Wednesday, September 29, 2010

DUN GALAS SEKALI IMBAS...

 Parti mana yang menang PRK DUN Galas, Gua Musang Kelantan?





Jumlah PRK selepas PRU-12 adalah 11. Daripada 11 itu, 8 PRK dimenangi Pakatan dan 3 oleh UMNO-BN.

PRK DUN Galas yang kosong akibat kematian penyandangnya Che Hashim Sulaiman daripada PAS 2 hari lalu akibat kanser kolon di Kuala Lumpur.

Pada PRU-12 lalu, Che Hashim telah mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan kelebihan 646 undi.

Sebelum ini, pihak Umno-BN melalui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyiddin Yassin mengatakan bahawa peluang BN di DUN tersebut adalah 50:50.

Sementara itu, PAS yakin akan mempertahan kerusi tersebut.

Yang menarik dalam PRK kali ini adalah untuk mengetahui kedudukan wakil Rakyatnya yakni pemimpin veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah.

KU LI mewakil parlimen Gua Musang telahpun berdekad lamanya, samada bersama UMNO ataupun S-46.

Meskipun persaingan langsung di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), tetapi penganalisis melihat pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah akan berhadapan dengan “situasi paling sukar” dalam menghadapi pilihan raya kecil ke-12 nanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka akan memutuskan tarikh pilihan raya kecil minggu depan  dan kemungkinan ia diadakan akhir Oktober atau awal November.

Galas adalah satu-satunya kerusi DUN di bahagian Parlimen Gua Musang jatuh ke tangan PR khususnya PAS. Manakala 2 kerusi lagi ditangan BN.

Ekoran pendirian Tengku Razaleigh itu, yang dizahirkan sejak awal tahun ini, beliau yang juga bekas menteri kewangan dan pengasas Petronas, telah berhadapan dengan tekanan segelintir pemimpin Umno agar dikenakan tindakan disiplin ke atas beliau.

Tengku Razaleigh mempertahankan pendiriannya dengan berkata beliau seorang pemimpin setia kepada Umno.

Majlis Tertinggi Umno pula telah menyerahkan kepada ahli-ahli memberikan pandangan mengenai gesaan tersebut tetapi sehingga kini tiada perkembangan susulan.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno-BN akan meletakkan pemimpin tempatan sebagai calonnya bagi pilihan raya kecil DUN Galas.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata Umno sedia mengambil langkah-langkah wajar bagi menghadapi pilihan raya kecil itu setelah tarikh pemilihan diumumkan oleh SPR.

“Malahan setelah kita dimaklumkan hal ini semalam, kita sudah mengambil perhatian. Dan seperti biasa, jika ada pilihan raya kecil, kita akan (letak) calon dan calon yang kita letak akan datang dari Gua Musang yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh.

“Kita akan letak calon terbaik yang akan diputuskan oleh pihak pimpinan parti dan kita percaya Tengku Razaleigh akan membantu sebagai ketua bahagian dan Datuk Seri Mustapa (Mohamed) selaku Ketua Perhubungan (Umno Kelantan) juga akan terlibat untuk memastikan kemenangan kita dalam pilihan raya,” katanya.

Galas merupakan DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]