随着媒体揭发国家干训局副总监哈敏胡先(Hamim Husin)发表种族性言论,内阁今日指示政府首席秘书西迪哈山彻查此事。 内阁深感失望遗憾 人力资源部长苏巴马廉(右图)今午出席内阁会议后,向媒体转述内阁这项决定。 根据《马新社》报道,苏巴马廉表示,内阁对于哈敏胡先被指发表种族性言论,深表失望及遗憾。 “内阁指示西迪哈山彻查此事是否属实,我们现在只有一个网站的报道,声称干训局副总监发表种族性言论,这还不足以让当局采取行动对付他。” 指华人是“丹凤眼” 哈敏胡先是被指在巫统女青年团闭门会议中发表种族歧视言论,称呼华人是“丹凤眼”(si sepet),而印度人则是“酒徒”(si botol),结果掀起朝野讨伐。 除了在野党竞相发表文告抨击干训局外,就连马华、民政与印度国大党等国阵成员党,都促请政府全面检讨国家干训局课程,并对付哈敏胡先。 马华总会长蔡细历昨日即说,任何人发出极端的种族与宗教言论,就应该受到国家法律的对付,包括哈敏胡先与之前发表“回中国论”的两名校长都不能例外。 他表示,如哈敏胡先之辈,显然不知道到底是人 民投票决定谁是政府的事实。
" RASISME adalah kepercayaan dan manifestasinya dalam bentuk tindakan seperti perkataan, penulisan, prinsip, perbuatan dan budaya yang tidak adil oleh suatu bangsa terhadap bangsa lain yang tinggal di dalam satu daerah atau kawasan yang sama. Tindakan tidak adil termasuklah MENGHINA, MENCACI, MEMALUKAN, MENGABAIKAN, MEMINGGIRKAN, MERUGIKAN, MEROSAKKAN dan MENYAKITKAN. Tindakan tidak adil tersebut dilakukan samada bersendirian atau secara kumpulan. Tindakan tersebut mendapat keredaan budaya setempat dan tiada tindakan serius untuk menghentikannya." Siapa sebenarnya yang rasis?- UM 07/09/2008
"Rasis" dan "perkauman" telah lama menjadi istilah yang mengikat orang-orang Melayu daripada bercakap tentang kepentingan Melayu. Dua istilah ini sekaligus menjadi fobia kepada orang Melayu, mereka bimbang kalau apa yang dikatakan terjebak dalam erti rasis atau perkauman. Kalau ini berlaku, fikir mereka, sudah tentu akan menyinggung perasaan kaum lain yang datang kemudian tetapi diterima menjadi rakyat negara ini. Bagaimanapun dari sudut lain, fobia dilabel dua istilah ini pula membuka laluan kepada kaum lain bertindak sebaliknya kepada orang Melayu. Sebenarnya kedua-dua istilah ini tidak ada dalam perbendaharaan kata adat dan berbudaya orang Melayu. Orang Melayu tidak diajar untuk berlaku rasis kepada kaum lain, biar pun kaum yang datang kemudian itu membawa maksud pendatang. Dalam budaya dan tradisi Melayu, tetamu tetap dirai, silap dan lantangnya pula terpaksa ditelan dengan senyum dan bermanis muka. Inilah orang Melayu. Sejak turun temurun mereka diasuh mendahulukan yang datang seperti kata bidalan, orang asing yang singgah kekenyangan, anak di rumah mati kelaparan. Dalam konteks politik, orang Melayu berpesan kepada diri sendiri supaya memegang etika sebagai tuan rumah. Tetapi pada masa yang sama, sesetengah pihak dalam kalangan kaum yang datang ke negara ini tidak membawa budaya pendatang yakni menjaga hati tuan rumah. Tetapi apalah gunanya menjadi tuan rumah kalau terlalu kerap disuruh beralah dengan gelagat orang asing yang datang ke rumah mereka? Sebenarnya orang Melayu di negara ini sudah lama dimangsai oleh dua istilah di atas yang dilabelkan dengan sewenang-wenangnya kepada kepada orang Melayu yang menyuarakan tentang hak mereka. Ketidakadilan menggunakan label ini sangat jelas apabila rasis tidak dirujuk kepada kaum lain, melainkan orang Melayu. Persoalannya benarkah orang Melayu rasis ketika ada kaum lain yang berarak dan membuat keganasan di jalan-jalan raya mempertikaikan hak orang-orang Melayu? Isu Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Pulau Pinang, Datuk Ahmad Ismail yang menganggap orang Cina sebagai "pendatang" memberi peluang terbaru untuk melabelkan orang Melayu sebagai rasis. Ahmad Ismail "diserang" bertalu-talu oleh parti Gerakan, sebuah parti yang duduk bersama UMNO dalam Barisan Nasional (BN). Gerakan yakni orang Cina menuntut Ahmad Ismail meminta maaf kerana menganggap orang Cina sebagai pendatang. Gerakan melabelkan Ahmad Ismail sebagai rasis dan kecinaan Gerakan pun semakin terserlah apabila mahu mengkaji semula kedudukan parti itu dalam BN. Label rasis begitu mudah digunakan untuk merujuk tindak tanduk orang Melayu yang menyebut asal usul orang Cina di negara ini. Padahal dalam konteks sejarah apa yang disebut oleh Ahmad Ismail itu memang tertulis kebenarannya. Dalam sebuah kampung yang dihuni oleh orang Melayu bukanlah suatu fenomena yang luar biasa kalau ada sebuah kedai runcit Cina yang begitu maju perniagaannya. Siapakah yang memajukan perniagaan kedai runcit ini kalau bukan semua orang Melayu di kampung berkenaan? Kalau benar orang Melayu mengamalkan racisme, percayalah tidak ada kedai India atau Cina di kampung-kampung Melayu. Orang Melayu tidak ada masalah untuk berurusan jual beli di kedai milik Cina dan sikap ini bukan dibuat-buat sebaliknya memang menjadi amalan sejak dulu lagi. Sikap terbuka Di pekan atau bandar-bandar pula, sebahagian besar kedai dimiliki oleh orang Cina dan segelintir saja dimiliki orang Melayu. Orang Cina tidak pergi ke kedai orang Melayu seperti orang Melayu berduyun-duyun ke kedai Cina. Malah sikap terbuka orang Melayu ini juga banyak membunuh perniagaan orang Melayu di pekan dan bandar-bandar besar apabila orang Melayu pilih kedai Cina dan orang Cina pilih kedai kaumnya. Itu pun orang Melayu tetap dianggap kaum yang mengamalkan racisme terhadap kaum lain. Nampaknya orang Melayu tidak boleh lagi berterusan mengambil langkah yang apologetik semata-mata untuk mengambil hati kaum-kaum lain di negara ini. Apa saja yang menyentuh kepentingan orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini dan yang terkandung dalam Perlembagaan perlu terus diperjuangkan. Orang Melayu perlu mempunyai keberanian untuk menangkis pihak lain yang menggunakan istilah rasis dan perkauman untuk menutup hujah mengenai orang Melayu. Malah orang Melayu perlu menyerlahkan keberanian untuk tidak menjadikan Perlembagaan sebagai kitab usang. Caranya ialah dengan tidak membiarkan pihak lain dengan mudah memanipulasikan sentimen yang menjuruskan kepada rasis sesuatu kaum. Isu Ketua UMNO Bukit Bendera ini perlu dijadikan titik penting untuk orang Melayu bangun menangkis sikap honar sesetengah pihak yang membakar api kaum di negara ini. Tentu banyak yang masih ingat kenyataan seorang anggota Gerakan ketika Hindraf melancarkan demonstrasi besar-besaran di jalan-jalan utama di Kuala Lumpur dulu. Katanya, memang benar dasar UMNO menjadikan orang India di negara ini hidup terpinggir. UMNO itu Melayu dan menuduh dasar UMNO dengan sendirinya mengaitkan kononnya amalan rasis dilakukan oleh orang Melayu ke atas orang India di negara ini. Malangnya UMNO tidak agresif seperti yang dilakukan Gerakan dalam isu Ahmad Ismail. Ini satu kegagalan UMNO menangani isu yang dijuruskan kepada rasis. Tolong tanya kepada Gerakan, apakah tindakan yang diambil ke atas anggota Gerakan berkenaan yang bukan saja bertentangan dengan amalan Barisan Nasional tetapi lebih bahaya lagi menyalakan api rasis antara Melayu dengan India. Adakah orang Melayu masih dianggap rasis selepas orang India dalam Gerakan menuduh dasar sebuah parti Melayu mengamalkan racisme hingga mereka terpinggir daripada pembangunan? Orang Melayu mesti membetulkan tanggapan begini supaya sejarah tidak terus ditipu kononnya Melayu itu rasis. Dalam masa yang sama adakah Hindraf yang dengan terang terang berkata mereka memusuhi UMNO itu bukan rasis dan orang Melayu masih boleh duduk diam tanpa berbuat apa-apa? Memusuhi UMNO adalah memusuhi Melayu kerana UMNO itu parti Melayu sekali pun tidak semua Melayu berada dalam UMNO. Adakah satu kaum mengakui secara terbuka memusuhi kaum lain masih tidak dianggap rasis? MIC sebuah parti komponen Barisan Nasional. MIC dianggotai oleh orang India. Hindraf sebuah pergerakan haram juga dianggotai oleh orang India. Tetapi apabila ada beberapa orang kuat Hindraf ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), MIC dan Hindraf mendesak kerajaan membebaskan kaum mereka yang ditahan dalam ISA. Tahanan ISA bukan saja terdiri daripada orang India. Orang Melayu lebih banyak ditahan di bawah ISA. Tetapi orang Melayu tidak pula mendesak kerajaan membebaskan tahanan Melayu di bawah ISA atau menganjurkan "parti hari jadi" anak tahanan ISA di lobi bangunan Parlimen. Tindakan memperjuangkan nasib orang India saja yang ditahan di bawah ISA adalah menjurus kepada racisme, yakni memperjuangkan kepentingan satu kaum saja. Tetapi orang Melayu masih "berbudi bahasa" dan tidak melabelkan tindakan MIC dan Hindraf itu sebagai rasis. Toleransi Di Selangor pula misalnya terdapat 700,000 orang beragama Hindu tetapi mereka mempunyai lebih 1,000 buah kuil. Padahal orang Islam di Selangor berjumlah empat juta orang tetapi hanya mempunyai 380 buah masjid. Sekiranya orang Melayu rasis, sudah tentu di Selangor tidak akan ada 700 kuil kalau melihat nisbah dengan jumlah masjid dan orang Islam. Semua ini berjalan lancar kerana toleransi orang Melayu yang faham peri pentingnya agama lain kepada kaum lain. Kaum lain tidak perlu sengaja membuat andaian salah terhadap orang Melayu, kononnya Melayu kaum yang rasis dan penindas kepada kaum lain. Buktinya, dalam sejarah dan ketamadunan Melayu tidak mencatatkan Melayu sebagai penakluk. Lihatlah mana-mana catatan sejarah sekali pun, adakah mencatatkan bahawa orang Melayu menjadi penakluk seperti bangsa-bangsa lain di dunia? Kalau dilihat di luar konteks negara, dunia Melayu bukanlah sempit dan tidak berpengaruh. Tetapi memilik pengaruh besar tidak pernah menjadikan Melayu sebagai bangsa penakluk seperti sekian banyak penjajah yang menjajah negara ini. Jadi, orang Cina dan India perlu mengakui bahawa label rasis yang diberikan kepada orang Melayu sebenarnya membongkar sikap rasis mereka sendiri. Toleransi orang Melayu sebenarnya hingga ke peringkat memakan diri. Semua ini tentunya dilakukan demi keamanan dan kestabilan politik di negara yang dihuni oleh pelbagai kaum ini. Apa lagi yang perlu orang Melayu korbankan supaya tidak dianggap rasis oleh orang bukan Melayu? Hinggakan menghunus keris yang menjadi salah satu daripada resam budaya Melayu tidak boleh dilakukan kerana orang Cina mentafsirkan keris itu melambangkan keganasan. Dalam budaya Melayu menghunus keris tidak ada kena mengena dengan mengamuk atau rasis terhadap kaum lain. Maka berkorbanlah orang Melayu memohon maaf kerana menghunus keris. Sebenarnya cerita tentang keris ini sangat sukar dipercayai tetapi begitulah realitinya yang terpaksa dihadapi oleh orang Melayu bagi menjaga keharmonian hidup di negara ini. Kaum lain kena ingat, orang Melayu adalah manusia biasa yang mempunyai tahap kesabaran yang sama dengan orang lain. Sekiranya terlalu banyak provokasi yang melabelkan Melayu seolah-olah kaum yang rasis, sudah tentu suatu perasaan yang tidak baik wujud di antara pelbagai kaum di negara ini. Orang Melayu sebenarnya sangat terbuka. Lihatlah apabila ada anak muda Melayu yang membakar bendera Jalur Gemilang dalam kejadian di Batu Buruk, Terengganu, anak-anak muda itu menerima hukuman dan orang Melayu menerima dengan hati terbuka. Tetapi hati mereka remuk apabila seorang remaja Cina yang berada di luar negara menghina lagu Negaraku dengan mengubah lirik yang membawa maksud buruk tidak dikenakan apa-apa tindakan. Anak muda Melayu membakar Jalur Gemilang hanya disaksikan segelintir penduduk di Batu Buruk, tetapi lirik lagu Negaraku yang diubah dapat diakses di seluruh dunia menerusi Internet. MCA dan Gerakan juga mengkritik tindakan yang paling tidak patriotik itu tetapi nadanya sangat lembut dan akhirnya isu itu selesai tanpa penyudah. Maka kepada isu Ahmad Ismail di Bukit Bendera, ketegasan untuk tidak memohon maaf perlu dihormati serta difahami oleh Gerakan. Hanya baru sekali ini orang Melayu bertegas, selepas banyak kali orang Melayu mengorbankan perasaan mereka untuk menjaga hati kaum lain. Kenyataan bahawa kedudukan kaum lain tidak sama dengan bumiputera di negara ini bukanlah luar biasa. Malah dalam Perlembagaan juga ada peruntukkan tertentu yang tidak diberikan kepada kaum lain. Mempertikaikan kenyataan Ahmad Ismail sama dengan mempertikaikan Perlembagaan. Adakah Gerakan cukup besar untuk mempertikaikan Perlembagaan? Sebaliknya Gerakan yang kelihatan sangat rasis apabila tidak melihat kenyataan Ahmad Ismail dalam konteks yang menyeluruh. Gerakan sengaja memetik frasa-frasa tertentu untuk memperlihatkan seluruh kenyataan itu menjurus kepada rasis. Sebenarnya ini adalah satu contoh tindakan yang rasis. ARKIB : 03/09/2008 Melayu bukan bangsa rasisKALAU ada orang di Malaysia yang menuduh orang Melayu sebagai bangsa rasis, saya kira ini tuduhan melulu dan sama sekali tidak benar. Kalau ada dua tiga orang politik Melayu, baik dari UM- NO mahu pun mana-mana pihak yang lain dicabar oleh orang bukan Melayu kerana membuat kenyataan yang dianggap bersifat 'rasis', maka orang itulah yang salah, bukan bangsa Melayu. Mereka tidak mewakili watak Melayu yang benar.Saya bersetuju dan menyokong pandangan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa orang Melayu tidak pernah rasis ketika beliau berucap merasmikan Forum Sambutan Merdeka - Pelaksanaan Undang- Undang Fasal 152 dan 153 anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di Kota Bharu, Kelantan, Sabtu lalu. Sifat 'rasis' atau 'rasisme' tidak sama dengan perasaan perkauman. Setiap bang- sa mempunyai perasaan 'bangga bangsa' atau 'megah bangsa'. Perasaan ini wujud kerana adanya kesedaran bahawa anggota bangsa itu mempunyai ciri-ciri budaya dan sejarah yang sama, misalnya bahasa yang sama, asal usul sejarah dan budaya nenek moyang yang sama, dan mungkin juga agama yang sama. Mereka akan berasa marah sekiranya orang luar ('orang asing') menghina bangsa mereka dan mereka akan bertindak balas jikalau bangsa asing menyerang mereka atau cuba menghina atau memusnahkan bahasa, agama dan budaya yang telah dimiliki bersama sejak turun-temurun, sejak nenek moyang mereka. Tetapi sifat rasis bukan begitu. Sifat rasis atau rasisme wujud dalam minda dan sanubari sesuatu bangsa kerana mempercayai bahawa mereka adalah bangsa yang terpilih, bangsa yang 'murni', yang tidak sama dengan bangsa lain. Kaum Yahudi, misalnya, terkenal sebagai kaum rasis. Mereka percaya bahawa mereka adalah 'kaum terpilih', yakni dipilih oleh Tuhan sebagai bangsa yang melebihi semua bangsa atau kaum lain. Mereka sering membenci kaum bukan Yahudi. Agama mereka adalah agama 'eksklusif'; orang lain sering tidak diterima menganut agama mereka. Mereka tidak pernah atau jarang-jarang rela menyerapkan atau menyesuaikan diri dengan komuniti kaum lain yang lebih besar. Mereka hidup dalam komuniti yang terpisah daripada masyarakat lebih besar. Kerana inilah, di mana pun mereka berada, mereka sering dicurigai oleh kaum lain. Di Eropah, kaum Yahudilah yang sering dimusuhi atau dibenci oleh orang Eropah. Contoh yang paling ketara ialah, tindakan Nazi Hitler melancarkan tindakan pemusnahan etnik terhadap kaum Yahudi. Di Rusia juga pernah berlaku tindakan pogrom, istilah bahasa Rusia yang bermakna 'pemusnahan' atau 'rusuhan', khususnya yang dilakukan terhadap kaum minoriti. Mangsa yang selalu menjadi sasaran tindakan ini ialah kaum Yahudi, terutama di akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Di Poland juga pogrom antikaum Yahudi ini pernah berlaku. Pogrom paling terkenal ialah pogrom yang dilancarkan oleh Hitler terhadap kaum Yahudi, seperti yang tersebut tadi. Di dunia Barat, yang sering dianggap sebagai 'dunia yang maju', perasaan rasisme, iaitu perasaan membenci kaum lain, sentiasa wujud sampai ke hari ini. Di sana ada kumpulan rasis seperti kumpulan 'Swastika' di Jerman yang berikrar dengan sumpah 'Hai Hitler' apabila anggotanya hendak menyerang kaum asing, pendatang haram, orang Islam, orang Yahudi dan sebagainya. Di Britain ada kumpulan rasis seperti 'Skinheads' yang membenci kaum 'kulit hitam', kaum pendatang, terutama dari India dan Pakistan. Di Amerika Syarikat (AS) ada kumpulan rasis seperti 'Klu Klux Klan' yang membenci kaum kulit hitam dan kaum pendatang dari Asia dan Afrika. Di Australia pernah ada 'dasar kulit putih' atau white policy yang anti-kaum Asia (Cina, Vietnam, India, Pakistan, Arab dan lain-lain lagi). Di AS perasaan anti kaum kulit hitam masih wujud dalam minda dan sanubari orang Amerika kulit putih hingga hari ini. Tetapi sepanjang sejarah bangsa Melayu di Tanah Melayu atau di rantau Melayu ini, sejak dari zaman Melaka diserang oleh bangsa Portugis dan sejak mencurah-curahnya masuk pendatang dari Cina dan India dan juga dari kawasan lain di Asia, tidak pernah berlaku apa-apa serangan secara teratur, secara berkumpulan, terhadap kaum-kaum bukan Melayu itu. Tidak pernah wujud kumpulan rasis atau nasionalis ultra Melayu yang membenci kaum bukan Melayu. Tidak ada pogrom, tidak ada 'swastika', tidak ada 'skinheads' dan tidak ada 'klu klux klan' di Tanah Melayu. Kalau pun pernah berlaku peristiwa 'pergaduhan kaum' antara orang Melayu dengan kaum lain, terus terang saya katakan (ini kebenaran, bukan ciptaan saya) bahawa yang memulakannya bukan orang Melayu tetapi ialah kaum pendatang atau kaum bukan Melayu. Contoh yang terkenal ialah peristiwa gerombolan Bintang Tiga yang mengganas terhadap orang Melayu dalam percubaan mereka untuk merampas kuasa Tanah Melayu setelah askar-askar Jepun kalah dan sebelum British sempat kembali ke Tanah Melayu untuk meneruskan pemerintahannya. Apabila askar-askar Bintang Tiga itu bermaharajalela melakukan keganasannya terhadap orang Melayu, misalnya di Johor, barulah orang Melayu bertindak balas menentang keganasan itu. Maka berlakulah apa yang dikatakan 'pergaduhan kaum'. ToleransOrang Melayu dikatakan terkenal sebagai bangsa yang bersopan santun, bangsa yang sangat tolerans terhadap kaum lain, bangsa yang sangat suka bertolak ansur, sehingga diam tidak diam banyak hak mereka di negara ini jatuh ke tangan orang lain. Hari ini politik perkaumanlah yang banyak merosakkan budaya dan kelakuan bangsa kita. Apabila orang Melayu bersuara untuk mempertahankan hak dan warisan mereka di negara ini mereka dianggap 'rasis' atau 'perkauman'. Segala dasar kebangsaan yang digubal selepas merdeka, misalnya Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, semuanya sering dikritik sebagai dasar pro- Melayu dan antikaum lain. Padahal faedah semua dasar ini tidaklah dibolot oleh orang Melayu sahaja tetapi sebahagian besarnya pergi kepada orang bukan Melayu juga. Hari ini kaum yang tidak habis-habis membahaskan tentang masalah mereka ialah orang Melayu. Mereka berkata, bahasa Melayu makin tidak penting lagi di negara ini, ekonomi orang Melayu makin tidak setara dengan kemajuan ekonomi kaum lain, kemiskinan di kalangan orang Melayu makin merebak Kalau hanya satu kaum sahaja yang memonopoli ekonomi negara atau maju dalam bidang pendidikan, meminggirkan kaum lain, maka itu bererti pembangunan negara tidak adil kepada kaum yang terpinggir itu, tidak kira apakah kaumnya. Maka kerajaan wajib memastikan bahawa jurang itu tidak berterusan sehingga akhirnya boleh menjadi punca berlakunya pergaduhan kaum atau menimbulkan pelbagai masalah dan krisis sosial yang rumit. Itulah tujuan dasar-dasar kebangsaan yang digubal selepas merdeka itu. Tujuannya bukan untuk menguntungkan mana-mana kaum dan merugikan mana-mana kaum lain. Inilah matlamat yang patut difahami oleh semua rakyat. Semangat tolak ansur, toleransi, faham memahami antara kaum mesti diamalkan oleh semua kaum, tidak hanya satu-satu kaum sahaja. Kalau ada orang Melayu atau orang Cina atau India di Malaysia yang mengeluarkan kata-kata yang boleh menimbulkan kemarahan satu kaum kerana menghina kaum itu, jangan kita jadikan itu sebagai isu besar sehingga boleh merebak menjadi api yang boleh membakar perasaan lebih banyak rakyat yang selama ini sangat memahami dan toleran terhadap keadaan, masalah dan keperluan kaum masing-masing. Kesimpulannya, di Malaysia, sejak mer- deka, tidak ada dasar negara yang dengan mudah sahaja boleh kita tuduh sebagai dasar rasis. Nah, kalau masih ada orang atau pihak atau kaum tertentu yang tidak berhenti-henti menuduh, berdasarkan sentimen perkauman, bahawa dasar-dasar itu rasis, perkauman, pro-Melayu dan anti bukan Melayu, ini boleh menimbulkan sentimen perkauman yang lebih merebak lagi, daripada seorang atau dua orang sahaja yang mengeluarkan kata- kata yang dianggap oleh orang daripada kaum lain sebagai 'rasis'. Orang Melayu dan orang bukan Melayu yang tidak rasis akhirnya akan terpengaruh dengan debat atau tuduhan itu lalu mereka akan terdorong untuk menyebelahi pihak yang dituduh dan pihak yang menuduh. Itulah, jangan jadikan isu yang kecil itu iaitu isu yang bersifat peribadi orang berkenaan, sebagai isu negara, isu seluruh rakyat. Carilah cara yang sebaik- baiknya untuk memadamkan api yang kecil itu supaya ia tidak merebak membakar seluruh perasaan rakyat. |
Wednesday, September 29, 2010
RASIS : ANTARA REALITI DAN PERSEPSI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment