Thursday, August 5, 2010

NASIB ORANG PERAK.

Dua persidangan Dewan Undangan Negeri Perak sebelum ini agak kecoh.Kini drama yang sama berulang kembali. Ketika itu, Ganersan mengesan Nga Kor Ming (Pantai Remis) menggunakan kamera.Beliau kemudiannya mengarahkan bentara untuk merampas kamera berkenaan.Rakan-rakannya dari DAP, Ngeh Koo Ham, Thomas Su dan beberapa yang lain kemudian tampil dan mula bertengkar.Bagaimanapun perkara itu berjaya diselesaikan dengan kamera berkenaan tidak dirampas.

Selang beberapa minit kemudian, perwakilan Pakatan Rakyat mula menganggu jawapan Zambry dan ADUN BN pula membalas - menjadikan sidang kecoh seketika dengan pertikaman lidah kedua-dua pihak.Pertengkaran juga berlaku apabila ADUN Pakatan dengan sengaja merujuk speaker sebagai 'pengerusi' atau 'Datuk Ganesan' kerana tidak mengiktiraf kedudukan kerajaan negeri yang 'dirampas' itu.“Saya adalah speaker. Apabila berada di dewan ini, sila gunakan gelaran itu. Jika tidak saya akan ambil tindakan,” kata Ganesan.

Sumber : Malaysia Kini.

ULASAN.

Persoalannya sampai bilakah rakyat Perak akan menerima satu persidangan yang teratur bagi membincangkan masalah mereka. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa pembangkang masih belum dapat menerima keputusan bahawa pemerintahan mereka telah pun tamat. Kalau pun nak memerintah tunggulah sehingga PRU 13 nanti. Sikap dan tindakan pembangkang jelas menunjukkan mereka sendiri tidak berlaku adil kepada penyokong mereka sendiri.

Sepatutnya persidangan DUN adalah platfrom yang digunakan untuk menyelesaikan pemasalahan rakyat bukannya untuk menjayakan agenda parti masing-masing dan agenda peribadi. Pilihanraya dah pun dua tahun berlalu kini masanya untuk berkerja untuk rakyat dan pengundi yang memilih mereka. Kepada rakyat Perak rasanya sudah tiba masanya untuk mereka buat pertimbangan dan penilaian secara wajar, adakah ini yang mereka mahukan?

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]