AMK MUAR BERGOLAK!!!!!!!!!!!!!!!50 PKR members quit, move to Umno By FARIK ZOLKEPLI MUAR: A total of 50 members from Muar PKR division resigned and joined UMNO. Muar PKR Youth vice chief Razali Jaafar, who represented the defecting members, handed their Umno membership forms to Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin here on Saturday after the grand 'nasi ambang' ceremony in Kampung Parit Tengah. Also present was Johor Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman. Gempar : Giliran ahli AMK Muar pula keluar PKR!!! (updated) pada 3/27/2010 11:22:00 PM Dicatat oleh Aspirasi Tamparan buat PKR... kini PKR Muar pula tempang.. Sedang PKR nak hadapi Pilihanraya Kecil di Hulu Selangor!!! Mengetuai beberapa ahli AMK Muar, Razali Jaafar telah keluar bersama 50 ahli dari Parti Kelantong Rakyat (PKR) dan menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Timbalan Presiden UMNO di Kg Parit Tengah, Muar.. Semakin ramai ahli PKR yang keluar Parti menunjukkan ketidak yakinan mereka kepada kepimpinan PKR khasnya ANUwar ALjuburi yang mempunyai masalah moral dan juga benka DAP dan Yahudi!!! PKR bukanlah parti perjuangan.. banyak kurap terselindung oleh pemimpin PKR.. oleh itu kurap-kurap ini perlu didedahkan supaya rakyat kenal dengan jelas siapa itu Aljuburi dan Parti Kelentong Rakyat!! PKR adalah parti memperjuangkan individu tertentu semata-mata, dalam kes Liwat Aljuburi.. kita lihat bagaimana ALjuburi 'melobi' rakan mereka di peringkat antarabangsa supaya kes ini digugurkan kerajaan.. Siapakah rakan Aljuburi ini, Michael Danby seorang yang pro GAY.. jadi tidak pelik dia mempertahankan Aljuburi kerana mereka sama 'jenis'... Mereka mendesak kerajaan Malaysia supaya gugurkan kes liwat sedangkan kesnya ialah antara Saiful yang diliwat oleh Aljuburi.. Saiful yang buat laporan polis.. fakta kes liwat ini bukanlah antara Kerajaan Malaysia diliwat ANuwar.... tetapi saiful.. mereka patut minta saiful gugurkan kes.. kenapa minta kerajaan Malaysia yang tiada kena mengena... PKR adalah mengenai Aljuburi.. dulu kini dan selamanya.. itulah perjuangan PKR.. jika rakyat faham apakah PKR mereka akan sedar bahawa PKR hanya memperbodohkan rakyat Malaysia yang kononnya berjuang atas dasar keadilan... Jadi bila anda mahu keluar dari PKR!!! keluar sekarang sebelum ter'liwat'!! JAWAPAN AMK MUAR.... ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG MUAR menafikan dan mengutuk sekeras – kerasnya berita penghijrahan 50 anggota AMK MUAR. Perkara ini merupakan satu bentuk fitnah jahat yang bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti dan kekuatan AMK MUAR yang semakin hari semakin mantap dan dipercayai oleh rakyat Muar untuk memimpin harapan mereka. ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR menegaskan bahawa ini adalah satu lagi usaha terdesak dan bacul UMNO / Barisan Nasional Muar. Tiada perkara seperti ini berlaku di dalam organisasi kami. Hanya 3 orang anggota AMK MUAR yang bermasalah melompat bukan 50 orang seperti yang digembar – gemburkan oleh media iaitu Razali Bin Jaafar atau lebih dikenali oleh pengusaha kedai menjual kereta dan pembeli – pembeli tertipu sebagai “Zali Allright” atau “Zali Confirm”, Bekas Naib Ketua 1 AMK MUAR dan 2 lagi anggota. Daripada sumber – sumber yang dekat dengan Saudara Razali Jaafar mengesahkan bahawa 50 orang lagi itu adalah merupakan ahli baru UMNO dan bukannya anggota ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG MUAR. Juga, Saudara Razali ini memang telahpun giat mengedar borang keahlian UMNO kepada penduduk sekitar yang bukan ahli Parti Keadilan Rakyat Cabang Muar mahupun AMK MUAR. Ini adalah merupakan satu bentuk pembohongan dan publisiti murahan UMNO / Barisan Nasional Muar. AMK MUAR dengan tegas mencabar Saudara Razali Jaafar untuk memberikan bukti atau Nombor Keahlian 50 orang ini. Jangan hanya bercakap tanpa di iringi bukti sahih. Saudara Razali Bin Jaafar bukanlah anggota yang aktif. Juga, beliau bukanlah seorang Naib Ketua yang baik dan bertanggungjawab malahan kehadiran beliau ke majlis – majlis atau program – program anjuran parti atau AMK MUAR juga boleh dihitung. Ramai anggota AMK MUAR dan PKR Cabang Muar tidak mengenali beliau. Jadi, mana mungkin AMK MUAR menjadi tempang tau lumpuh oleh kerana pembelotan 3 orang anggota yang tidak pernah aktif, tidak pernah melaksanakan tanggungjawab dan berjuang untuk parti dan rakyat. ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR tidak sesekali terjejas dengan perbuatan tidak bermaruah 3 orang katak ini sebaliknya AMK MUAR semakin kukuh dan mantap oleh kerana berlakunya proses pemutihan keanggotaan yang sedang berlaku di dalam kepimpinan dan keanggotaan AMK MUAR. Ini merupakan usaha terdesak UMNO/Barisan Nasional Muar yang semakin hari semakin ditolak rakyat. Sewaktu mereka semakin ditolak rakyat, AMK MUAR telah pun menjadi pemangkin wadah perjuangan rakyat yang menjadi harapan masyarakat Muar. Juga, ini adalah bukti ataupun dalil bahawa ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR semakin digeruni UMNO/Barisan Nasional Muar. Walaupun jumlah anggota kami tidak seramai mereka, tetapi usaha dan suara kami benar – benar menyusahkan mereka. Apa yang dapat disimpulkan dari peristiwa ini adalah langkah – langkah dan usaha berterusan ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR telah menjadi igauan ngeri UMNO/Barisan Nasional Muar, Muhyiddin Yassin dan Razali Ibrahim. Ini juga membuktikan mereka telah ketandusan idea untuk berhadapan dengan kemaraan ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR yang semakin diterima oleh rakyat Muar tidak kira golongan muda ataupun veteran sehingga mewajarkan tindakan bebal membeli 3 anggota AMK MUAR yang bermasalah, tiada kredibiliti, lemah semangat perjuangan dan ditolak oleh AMK MUAR dan rakyat Muar. Jadi, ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR sekali lagi dengan tegas mencabar Saudara Razali Jaafar untuk membuktikan bahawa 50 orang yang didakwa anggota AMK MUAR itu sememangnya anggota berdaftar. Sila serahkan nombor keahlian mereka. UMNO/Barisan Nasional Muar, kalau benar mahu bertempur, bertempur seperti pejuang sejati bukan dengan gaya sumbang dan lembik seperti ini. Di kesempatan ini juga, ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR mengecam dan membidas usaha – usaha beberapa pihak untuk menghalang dan mengagalkan majlis Mesyuarat Agung Tahunan Parti Keadilan Rakyat Cabang Muar daripada diadakan pada 27 Mac 2010 dengan mensabotaj dan memulangkan semula notis Jemputan Mesyuarat pada hari Jumaat yang lepas. Ini sekaligus membuktikan betapa keupayaan PKR MUAR dalam meraih restu dan sokongan masyarakat Muar. Juga, ini merupakan petanda jelas betapa tempoh hayat UMNO/Barisan Nasional untuk menguasai kerusi Parlimen P146 Muar semakin pendek dan malap. ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR dengan ini menegaskan bahawa sebarang usaha – usaha bebal ini tidak akan mematahkan semangat kami untuk membebaskan rakyat Muar daripada pemerintah zalim, korup dan rakus. ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR tidak akan dan tidak pernah gentar dengan permainan politik sakai dan murahan UMNO/Barisan Nasional. Hari ini kamu merompak 3 anggota ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR yang bermasalah tetapi kami sedikitpun tidak merasa tergugat malahan kami amat yakin bahawa akan muncul lagi 300 anak muda Muar yang kukuh semangat perjuangan menentang UMNO/Barisan Nasional. Pimpinan UMNO/Barisan Nasional jangan suka bersembunyi di belakang punggung Saiful Bukhari. Kalau benar perjuangkan rakyat, ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR MENCABAR RAZALI JAAFAR ATAU YB RAZALI IBRAHIM, AHLI PARLIMEN MUAR UNTUK TURUN BERDEBAT DI MANA – MANA PADA BILA – BILA MASA. Kami ANGKATAN MUDA KEADILAN tidak pernah gentar dan takut menentang kezaliman dan kerakusan Penguasa. Sekian, “AMK MUAR PENCETUS REVOLUSI” Ahmad Anwar Asyraf Bin Ismail Pemangku Ketua, Angkatan Muda Keadilan Muar Kepada ahli-ahli AMK Muar - Cuba anda semua amati sedalam-dalam nya tidakkah ini juga bakal berlaku kepada anda. Sebagai pendukung domekrasi tulen, mengapa mereka begitu marah kepada ahli-ahli AMK Muar yang keluar dari parti tersebut. Terimalah dengan hati dan minda yang terbuka. Semasa mereka berada dalam PKR dahulu tak pun semua kekurangan dan kelemahan di buka untuk tatapan umum sebaik sahaja keluar PKR semuanya di buka. Adakah ini satu lagi kelemahan yang ingin disorok oleh pemimpin AMK Muar.... EKORAN DARI ITU..... AMK Muar ajak Razali debat isu rakyat Harakahdaily MUAR, 2 April: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Muar mengajak Timbalan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Datuk Razali Ibrahim berdebat secara terbuka berhubung pendirian AMK dan Pemuda Umno mengenai pelbagai isu rakyat khususnya kes Kampung Desa Pinggiran, Kempas, Johor Bahru yang tidak mendapat pembelaan sepenuhnya. Debat itu juga bagi mendengar pandangan Pemuda Umno berhubung isu gagasan 1Malaysia yang tidak senada dengan pendirian Umno selama ini. Umno dilihat sebagai sebuah parti yang memperjuangkan orang Melayu sedangkan Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dilihat lebih selari dengan manifesto dan dasar Pakatan Rakyat. Untuk tujuan itu, AMK Muar menghantar satu surat jemputan rasmi program Pentas Anak Muda-Debat Perdana ke pejabat Razali di Pusat Khidmat Parlimen Muar, Parit Jawa dan diterima pembantu khas Razali, Zulkifli petang semalam. Debat perdana bertajuk ‘Ketuanan Melayu vs Ketuanan Rakyat’ akan diadakan pada 8 Mei 2010 dan akan menemukan dua orang pemimpin pemuda nasional iaitu Razali sendiri yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan Fariz Musa, Timbalan AMK Malaysia. Pemangku Ketua AMK Muar, Ahmad Anwar Asyraf Ismail dalam satu kenyataan berkata, AMK Muar berharap agar Razali bersetuju dan berani menerima pelawaan itu. Dalam pada itu, AMK Cabang Muar turut mengutuk keras tindakan tiga orang bekas Ahli Jawatankuasa AMK Muar yang rela diperkudakan Umno/BN Muar dalam menabur fitnah kononnya 50 orang anggota AMK Muar telah keluar parti. "AMK Muar menafikan fitnah tersebut dan sedang mengkaji bentuk tindakan yang akan diambil dalam masa terdekat, termasuk juga tindakan undang-undang terhadap Razali Jaafar terhadap tindakan beliau yang mencemar kredibiliti dan nama AMK Muar," katanya. AMK Muar juga memaklumkan, pada 28 Mac yang lepas, Notis Mesyuarat Agung PKR Muar yang telah diposkan dikembalikan semula oleh Pejabat Pos Daerah Muar. AMK Muar bimbang perbuatan itu mempunyai unsur-unsur sabotaj. Oleh itu, mereka menyeru agar agensi-agensi kerajaan tidak bersifat bias. RUMUSAN: Pelbagai peristiwa yang melanda parti PKR sekarang ternyata menarik minat ramai pihak. Usia parti yang terlalu muda, pengalaman kurang, emosi para pemimpin , ahli ternyata membawa padah sewaktu ranting dan cabang PKR menghadapi persidangan tahunannya. AMK Muar tidak ketinggalan. Ternyata kini ahli-ahli mereka telah pun tersedar dari lamunan mereka selama ini yang didendangkan dengan lagu retrorik pemimpin mereka. Adakah ini hanya untuk menyorokkan masalah yang dihadapi dengan mengajak Datuk Razali untuk berdebat. Dicadangkan agar AMK Muar berdebat dengan pimpinan mereka sendiri untuk menyelesaikan isu tersebut. Ataupun nak lari dari isu sebenar? |
Wednesday, September 29, 2010
AMK MUAR BERGOLAK!!!!!!!!!!!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment