SETELAH menyedari masyarakat Melayu semakin menolak Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ramai pemimpinnya keluar parti, Anwar Ibrahim kini agresif untuk memujuk semula Melayu. Awang mendapat tahu pemimpin utama PKR itu mengadakan beberapa ceramah termasuk apa yang dinamakan Ketuanan Melayu antaranya di Perak, baru-baru ini. Tajuknya sahaja sudah mengelirukan. Kita tahu pendirian Anwar yang menolak ketuanan Melayu. Bukan itu sahaja struktur politik Melayu dan institusi Melayu sedang dirungkai oleh beliau demi untuk mendapat kuasa. Bangsa dan agama menjadi taruhan. Pada Awang, Anwar tidak lagi menjunjung Perlembagaan, yang beliau dan DAP mahu menulisnya semula. Ramai yang setuju beliau adalah ikon pengkhianatan dalam sejarah moden bangsa dan agamanya. Lebih menarik dalam ceramah Ketuanan Melayu itu, Anwar turut mendakwa sekarang adalah zaman syaitan kerana banyak kelemahan di bawah pentadbiran Barisan Nasional. Awang hanya senyum. Siapa sebenarnya yang berperangai dan bermuslihat seperti syaitan? Tidak perlu ulas panjang. Fikirkanlah siapa 'syaitan' itu yang sentiasa berusaha mengkucar-kacirkan negara dengan pelbagai helah dan hipokrasinya. Awang sudah lama waspada. |
Sunday, August 8, 2010
Zaman Syaitan
Label:
POLITIK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment