Thursday, August 5, 2010

SSDE VS SKS

Umno Selangor akan menganjurkan 19 program ceramah sempena program 'Roadshow' Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) bermula esok sehingga 8 Ogos depan.Program ceramah itu merangkumi 19 bahagian Umno di negeri itu yang bermula dengan bahagian Shah Alam.

Roadshow SSDE bertujuan untuk menjelaskan mengenai pembohongan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat terhadap rakyat di Selangor.Melalui program ini kita akan berceramah dan berkomunikasi secara terus dengan rakyat Selangor bagi menerangkan isu seperti penyelewengan pasir dan isu membabitkan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Program SSDE fasa satu itu akan memberikan gambaran lebih jelas kepada rakyat Selangor mengenai isu-isu kontroversi termasuk membabitkan dakwaan penyelewengan anggota pentadbiran, tadbir urus anak syarikat yang buruk dan isu peribadi serta moral pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat.

Kini giliran Pakatan Rakyat pula membuat serangan balas bagi menjawab isu-isu yang dibangkitkan dalam 19 siri ceramah sepanjang kempen tersebut. Menariknya, penerangan balas kerajaan Pakatan melalui Skuad Komunikasi Selangor (SKS) akan dimulakan pada hari pertama umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan - dijangka 11 Ogos.

"Kita (Pakatan) akan mulakan kuliah di masjid-masjid seluruh Selangor. Kita akan edarkan risalah penerangan. "Paling kurang pun, kita minta buat tazkirah sekurang-kurangnya 30 minit," kata pengarah penerangan di pejabat menteri besar Selangor Badrul Amin Bahron.

Kerajaan negeri mengumumkan peruntukan RM15 juta untuk tujuan penerangan negeri, pihaknya akan menaikkan edaran akhbar negeri Selangorkini berkali ganda bagi menjawab dakwaan pembangkang negeri. "Daripada 60,000, kita jangkakan meningkat kepada 300,000 naskhah diedarkan selepas hari raya Adilfitri nanti," katanya penceramah terkenal itu yang juga ahli majlis pimpinan pusat PKR.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Badrul berkata pihaknya memilih membuat penerangan di masjid-masjid sepanjang bulan Ramadan memandangkan pada masa itu ramai umat Islam berkumpul bagi beribadat.

sumber : Malaysia kini

PANDANGAN PENULIS.

Nampaknya masyarakat Selongor berpeluang mendengar ceramah,hujah dari kedua-dua pihak mengenai isu-isu yang berbangkit di Selangor sejak PR memerintah. Yang pastinya satu pihak akan mempertahankan hujah masing-masing dalam mempertahankan kebenarannya atau sebaliknya. Sekali lagi penggunaan masjid untuk tujuan politik tidak dapat dielakkan walaupun sudah ada arahan yang melarangnya. Bulan Ramadan kali ini lebih panas dari sebelumnya sedangkan diwaktu inilah umat Islam digalakkan mempertingkatkan ibadat masing-masing. Wajarkah ianya dilakukan dalam bulan yang mulia ini? Dapatkah penceramah menahan perasaan marah, mengata dan sebagainya? Serta wajarkah ketika umat Islam sedang berpuasa perkara-perkara begitu berlaku?


No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]