Thursday, September 30, 2010

BANGSA MALAYSIA : BERSEDIA ATAU BELUM?


Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah pernah berkata, tidak kira bumiputera atau bukan bumiputera, semuanya suka memainkan isu perkauman. Kita tidak dapat menafikannya kerana ia adalah kenyataan.

Editor eksekutif Sin Chew Jit Poh, Lin Ming Hua. Artikel itu tersiar di ruangan pendapat akhbar tersebut terbitan 28 September lalu.

Tulis Ming Hua, isu perkauman telah menyakitkan dan menyusahkan pemikiran orang ramai. Hantu-hantu perkauman sebaliknya menganggap ia sesuatu yang hebat kerana berjaya mencipta pelbagai isu. Semuanya akan terpisah melalui rasis dengan fakta-fakta yang tiada penghujungnya.



Seorang penyelidik dari Southern College Johor, Dr. Tan Chong Ho yang berkata, hari ini kumpulan kaum di Malaysia masih terasa diancam dan masih berasa syak wasangka antara kaum dalam fikiran mereka. Perasaan diancam itu adalah racun daripada politik ‘pecah dan perintah’,”

SEBABNYA:

Disebabkan kurangnya keyakinan dan kefahaman, kaum-kaum tertentu akan berdepan dengan kaum lain secara menunjukkan ego mereka. Ini disebabkan mereka berasa tersisih dan rendah diri. Sikap seperti ini boleh menjurus kepada perbuatan fanatik.

TINDAKAN:

Walaupun hari ini kita berusaha untuk meningkatkan perpaduan dan saling menerima dan memahami antara satu sama lain, halangan dalam masyarakat tetap timbul. Jika ini memang caranya untuk kita meneruskan hidup, maka kita mesti mempertahankannya secara berterusan dan jangan sesekali mengabaikannya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, usaha mewujudkan satu bangsa Malaysia hanya akan tercapai sekiranya kerajaan berjaya memakmurkan negara ini.
'Soal untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia adalah isu yang rumit kerana semua pihak sekarang lebih berminat untuk berdebat tentang isu kaum masing-masing secara emosional.
 
''Berdasarkan hakikat ini saya berpendapat kita akan mengambil masa lebih lama sebelum sasaran mewujudkan satu bangsa Malaysia dalam Wawasan 2020 dapat dicapai," katanya.

APA PULA KATA RAKYAT MALAYSIA ? BERSEDIA ATAU BELUM?

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]