Wednesday, August 4, 2010

NIK AZIZ ASALNYA ADALAH UMNO.

2. Fahaman Nik Aziz tentang politik ternyata masih dangkal apabila beliau hanya mampu melihat UMNO dan Barisan Nasional sebagai parti berasaskan kaum semata-mata. Sedangkan Barisan Nasional merupakan lambang kesepakatan rakyat Malaysia yang wujud secara bersama dan bergerak di atas dasar-dasar yang dipersetujui bersama. Maka orang Islam di Malaysia sewajarnya merasa bertuah kerana kesepakatan ini dipimpin oleh organisasi Melayu yang beragama Islam yakni UMNO. Walaupun kesepakatan BN itu tidak semestinya sama dengan pembentukan kerajaan Islam Madinah (kerana pemilihan pemimpin adalah melalui pilihanraya dan bukan konsep musyawarah), tetapi kesepakatan yang dipersetujui Umno dan parti komponen BN adalah mirip dengan apa yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu pembentukan kerajaan berasaskan toleransi dan hormat kepada kepelbagaian yang wujud dalam sesebuah negara. Dan hukum Tauhid secara jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 3 yakni Islam Agama Persekutuan. Ertinya kedudukan Islam bukan sahaja diterima oleh bangsa Melayu, malah kaum Cina dan India turut memperakui perkara ini apabila wakil-wakil mereka bersetuju dengan kandungan perlembagaan yang telah termaktub sebelum merdeka.

3. Ketahuilah wahai penyokong Pas bahawa menurut sumber, Nik Aziz yang kamu puja itu asalnya adalah ahli Umno kawasan Bachok pada 196oan. Tetapi disebabkan tidak berpeluang memegang sebarang jawatan, maka beliau beralih arah kepada Pas. Sama perihalnya dengan pengasas Pas iaitu Ahmad Fuad, yang menubuhkan Pas rentetan tidak berpuas hati disebabkan tewas 46 undi kepada Tunku Abdul Rahman ketika bertanding jawatan Presiden Umno pada 1951. Dan British kemudiannya mengambil kesempatan meluluskan pendaftaran parti Pas semata-mata kerana ingin memecah-belahkan Melayu yang ketika itu bersatu teguh di bawah Umno. Pas ternyata berperanan sebagai 'duri dalam daging' tinggalan British kepada bangsa Melayu di negara ini.

4. Umno adalah parti Islam dan disebabkan itulah Umno menjadi wadah pertama perjuangan Nik Aziz sebelum mendaftar sebagai ahli Pas. Maka benarkah hakikatnya bahawa Nik Aziz adalah seorang hipokrit + munafik?

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]