|
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata perkara itu mungkin berpunca daripada rasa tidak puas hati sesetengah pihak terhadap pemilihan AJK yang dibuat menerusi mesyuarat agung.
Mengulas lanjut, beliau berkata rasa tidak puas hati juga timbul berhubung pelaksanaan projek, sumbangan serta ketiadaan kerjasama antara mereka menyebabkan ada yang menjalankan tugas orang lain.
"Seperti contoh di Kuala Langat, ada orang beri sumbangan tidak melalui nazir dan bendahari tetapi terus beri kepada bilal dan bilal pula terus lantik kontraktor untuk melaksanakan projek. Bendahari dan nazir tidak tahu kerana tiada kerjasama. Sistem dan senarai tugas dah ada tetapi ada yang buat tugas orang lain.
"Sepatutnya bilal kena maklumkan bendahari dan nazir tetapi dia terus buat, ini menunjukkan tiada ketelusan. Banyak lagi sebab seperti penceramah, biro agama nak panggil orang ini, nazir pula tidak setuju," katanya.
Mereka sepatutnya melaksanakan tugas demi kepentingan agama, bukan kepentingan peribadi atau kelompok tertentu, katanya.
Mengulas perkembangan lain, Mohamed Khusrin berkata hanya sekitar 40 peratus penceramah yang berceramah di masjid dan surau negeri itu mempunyai tauliah manakala selebihnya sukar dipastikan kerana tidak menyertakan maklumat lengkap.
"Dari laporan yang kita terima dan kumpulkan dari semua masjid dan surau daerah, kita dapati ada borang membabitkan maklumat peribadi penceramah yang memberi ceramah tidak lengkap seperti tidak meletak nama penuh, kad pengenalan dan nombor rujukan tauliah," katanya.
bulan.
"Kita juga mengharapkan agar semua AJK membantu mereka yang tidak bertauliah supaya memohon tauliah bagi memastikan setiap perkara yang disampaikan oleh penceramah memberi kesan positif kepada perpaduan umat Islam," katanya
ULASAN.
Apa nak jadi dengan orang Islam di Selangor ini ? Nampaknya semakin kuat cabaran !Pakat-pakat tinggalkan saja PKR tu......masuk BN......
No comments:
Post a Comment