Tuesday, September 7, 2010

MIMPI SEORANG YANG BERHORMAT.....

Ada pihak yang mengatakan 'mimpi' adalah permainan tidur, tetapi bagi orang motivasi selalunya akan berkata kita perlu bermula dengan impian. Persoalannya apakah kaitan antara mimpi dan impian? Kini musim bermimpi datang lagi, maklum sajalah tempoh pilihanraya telah pun lepas tempoh dua tahun. Malah ada juga parti politik pembangkang meramalkan tahun 2011, Perdana menteri akan umumkan PRU 13, sejauh mana kebenarannya hanya PM sahaja yang mengetahui.

Bercakap soal calon ni, nampaknya telah mula angin bertiup bahawa ada yang sudah bermimpi jadi Yang Berhormat. Maklum sahajalah kini jawatan sebagai seorang Yang Berhormat mula mendapat perhatian ramai pemimpin parti.Faktor popular, prestij, berkuasa dan lain-lain hinggakan soal tanggungjawab, ikhlas, komitmen, kerja keras dah jatuh faktor nombor 2 dan kadang-kadang tak ada nombor. Tidak ketinggaln parti pembangkang pun sama. Terbaharu belum pun mula perhimpunan parti, telah kedengaran orang itu dan orang ini dapat sokongan Presiden. Begitulah hebatnya persaingan dalam politik, lebelnya sama macam program realiti talivisyen.

Di negara ini, kebanyakan Yang Berhormat dipilih menerusi jawatan yang disandang dalam parti. Biasanya jawatan-jawatan saperti Ketua Bahagian akan jadi pilihan utama. Maka berebut-rebutlah yang nak bertanding sebagai Ketua Bahagian. Bila bertanding tu, pelbagai kaedah akan digunakan untuk menang. Ada yang halal dan tidak kurang yang haram disisi Perlembagaan parti. Yang tertangkap tu, kenalah muhasabah diri, dan yang terlepas tu kena ingat jerat tak pernah melupakan pelanduk. Bila bersaing tu, ada yang tewas dan ada yang menang. yang menang kenalah ingat bahawa bukan menang semuanya kenalah buat semula tindakan yang dapat menyatukan semula ahli parti bukan duduk diam sahaja. Pengundi sentiasa perhatikan tindak tanduk anda..

Ramai yang jadikan demokrasi sebagai alasan untuk bertanding jawatan dalam parti agar terpilih sebagai Yang Berhormat. Benar itu amalan dan budaya sistem itu sendiri. Cuma puak-puak ini tak terangkan bahawa demokrasi juga ada ciri-cirinya untuk dihormati dan diamalkan. Kegairahan untuk bergelar Yang Berhormat selalunya mengabui mata mereka. Saperti kata pujangga 'matlamat tak menghalalkan cara' Yang selalu menghalalkan cara adalah mereka yang bertanding itu sendiri.

Situasi ini ditambah lagi dengan pindaan perlembagaan parti yang tidak memerlukan jumlah pencalonan tertentu untuk bertanding dalam jawatan tertentu. Bila pindaan tersebut dibuat maka ramailah yang bermimpi nak pegang jawatan dalam parti serta nak bergelar Yang Berhormat mula tertawa sendiri. Tak tahulah sama ada tertawa setuju atau tertawa sinis. Hanya mereka sahaja yang dapat memberikan kepastian. Kata seorang pemimpin parti ini baru demokrasi namanya.

Tidak cukup dengan itu sahaja, bila pemimpin tertinggi parti membuat keputusan bahawa mereka yang berjawatan tinggi dalam kerajaan boleh terlibat dan memegang jawatan dalam parti disambut secara berbelah bahagi oleh kepimpinan bahagian. Nampaknya kini kita bukan sahaja terpaksa bersaing untuk jawatan dalam parti malah senarai calon Yang Berhormat juga semakin bertambah.Tidak dinafikan untuk sirvival parti dan institusi di masa akan datang transformasi perlu dibuat dan dipraktikkan bukan setakat jadi hiasan sahaja.

Jawatan sebagai Yang Berhormat sudah tentu berbeza dengan jawatan dalam parti, walaupun ada bab bab tertentu ianya seiringan dab bersamaan dan kebetulan. Dalam parti ramai yang boleh bertanding, manakala sebagai Yang Berhormat, jumlah calon sama ada diperingkat pusat dan negeri adalah saperti mana yang termaktub dalam perlembagaan. Dengan kata lain, kedudukan (kerusi) terhad manakala calon pula adalah ramai. Jika dalam ekonomi selalu digunakan penawaran melebihi permintaan, ini akan menyebabkan harga sesuatu barang tersebut berkecenderungan akan jatuh. Sebaliknay dalam politik selalunya kita dengar semakin ramai bertanding, semakin meriah, kita ada pilihan untuk pilih pemimpin. Cuma yang kita lupa selalunya kita tersalah pilih pemimpin. Menyesal tiada gunanya......

Malah kini ramai yang menjadikan karier sebagai ahli politik sebagai salah satu pilihan. Cuma yang kita kesal ianya tidak seiringan dengan ciri-ciri lain sebagai seorang pemimpin. Mungkin masa dan keadaan yang akan menentukannya. Yang kecewa akan gagal dipermulaan, pertengahan dan juga penghujung. Sebab yang selalu kita dengar ada pihak yang akan mengatakan , awak tak pandai berpolitik.

Cuma yang menjadi kebimbangan penulis adalah selalunya akan terdapat individu yang hilang pertimbangan bila terbabit dalam mimpi seorang Yang Berhormat. Bila mimpi ini tak jadi kenyataan maka mulalah nak cari 'kambing hitam'. Yang lebih extreme akan mula buat benda yang tak betul. Macam-macamlah dengan harapan yang terpilih itu gagal. Pemimpin yang bersikap 'alang-alang menyeluk pekasam,......

Pilihanraya tetap akan tiba masanya sama ada kita bersedia atau masih dalam mimpi.. itu kenyataan. Tetapi kata orang tua, kalau nak berperang tu biarlah kita sudah buat persediaan dan kelengkapannya... jangan tak sedia nak juga berperang ... akhirnya bukan kita sahaja yang dapat nama 'harum' malah keluarga juga terpalit sama. Kini jawatan sebagai Yang berhormat semakin mendesak kita agar penuh komitmen.. jika kita tak sedar, separuh sedar maka akan timbul pelbagai masalah. Lebih-lebih lagi jika kita bermimpi di siang hari.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]