selalu ‘cakap lain buat lain’. Selain itu, rakyat Kelantan juga bosan dengan wakil rakyat import. Mereka akan datang ke kawasan masing-masing sebagai ‘VIP’.
Rakyat tahu kemampuan wakil rakyat mereka hanya berceramah dan berjanji, tetapi kalau hendak pertolongan - sama ada untuk bantuan anak sekolah, kesihatan, kebajikan masyarakat atau bantuan zakat serta rumah PPRT, mesti kena berjumpa pemimpin UMNO dan BN.

ULASAN.
No comments:
Post a Comment